Jelajah Akhir Bengkel Bersemuka PKSK UKKM 2023 Bersama Fly High Education Centre
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) bakal menyusul tidak berapa lama jer lagi. Adakah anak anak pelajar sudah bersedia?
Sepertimana yang kita tahu PKSK dan UKKM adalah penilaian yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Kemasukan murid ke Tingkatan ke sekolah khusus. Semua murid yang di daftarkan di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia dan membuat permohonan adalah layak untuk menduduki PKSK dan UKKM.
Apa itu PKSK?
PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus adalah suatu penilaian yang mempunyai format tersendiri berdasarkan 3 komponen utama iaitu;
• Kecerdasan Insaniah
• Kecerdasan Intelek dan
• Artikulasi Penulisan
Penilaian terhadap anak anak dibuat dalam bentuk ujian berkomputer di pusat PKSK terpilih merangkumi tiga bahagian iaitu iaitu;
Bahagian A: Kecerdasan Insaniah. Terdapat 3 elemen utama dalam bahagian ini ialah;
• Kecerdasan Emosi (EQ)
• Kecerdasan Rohani (SQ)
• Kecerdasan Kemahiran Insaniah (SSQ)
Bahagian B: Kecerdasan Intelek
• Pengetahuan Am
• IQ
• Penyelesaian Masalah
Bahagian C: Artikulasi Penulisan
• Karangan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.
PKSK adalah mekanisme saringan pemilihan pelajar bagi memastikan anak anak pelajar mempunyai ciri-ciri selaras matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu mengenal pasti potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi kecerdasan intelek, emosi dan juga rohani.Murid yang melepasi pentaksiran akan dipilih mengikut jenis sekolah pilihan masing-masing.
Apa Itu UKKM?
UKKM ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian. Semua pemohon yang ingin menduduki UKKM perlu mengisi permohonan secara dalam talian dan wajib menduduki UKKM mengikut tarikh dan pusat yang telah ditentukan.
Penilaian UKKM membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian. Bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab pula, calon diwajibkan menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.
Anak anak pelajar yang ingin menyahut cabaran dan menempatkan diri di MRSM wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM).
Syarat nak masuk SBP kena lulus ujian PKSK dan syarat nak masuk MRSM kena lulus ujian UKKM. Anak anak sudah bersedia?
Siri Akhir Ledakan Jelajah PKSK / UKKM - Fokus Soalan Ramalan
Mengambil kira waktu penilaian PKSK dan UPKK yang semakin hampir, Fly High Education Centre mengambil pendekatan terbaik dengan menganjurkan Bengkel Bersemuka Ledakan Final PKSK / UKKM bagi memantapkan lagi penguasaan anak anak dalam PKSK dan UKKM. Bengkel dua hari bermula pada hari Sabtu 14 dan 15 Oktober 2023 akan berlangsung di Multimedia Universiti Cyberjaya.
Bengkel terakhir PKSK / UKKM ini akan menampilkan 6 barisan guru penganalisis dan berpengalaman dalam PKSK dan UKKM. Selain itu Fly High sekali lagi turut menampilkan Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mommy Rita Rudaini dalam bengkel terakhir ini.
Pengisian Bengkel Bersemuka Ledakan Final PKSK / UKKM
Antara pengisian menarik yang akan diketengahkan dalam bengkel selamat dua hari antaranya;
• Format dan cara menjawab soalan peperiksaan PKSK/UKKM 2023
• Teknik menjawab soalan peperiksaan
• BONUS - BOOSTER Bahasa Melayu : Artikulasi * Literasi*
Perincian Bengkel Bersemuka Ledakan Final PKSK / UKKM
• Tarikh : 14 & 15 Oktober 2023
• Hari 1 : Sabtu : 8.00am - 5.30pm
• Hari 2 : Ahad : 8.00am - 6.00p
• Lokasi : MMU, Cyberjaya
• Yuran : RM299 (6 SLOT)
Fly High Education Centre akan menyediakan modul belajar dan makan minum anak anak pelajar akan disediakan sepanjang bengkel berlangsung.
Ibu Ayah yang berminat untuk mendaftarkan anak anak, untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila ke pautan di bawah;
Atau Jika Ibu Ayah mempunyai apa apa pertanyaan sila berhubung dengan admin Fly High Education Centre melalui nombor tertera;
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.