Ujian UPKK Makin Dekat Ibu Ayah Pastikan Anak Anak Ready Untuk Skor 8A
Anak anak yang bakal menduduki UPKK sila alert dengan takwim pengoperasian UPKK agar tidak terlepas tarikh tarikh penting Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK).
Kredit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kredit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Untuk ujian UPKK tahun 2023, Ibu Ayah dan anak anak pelajar perlu peka pada tarikh tarikh tertera dibawah;
• Peperiksaan lisan (Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat) : 3 April - 27 Oktober 2023
• Peperiksaan lisan (Al-Quran) : 1 - 30 November 2023
• Peperiksaan bertulis : 15 - 18 Januari 2024
Ibu Ayah yang teringin melihat anak anak menyambung pengajian ke SBPI atau Sekolah Menengah Agama, keputusan ujian UPKK perlulah mantap bagi memudahkan anak anak mendapat tempat di sekolah terpilih.
Ibu Ayah dan anak anak pelajar calon UPKK nak tahu apa bentuk soalan ujian yang akan keluar dalam ujian UPKK 2023 nanti? Fly High Education Centre akan membantu anak anak pelajar membuat persiapan melalui Bengkel Bersemuka MOMENTUM UPKK 2023 bersama Ustaz Azhari Sulaiman Al Haj.
Bengkel Sulung MOMENTUM UPKK Siri 1 2023 Bersama Ustaz Azhari Sulaiman Al Haj
Fly High Education Centre ingin menjemput Ibu Ayah dan juga anak anak pelajar untuk bersama sama Ustaz Azhari Bin Sulaiman Al Haj secara bersemuka dalam bengkel sulung MOMENTUM UPKK Siri 1 2023 bertempat di SIRIM, Shah Alam.
Bengkel Bersemuka UPKK Fly High Education Centre Bantu Anda Skor 8A Dalam UPKK
Bengkel bersemuka UPKK ini diadakan untuk membantu anak anak bukan hanya mudah dalam menjawab soalan UPKK, malah faham, seronok dan dapat tingkatkan prestasi pembelajaran. Bengkel sehari ini terbuka untuk anak anak pelajar tahun 5 yang akan menduduki UPKK tidak lama lagi. Juga terbuka untuk anak anak pelajar Tahun 3 dan 4.
Bengkel bersemuka MOMENTUM UPKK ini akan memberi;
• Penekanan kepada topik topik penting UPKK.
• Fokus menjawab soalan soalan sebenar UPKK.
• Bimbingan menjawab soalan soalan KBAT
Bengkel sehari ini akan diadakan pada hari Ahad, 24 September 2023 bermula 8.30 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di Bilik Latihan, Sirim Shah Alam.
Yuran untuk join bengkel sehari ini berjumlah RM199 sahaja Ibu Ayah. InsyaAllah skor 8A UPKK untuk anak anak pelajar.
Untuk pengetahuan Ibu Ayah diluar sana, Fly High Education Centre telah berjaya membantu ramai pelajar skor A+ dalam peperiksaan UPKK. Tiada alasan lagi untuk anak anak pelajar tidak berjaya kerana tenaga pengajar iaitu Ustaz Azhari Bin Sulaiman Al Haj adalah penganalisa soalan dan merupakan Guru Cemerlang UPKK.
Jadi, apa tunggu lagi anak anak. Jom daftar sekarang sebelum terlambat. Ibu Ayah boleh WhatsApp nombor tertera untuk maklumat lanjut berkenaan Bengkel Bersemuka MOMENTUM UPKK.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu Ibu Ayah dan anak anak pelajar yng bakal menduduki UPKK tidak lama lagi. Semoga bermanfaat, InsyaAllah.
1 Ulasan
anak sulung kita dah lepas tahun lepas. good luck untuk anak-anak tahun ni
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.