Tips Skor A Matematik

Tips Skor A Matematik


Matematik ni susahlah, saya rasa malas belajar Matematik. Ramai pelajar merasakan Matematik itu susah dan subjek yang agak sukar untuk skor. Ada segelintir daripada anak anak pelajar, nampak jer soalan soalan Matematik yang sukar dah mula gelabah. Mula kecut perut nak menjawap soalan. 

Tak cakap kat anak orang, anak KakYa sendiri pon jenis mudah gelabah kalau dapat soalan Matematik yang agak susah. Kadang kadang, diabaikan jer soalan Matematik yang susah dan dia buat yang senang dan mampu buat jer. 


Ok bagi menghilangkan tanggapan Matematik itu susah, jom baca tips yang di kongsikan oleh seorang guru pada perkongsian facebook beliau bagi membantu anak anak pelajar di luar sana untuk Skor A dalam Matematik. Orang cakap, kalau nak skor A untuk Matematik, kena pandai guna teknik dan cara belajar subjek Matematik dengan betul. Apa teknik dan cara belajar yang betul, jom semak sama sama. 

Sebenarnya belajar Matematik adalah sesuatu yang mudah jika kena dengan tekniknya. Apa teknik terbaik untuk Skor A dalam Matematik. Kita kupas sama sama;

Kena Minat Matematik
Teknik utama yang perlu anak anak kuasai adalah MINAT. Minat kena ada, kalau takde minat Matematik akan jadi susah. Tanam dan pasak dalam kepala, Matematik Itu Mudah, Aku Kena Minat! Bila dah minat, anak anak akan berusaha untuk belajar subjek Matematik. Kalau setakat usaha sahaja, tak minat .. Tak ke manalah jawapnya. Pokok pangkal kena minat. 

Memperbanyakkan Latihan Matematik
Sepertimana yang anak anak sedia maklum, Matematik adalah satu subjek yang memerlukan banyak latihan. Untuk menguasai Matematik anak anak perlu memperbanyakkan latihan Matematik. Semakin banyak latihan yang anak anak buat, akan menjadikan anak anak lebih cekap dan memahami Matematik. 

Hafal Sifir
Hafal sifir. Yes! kena hafal sifir. Kebanyakan daripada anak anak malas untuk menghafal sifir. Mereka lebih suka mengira dengan menggunakan kalkulator. Tahukah anak anak menghafal sifir menjadikan kita lebih cepat dan cekap dalam membuat pengiraan. Cuba kita lihat mereka yang bijak dalam Matematik, mereka pasti cekap dalam sifir. Nak bijak Matematik, kena hafal sifir. Join Bengkel Bersemuka Sifir Is Easy Bersama Cikgu Sunita Kaur


Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Sunita Kaur, Guru Pakar Matematik 

- Terbuka kepada pelajar Tahap 1 dan  Tahap 2
-  Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah
- Jom kuasai sifir Salam masa yang singkat!
- Ramai yang telah berjaya! Ada yang tak sampai 1 jam DHA boleh hafal sifir.
- Tanpa perlu menghafal cuma kena ingat teknik JSPG sahaja.
- JSPG dapat membantu anak anak anak pelajar mencari pecahan daripada kuantiti.

Cikgu Sunita akan memperkenalkan teknik dan bimbingan terperinci untuk anak anak. Jadi, apa tunggu lagi! apakata cuti sekolah kalini bagi anak anak kita menguasai sifir dengan lebih baik. 

Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Sunita Kaur akan diadakan pada hari Ahad 31 Disember 2023 pada jam 8.30 pagi sehingga 10.30 tengahari untuk Tahap 1, manakala untuk pelajar Tahap 2 bermula 11.00 pagi sehingga 1 tengahari bertempat di Fly High Education Centre, No 109, Blok 2, TTDI Adina, Jln Judo 13/45, Seksyen 13, 40675 Shah Alam, Selangor dengan bayaran yuran sebanyak RM50. 

Anak anak pelajar yang berminat untuk join Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Sunita Kaur, boleh register di sini;


Atau hubungi admin Fly High Education Centre untuk maklumat lanjut: 


Sebenarnya Matematik ni mudah dan menyeronokkan jika ada minat dan mula menguasai Matematik. Apabila sudah berjaya menguasai, setiap soalan pasti dapat dijawap dengan mudah. Oleh itu anak anak pelajar perlu tanamkan dalam diri untuk terus berusaha tanpa jemu agar dapat menguasai Matematik.

Sebagai Ibu Ayah, kita juga perlu memainkan peranan untuk sama sama mengajar anak anak agar mereka suka dengan Matematik. Berikut beberapa tips mudah yang boleh Ibu Ayah praktikkan untuk anak anak;

- Ajar anak anak teknik mudah.
- Bantu anak anak faham soalan Matematik.
- Beri anak anak latihan latih tubi setiap hari.
- Bantu anak anak membuat pengiraan jika salah.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk anak anak pelajar dan Ibu Ayah di luar sana. InsyaAllah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan