1 Oktober 2023 Selamat Hari Lahir Dear Self

1 Oktober 2023 Selamat Hari Lahir Dear Self !


Syukur Alhamdulillah 1 Oktober datang lagi. Syukur Ya Allah untuk usia hari ini. Allah masih berikan umur yang panjang, rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik dan cerita terindah dalam hidup KakYa Dan family. 

Selamat hari lahir,sanah helwah,selamat hari jadi,happy birthday,hari lahir,hari jadi,ucapan hari lahir,semoga panjang umur,sayang kerana Allah

KakYa sentiasa berdoa agar Allah panjangkan umur KakYa agar KakYa berpeluang untuk terus berbakti buat kedua ibu Ayah KakYa, Encik Suami dan jugak anak anak. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik untuk KakYa agar dapat menjaga Encik Suami dan anak anak sebaik mungki. Moga KakYa sentiasa dalam lindungan dan redha Yang Maha Esa. InsyaAllah, semoga yang baik baik untuk diri KakYa hari ini dan hari hari mendatang. 

One with 3Ai .. Tiber plak Umi rasa mentua kat situ bila tengok anak anak makin membesar sihat sempurna. Tq untuk hadiah beday awal sehari semalam. Last minute Iman siapkan sebelum hantar dia ke asrama. Dapat jugak jumpa kakak sekejap. Alhamdulillah terima Kasih En Suami dan anak anak ... Love U Olls till jannah ♥️

Semoga dengan bertambahnya usia KakYa harini menjadikan Kak Ya lebih matang dan terus berusaha menjadi yang terbaik sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri dan ibu kepada 3Ai. InsyaAllah. 

Ya Allah , KAU berkatilah dan redhailah umur yang telah KAU berikan padaku. Ya Allah, KAU panjangkanlah umurku dalam ketaatan aku kepadaMU. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. Aaamin aamin Ya Mujib. 

Seketul KakYa BUKAN 
Seketul Jagung 🌹
01 Oktober 2023


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sanah Helwah KakYa 💐
    Mudah-mudahan Allah perkenankan doa KakYa 🤲

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir adik kak ana, Lya semoga setiap doa mu di makhbulkanNya jua, tercapai segala impian .. aamiin

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.