Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 20

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 20


Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dariNYA pada hari ini 04/12/2023 masih lagi di beri peluang oleh Allah SWT untuk sama sama menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 20. Selamat Hari kita buat Encik Suami ... 



Sekejap jer masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk tahun ke 20 usia perkahwinan kita. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi perjalanan hidup kita. Dikurniakan rezeki berkat melimpah ruah seperti air sungai yang mengalir, sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat, sentiasa tabah, kuat dan tenang menghadapi ujian dalam kehidupan berumahtangga. Semoga ikatan perkahwinan kita akan berkekalan hingga ke jannah. 

Semoga Allah SWT izinkan kita untuk terus berkasih sayang hingga ke Syurga Allah. Aamiin Ya Mujib. 



Alhamdulillah 20 tahun usia perkahwinan, Allah bagi 1 puteri dan 2 putera. Anugerah terindah,  amanah dan pinjaman Allah untuk kami didik dan jaga sebaik baiknya. Syukur Ya Allah. 




Bahagia itu sederhana, tak perlu banyak tapi cukup dengan dua hal iaitu bersyukur dan bersabar. Bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang kita usahakan. InsyaAllah yang baik baik menanti.

Happy 20th Anniversary
04/12/2003 - 04/12/2023


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah 20 yrs sudah...
    Selamat berbahagia, kekal hingga ke Firdaus aamin 🤲

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.