Kelas Online UPKK Tahun 5 Sesi November 2023 Bersama Fly High Education Centre

Kelas Online UPKK Tahun 5 Sesi November 2023 Bersama Fly High Education Centre 


Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan November. KakYa nak tanya, Ibu Ayah kat luar sana mempunyai anak Tahun 5 yang akan menduduki UPKK tidak lama lagi? Kalau ada, KakYa nak cadangkan kelas online UPKK untuk anak anak Tahun 5. Apakata Ibu Ayah hantar anak anak untuk join kelas online UPKK bersama Ustaz Azhari Sulaiman anjuran Fly High Education Centre

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)


Sebelum KakYa menulis panjang lebar, seperti selalu KakYa nak terangkan sikit mengenai UPKK. Sebagaimana yang kita tahu UPKK adalah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA. UPKK dijalankan ke atas semua pelajar Tahun 5 yang belajar di Sekolah KAFA seluruh Malaysia. UPKK bertujuan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan anak anak pelajar Tahun 5 dalam subjek berikut;

• Amali Solat
• Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
• Tilawah Al Quran
• Jawi Dan Khat
• Sirah
• Ulum Syariah (Ibadah dan Akidah)
• Adab (Akhlak Islamiah)
• Lughah Al Quran

Semua sekali 8 subjek yang perlu anak anak ambil untuk UPKK. Bukan sikit sikit tu kalau 8 subjek. Jadi, untuk mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam UPKK, anak anak perlu bersedia lebih awal. Kita sebagai Ibu Ayah perlu memainkan peranan untuk menentukan hala tuju anak anak kita dalam peperiksaan UPKK. 

Kelas Online GEMPUR UPKK NOVEMBER 2023 Bersama Ustaz Azhari Bin Sulaiman




Kelas online Gempur UPKK akan mengetengahkan; 

• Ulangkaji bertopik silibus Tahun 3 hingga Tahun 5
• Merangkumi semua topik utama mengikut format UPKK
• Latih tubi soalan format UPKK sebenar
• Menulis, membaca/ dan menghafaz tajuk penting (Mudah Ingat)

Jadual Kelas Gempur UPKK Bersama Ustaz Azhari Sulaiman 

Kelas online Gempur UPKK akan dijalankan sebagaimana berikut; 
• Hari : Sabtu
• Tarikh : 4, 11, 18 & 25 November 2023
• Masa : 5.00pm - 7.00pm
• Yuran : RM 100 / 4 sesi

Kelas Online CAKNA UPKK Sesi November 2023 Bersama Ustaz Azhari Bin Sulaiman 



Kelas online Gempur UPKK akan mengetengahkan; 

• Al- Fadhil Ustaz Azhari Bin Sulaiman
• Sekolah Cemerlang UPKK daerah Sepang dan Kuala Langat
• Ustaz Azhari berpengalaman lebih 20 tahun sebagai penganalisa soalan UPKK

Perincian kelas seperti tertera;

• Bimbingan menjawab soalan KBAT
• Fokus menjawab soalan sebenar
• Ulangkaji topik - topik penting UPKK

Jadual Kelas Cakna UPKK Bersama Ustaz Azhari Sulaiman

Kelas online Gempur UPKK akan dijalankan sebagaimana berikut; 
• Hari : Jumaat dan Sabtu
• Yuran : RM240 (20 sesi)

Kemasukan pelajar untuk bulan November telah diterima. Ibu Ayah yang berminat untuk daftarkan anak anak ke kelas online Gempur dan Cakna UPKK, boleh berhubung melalui nombor tertera;


Catat Ulasan

0 Ulasan