Road To UPKK 2023 Topik Panas Terkini UPKK Bakal Didedahkan

Road To UPKK 2023 : Topik Panas Terkini UPKK Bakal Didedahkan


Anda Ibu Ayah yang mempunyai anak bakal menduduki UPKK! Entri ini khas buat anda. Ujian Penilaian Kelas KAFA atau UPKK adalah ujian untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, Penghayatan cara hidup Islam dan Amali solat. Ujian ini di nilai dalam 4 bentuk penilaian iaitu;

Bentuk Lisan: Al-Quran
Bentuk Amali: Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian: Penghayatan Cara Hidup Islam
Bentuk Penulisan: Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
Sirah
Adab (Akhlak Islamiyah)
Jawi dan Khat
Asas Lughatul Quran

Persiapan Menjelang UPKK


Ibu Ayah pasti sudah membuat persediaan dan mempunyai perancangan yang terbaik untuk anak anak menjelang peperiksaan UPKK tidak berapa lama lagi. Sepertimana yang kita tahu, masa yang ada semakin suntuk dan langkah terbaik perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi ilmu di dada anak anak. Persediaan yang rapi dan tersusun perlu dilaksanakan agar anak anak kita beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK. InsyaAllah. 

Peperiksaan UPKK bakal menentukan hala tuju anak anak kita ke sekolah menengah agama, sekolah menengah kebangsaan yang ingin mengambil KAA, asrama penuh, sekolah tahfiz dan lain lain. Sijil UPKK ini diperakui di seluruh Malaysia sebagai salah satu dokumen sokongan bagi permohonan anak anak pelajar ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama di Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  
 

Ledakan Semuka UPKK 2023 : Amukan 2 Gergasi UPKK 



UPKK 2023, UPKK 2023/2024, tarikh UPKK,jadual UPKK 2023,subjek UPKK 2023,road to UPKK 2023,Fly High Education Centre, kelas online UPKK,Bengkel UPKK


Untuk anak anak pelajar yang kurang mahir dengan Jawi, Fly High Education  Centre akan cuba membantu anak anak. Pihak Fly High sedang mencari anak anak pelajar yang kurang mahir dengan Jawi dan ingin tahu topik popular UPKK untuk sama sama menghadiri Bengkel Ledakan Semuka UPKK 2023 yang akan berlangsung diMMU, Cyberjaya pada 15 Oktober 2023. Bengkel sehari ini akan mendedahkan topik panas terkini UPKK dan klinik pemantapan Jawi. 

Bengkel pada kali ini akan menggabungkan 2 Gergasi UPKK iaitu Ustaz Azhari Sulaiman  yang tidak asing lagi dengan anak anak UPKK dan juga memperkenalkan Ustaz Hasrudy Hamid, Guru Pakar Jawi.

Pengisian bengkel akan mengetengahkan teknik panas UPKK 2023, klinik pemantapan Jawi, penguasaan Jawi baharu dan penguasaan tajuk tajuk yang selalu dan kerap keluar dalam penilaian UPKK serta bimbingan menjawap soalan silibus aras tunggi KBAT. 

Bengkel sehari ini akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.00 petang dengan yuran bayaran RM99 sahaja (Early Birds RM90) 

Jadi Ibu Ayah apa tunggu lagi, jika ada di kalangan Ibu Ayah di luar sana yang berminat untuk mendaftarkan anak anak ke bengkel ini, pendaftaran awal boleh dibuat melalui pautan di bawah; 


Atau boleh hubungi nombor tertera untuk makluman lanjut;


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat Ibu Ayah dan anak anak yang bakal menduduki ujian UPKK tidak berapa lama lagi. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

0 Ulasan