Teknik Dan Strategi Skor A Dalam UASA

Teknik Dan Strategi Skor A Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

Tak lama lagi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bakal menjelma. KakYa pasti anak anak pelajar di luar sana sedang bersiap sedia membuat persiapan awal menjelang peperiksaan berlangsung. 

Sekarang ni, mesti ada di kalangan anak anak pelajar yang dah tak senang duduk orang kata. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Pendek kata apa saja yang dibuat semua tak kena. Yang hilang selera makan pon ada, yang kurang tidur dan kurang rehat sebab duk fikir tentang peperiksaan yang bakal menjelang. 

Nak Berjaya Kena Ada Matlamat


Nak berjaya kena ada ada matlamat, teknik dan juga strategi yang betul. Jika apa yang dilaksanakan berdasarkan matlamat yang betul, InsyaAllah anak anak pelajar akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. 

Anak anak pelajar sekalian, pagini KakYa nak kongsi sikit mengenai teknik dan strategi untuk Skor A dalam peperiksaan. InsyaAllah dapat membantu anak anak pelajar untuk peperiksaan nanti. 

Tips Dan Strategi Ke Puncak Kejayaan 


Untuk peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang, berikut KakYa kongsikan beberapa tips dan juga strategi yang dapat dipraktikkan untuk membawa anak anak pelajar ke puncak kejayaan. Antara strategi yang boleh dipraktikkan;

Rangka Jadual Belajar
• Sebelum memulakan pembelajaran, pastikan anak anak mempunyai jadual waktu. Anak anak perlu bijak merancang jadual agar tidak terlalu letih dan terbeban dengan pelajaran. 

Ketahui Kaedah Menjawap
• Pastikan anak anak anak tahu kaedah yang betul sebelum menjawap soalan. Jangan asal jawap jer. Kena tahu kaedah menjawap barulah jawapan yang diberikan sempurna dan mendapat markah yang baik.  

Skor Subjek Wajib
• Jangan lupa memberi penekanan kepada subjek wajib. Pastikan anak anak lulus subjek wajib. 

Buat Latih Tubi Soalan Banyak Kali
• Lebihkan untuk membuat latihan latih tubi soalan soalan peperiksaan yang lepas. Anak anak pelajar boleh dapatkan buku buku soalan peperiksaan tahun sebelumnya atau cari sahaja di internet. Pastikan anak anak menjawap soalan soalan peperiksaan sebelumnya bagi memastikan anak anak lebih bersedia dengan soalan sebenar menjelang peperiksaan. 

Berjumpa Dengan Guru
• Cari guru dan jangan sesekali lupa untuk minta restu guru. InsyaAllah guru pasti mendoakan yang baik baik untuk anak anak pelajar. Minta restu dari guru selain Ibu Ayah untuk mempermudahkan anak anak menjawap soalan peperiksaan. Sesungguhnya restu dan seorang guru juga penting untuk anak anak. 

Bengkel VIP Bersemuka Pecutan UASA 5 Subjek Teras Tahap 2


Masih belum terlambat untuk anak anak pelajar membuat persiapan sebelum peperiksaan sebenar bermula. Orang kata selagi ada masa, jom manfaatkan masa yang ada. 

KakYa ada satu berita baik untuk di kongsikan kepada anak anak pelajar mengenai satu bengkel semuka anjuran Fly High Education Centre iaitu Bengkel VIP Semuka Pecutan UASA 5 Subjek Teras Tahap 2 yang akan berlangsung pada hari Ahad dan Isnin 18 dan 19 Disember 2023 bertempat di Fly High Education Centre Seksyen 13 Shah Alam. Bengkel dua hari ini terbuka untuk anak anak pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6. 

Warga Shah Alam yang berdekatan jangan lupa join!! Banyak ilmu Cikgu nak kongsi ... Nak tahu lebih detail, kena join. 


Bengkel VIP Semuka Pecutan UASA selama dua hari ini akan mengetengahkan lima subjek penting iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Sejarah

Pihak Fly High Education Centre membawakan guru guru pakar dan cemerlang iaitu Cikgu Bob, Cikgu Shukry, Cikgu Shahril, Sir Qarl dan juga Sir Koala untuk sama sama mencurahkan ilmu untuk anak anak secara bersemuka. 

Kenapa Perlu Join Bengkel VIP Semuka Pecutan UASA


Kenapa perlu join bengkel ni? Fly High Education Centre adalah pusat tuisyen tersohor dan berpengalaman luas serta mempunyai ramai guru pakar dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang sangat berpengalaman dan berkelayakan dalam membimbing pelajar secara berterusan. 

Dengan kadar yuran yang berpatutan iaitu RM199 untuk lima subjek, setiap subjek memakan masa selama dua jam, penggunaan modul spektrum dan ruang pembelajaran yang kondunsif, Fly High Education Centre berbesar hati menyedia dan membantu anak anak pelajar di luar sana untuk menguasai pembelajaran dengan lebih baik dan cemerlang sekaligus beroleh kejayaan yang diidamkan.


Jom Fly High 


Berminat untuk join, jom daftar sekarang sebelum terlambat. Untuk pendaftaran kelas, Ibu Ayah boleh terus Whatsapp nombor tertera:

Wasap.my/60199202004
Wasap.my/60126509622
Wasap.my/60126877488
Wasap.my/60105433732
Wasap.my/60192662022

Jangan lupa layari facebook page dan website Fly High Education Centre untuk maklumat lanjut.


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk anak nak pelajar. InsyaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan