Kelas Online UPKK Percuma Ustaz Azhari Sulaiman

Kelas Online UPKK Percuma Ustaz Azhari Sulaiman 

Assalamualaikum, Hi Ibu Ayah. Pagini ni KakYa nak kongsi lagi mengenai UPKK. Ibu Ayah di luar sana, jika ada anak yang bakal menduduki UPKK jom rapat ke sini. KakYa nak kongsi mengenai kelas online percuma UPKK bersama Fly High Education Centre.

Fly High Education Centre, salah satu pusat tuisyen online terulung di Malaysia sekali lagi akan mengadakan kelas online UPKK Percuma untuk calon calon UPKK di seluruh Malaysia. Kelas UPKK percuma ini akan dikendalikan oleh Ustaz Azhari Sulaiman aka Abi, guru pakar dan cemerlang UPKK dari Fly High Education Centre


Kelas online UPKK percuma, kelas online UPKK, Ustaz Azhari Sulaiman UPKK, Fly High Education Centre, pusat tuisyen online terbaik di Malaysia, upkk

Apa Itu Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)


Sebagaimana yang kita tahu
UPKK adalah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA. UPKK dilaksanakan ke atas semua pelajar Tahun 5 yang belajar di Sekolah KAFA seluruh Malaysia. Ujian UPKK ini bertujuan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan anak anak pelajar Tahun 5 sekolah KAFA dalam subjek berikut;

• Amali Solat
• Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
• Tilawah Al Quran
• Jawi Dan Khat
• Sirah
• Ulum Syariah (Ibadah dan Akidah)
• Adab (Akhlak Islamiah)
• Lughah Al Quran

Anak anak diwajibkan untuk mengambil semua 8 subjek untuk UPKK. 8 Subjek tu bukan sikit tau untuk anak anak kita menggapai impian 8A. Untuk mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam UPKK, anak anak perlu bersedia awal. Sebagai Ibu Ayah, kita seharusnya memainkan peranan yang besar bagi menentukan hala tuju anak anak kita dalam peperiksaan UPKK

Jadual Kelas Online UPKK Percuma Bersama Ustaz Azhari Sulaiman 


Untuk pengetahuan Ibu ayah kelas online UPKK percuma akan berlangsung pada hari Rabu 22 November 2023 bermula jam 8 malam sehingga jam 9 malam. 

Hari : Rabu (8 Sesi) bermula 
Tarikh: 22 November 2023
Masa : 8.00pm-9.00pm

Perincian Kelas Online UPKK Percuma Ustaz Azhari Sulaiman 


Antara pengisian kelas, merangkumi semua subjek UPKK.

• Pembelajaran berkesan
• Penekanan kepada topik topik penting 
• Mengapa aku wajib garap 8A
• Kelas seronok dan interaktif

Kelas Online UPKK Percuma : Bongkar Misi 8A 


Bersama guru pakar dan cemerlang UPKK Ustaz Azhari Sulaiman aka Abi dalam memperkenalkan teknik teknik terbaik dan topik topik penting UPKK.

Ibu ayah yang prihatin dan berminat untuk mengetengahkan anak anak dalam kelas online UPKK percuma, apa kata Ibu ayah sambut baik program kelas percuma anjuran Fly High Education Centre ini dengan memberi peluang kepada anak anak menyertai kelas ini.  Percuma sahaja, tiada apa apa bayaran yang dikenakan untuk join kelas online UPKK ini.

Jom Ibu Ayah, sama sama kita kongsikan berita baik ini kepada saudara dan kenalan masing masing. Jangan lupa join GROUP KELAS PERCUMA UPKK; 


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk anak anak UPKK dan juga Ibu Ayah kepada calon UPKK. InsyaAllah ..

Catat Ulasan

0 Ulasan