Nak Masuk MRSM? WAJIB Lulus Ujian UKKM

Nak Masuk MRSM? WAJIB Lulus Ujian UKKM 


Ibu Ayah di luar sana yang berminat untuk menghantar anak anak belajar ke MRSM kena baca ini. Syarat utama untuk masuk ke MRSM, anak anak pelajar wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM)

Apa itu UKKM? 

UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang perlu diambil oleh mereka yang memohon kemasukan ke MRSM sama ada untuk ke Tingkatan 1 atau Tingkatan 4. Ujian ini adalah penting untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian di MRSM.

UKKM adalah ujian yang menguji pelajar dalam subjek-subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, dan ujian keperibadian. Berikut di kongsikan Format UKKM 2023 untuk rujukan Ibu Ayah dan anak anak pelajar yang bakal menduduki ujian UKKM bermula awal November 2023. 

Format UKKM:

Matematik - 30 soalan objektif & subjektif (35 minit)
Bahasa Melayu - 30 soalan objektif (30 minit)
Sains - 30 soalan objektif (35 minit)
Keperibadian - 80 soalan objektif (30 minit)

Nak masuk MRSM WAJIB lulus UKKM,Ujian UKKM, bengkel Semuka UKKM, bengkel online UKKM,format UKKM, contoh soalan UKKM,apa itu UKKM,format UKKM 2023

Ujian Teknikal Tingkatan 1 - Masa menjawab 35 minit Bagi calon yang memohon Program Teknikal 

Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1 - Masa menjawab yang diperuntukkan adalah 35 minit khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, calon diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.  

Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1 - Masa menjawab 35 minit Bagi calon yang memohon Program IGCSE

Syarat Kemasukan Ke MRSM Berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES)


Selain daripada lulus ujian UKKM, salah satu syarat utama yang perlu Ibu Ayah tahu berkenaan kemasukan ke MRSM, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) adalah diutamakan bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2024

Mengikut penjelasan daripada Pengerusi MARA, YBHG Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam komen posting facebook beliau, "InsyaAllah saya sendiri akan pastikan kemasukan pelajar ke MRSM menepati matlamat yang disasarkan sejak dari awal. Ini termasuklah mengutamakan pelajar pelajar di kalangan B40 yang layak dan mencapai tahap minimum penilaian UKKM"

Nak masuk MRSM WAJIB lulus UKKM,Ujian UKKM, bengkel Semuka UKKM, bengkel online UKKM,format UKKM, contoh soalan UKKM,apa itu UKKM,format UKKM 2023
Sumber: Facebook Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki


Lebih 104,000 Pemohon Bakal Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), Adakah Anda Sudah Bersedia


Lebih 104,000 pemohon ke MRSM tahun 2024 bagi mengisi lebih kurang 8,679 tempat di 57 MRSM di seluruh negara. Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) akan bermula 1 November 2023. Sudahkah anak anak kita bersedia untuk menyahut cabaran awal ke MRSM?

Nak masuk MRSM WAJIB lulus UKKM,Ujian UKKM, bengkel Semuka UKKM, bengkel online UKKM,format UKKM, contoh soalan UKKM,apa itu UKKM,format UKKM 2023

Seandainya belum bersedia, Ibu Ayah boleh daftarkan anak anak ke Bengkel Semuka Dan Hybrid Ledakan Jelajah UKKM Siri 1 bersama Fly High Education Centre. Bengkel yang bakal mendedahkan teknik, tips dan tricks untuk score dalam UKKM bakal berlangsung secara semuka dan juga secara online. 

Bengkel Semuka Dan Hybrid Ledakan Jelajah UKKM Siri 1 Anjuran Fly High Education Centre


Bengkel Semuka dan Hybrid Ledakan Jelajah UKKM Siri 1 anjuran Fly High Education Centre akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad 28 dan 29 Oktober 2023 bertempat di Fly High Education Centre Seminar Room, Seksyen 13 Shah Alam

Bengkel Semuka Ledakan Jelajah UKKM Siri 1 terhad kepada 100 orang pelajar sahaja untuk bengkel semuka. Untuk anak anak pelajar yang tidak dapat menyertai bengkel secara semuka, boleh sertai secara hybrid terus ke rumah anda.

Bengkel dua hari pada kali ini akan mengetengahkan 6 barisan guru penganalisis dan berpengalaman dalam UKKM. Antara topik pengisian;

• Format dan cara menjawab soalan terkini UKKM 2023 untuk semua subjek
• Teknik menjawab soalan KBAT mengikut skema pemarkahan
• Empowering your speaking skill. Suitable for igcse interview and daily conversation

Perincian Bengkel semuka dan Hybrid Ledakan Jelajah UKKM Siri 1

• Tarikh    : 28 & 29 Oktober 2023
• Hari 1    : Sabtu : 8.00am - 5.30pm
• Hari 2    : Ahad : 8.00am - 6.00pm
• Lokasi  : 1st Floor, FHEC SEMINAR ROOM, Shah Alam Sek 13 dan Rumah Peserta
• Yuran : RM270 SEMUKA
RM220 HYBRID

Pihak Fly High Education Centre akan menyediakan
• Makan 3 kali sehari untuk semuka
• Modul belajar 
• Bahan Pdf untuk hybrid

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, Ibu Ayah boleh WhatsApp nombor dib?bawah;


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu Ibu Ayah dan anak anak pelajar yang bakal menduduki ujian UKKM bermula 1 November 2023. Selamat Maju Jaya. InsyaAllah. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terima kasih info menarik. Memang tengah buat persediaan anak untuk UKKM.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.