Berakhir Sudah Bengkel Bersemuka Ledakan Final Jelajah PKSK UKKM Fly High Education Centre

Berakhir Sudah Bengkel Bersemuka Ledakan Final Jelajah PKSK UKKM Fly High Education Centre 


Alhamdulillah Bengkel Bersemuka Ledakan Final Jelajah PKSK UKKM anjuran Fly High Education Centre telah tamat dengan jayanya pada jam 5.30 petang tadi. Bengkel yang dijalankan selama dua hari bermula 14 Oktober 2023 dan berakhir pada 15 Oktober 2023 di harap dapat memberi impak besar untuk anak anak pelajar yang akan menduduki Ujian PKSK bermula esok.


Semoga perkongsian ilmu daripada barisan guru guru hebat dan berpengalaman selama dua hari ini dapat dimanfaatkan oleh anak anak pelajar dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.

Apa Kata Ibu Ayah Mengenai Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK/UKKM Anjuran Fly High Education Centre


KakYa kongsikan di sini beberapa komen daripada Ibu Ayah anak anak pelajar yang telah menyertai Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK UKKM selama dua hari di Multimedia Universiti, Cyberjaya.

"Terima kasih Fly High penganjuran yang sangat baik dan platform kepada anak anak yang sangat berminat untuk ke SBP. Semoga berjaya kepada anak anak yang menduduki PKSK esok dan hari seterusnya". - Ibu Irfan Mirza

"Alhamdulillah. Terima kasih atas peluang dan rezeki anak menimba ilmu selama 2 hari ini. Semoga Fly High Education terus sukses dalam membantu anak anak didik terus berjaya. Untuk semua anak anak yang akan menduduki PKSK bermula esok. Good luck & all the best!!". - Pn Mai

"Terima kasih Team Fly High. Anak saya kata banyak manfaat dia dapat dalam sesi 2 hari ini. Thank you so much". - Pn Collins Pubala Sharma

"Alhamdulillah. Terima kasih semua. Anak saya bagi +ve feedback. Semoga ini titik tolak untuk anak anak semakin maju dalam pelajaran dan sahsiah diri". - En M Nazri K

"Minta halalkan segala ilmu dan makan minum. Semoga pihak Flyhigh berjaya di masa hadapan". - Pn Noorazian Abu Hassan

"Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua tenaga pengajar, motivator dan team FHEC. Semoga segala ilmu dan nasihat yang diberikan memberi manfaat pada anak anak. Moga Allah membalas segala jasa dan merahmati kita semua. Moga anak anak kita berjaya dunia akhirat. InsyaAllah". - Pn Syaza Aziz

"Terima kasih buat penganjur, kesemua tenaga pengajar, Mommy Rita dan DSM atas semua ilmu dan perkongsian yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah. Doakan anak anak kita semua berjaya dunia dan akhirat. Amin". - Pn Sue

"Terima kasih semua, anak saya kata best Mama - banyak tips yang diajar". - Pn Wan Adilah

"Terima kasih kepada semua. Alhamdulillah anak saya dapat ilmu. Berkobar kobar dia nak menjawab esok". - Pn Aida

Terima Kasih Daripada Pihak Pengurusan Fly High Education Centre 


Pihak Pengurusan Flyhigh Education Centre ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan pelajar yang terlibat sepanjang sesi Bengkel Jelajah PKSK/UKKM SIRI 6 yang berlangsung di MMU, Cyberjaya. 

Mohon maaf sekiranya terdapat segala kekurangan secara sedar mahupun tidak sepanjang sesi bengkel ini berlangsung.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang baik itu datangnya dari kekurangan kami sendiri.
Kami hargai sebarang maklum balas atau cadangan utk FHEC mempertingkatkan lagi usaha di jelajah akan datang

Akhir kalam, besar harapan kami agar kita semua dapat meneruskan sesi ‘berguru’ dengan barisan murabbi premium  di JELAJAH LEDAKAN UKKM pada bulan November 2023 yang akan di adakan di SIRIM, Shah Alam.

Tahniah juga kami ucapkan kepada pelajar pelajar  yang mengambil langkah mempersiapkan diri dalam peperiksaan PKSK dan menghadapi segala kemungkinan yang datang.

Sama sama kita pastikan BATCH ini berjaya membolosi sekolah impian. Man Jadda Wa Jada. Salam mahabbah dan terima kasih semua.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kelas daripada Fly High Education Centre, jom ikut group Whatsapp;

📌 AKADEMIK 
https://chat.whatsapp.com/JKeXzwdLPK5HOnDxjSXV81



Catat Ulasan

0 Ulasan