Susah Untuk Menjawap Soalan PSRA : Ikuti Tips Mudah Ini

Rasa Susah Untuk Menjawap Soalan PSRA : Ikuti Tips Ini


Anak anak pelajar semua, petang ni KakYa nak kongsi Tips Mudah Menjawap Soalan PSRA. Sebelum KakYa kongsikan tips ini, KakYa nak ulang balik lagi sekali, Apa Itu PSRA? Kenapa kena ulang, sebab masih ramai lagi  kat luar sana yang tak tahu apa itu PSRA. Jadi KakYa nak warwarkan banyak kali bagi orang lain tahu dan faham apa itu PSRA

Apa itu PSRA, Apa itu ujian penilaian sekolah rendah agama (PSRA),tarikh PSRA, Fly High Education Centre,PSRA peperiksaan bersijil,. Bengkel PSRA


PSRA adalah singkatan kepada Penilaian Sekolah Rendah Agama. PSRA merupakan ujian yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) dibawah kelolaan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PSRA dijalankan mengikut kehendak dan syarat yang telah ditetapkan


Tips Mudah Menjawap Soalan PSRA 



Berikut KakYa kongsikan beberapa tips yang boleh anak anak pelajar gunakan untuk membuat persediaan sebelum menjelangnya PSRA. Anak anak pelajar boleh praktikkan tips mudah menjawap PSRA seperti dinyatakan;

Elakkan study last minute 
- Tolong ya anak anak pelajar, tolong jangan study last minute. Melainkan anak anak pelajar adalah pelajar yang jenis fokus dan memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya dalam kelas. 

Jangan amalkan study last minute. Cari dan luangkan masa untuk ulanpgkaji. Persiapkan diri lebih awal agar tidak tertekan di saat saat akhir. Jika anak anak melakukan persiapan awal, anak anak tidak akan tertekan dan lebih tenang menjawap peperiksaan. 

Menyediakan nota ringkas dan padat
- Buat nota sendiri guna ayat sendiri, lebih mudah untuk anak anak faham. Senaraikan point penting dan cuba untuk faham. Highlight point point penting menggunakan warna warna yang dapat merangsang minda untuk fokus pada pembelajaran.

Buat study group
- Ajak beberapa orang kawan untuk buat study group. Anak anak pelajar boleh belajar secara berkumpulan tentang topik yang kurang mahir. Dengan adanya study group anak anak akan dapat berbincang dan bersama sama menyelesaikan permasalahan tentang topik yang kurang faham. 

Join bengkel bersemuka 
- Boleh join bengkel bersemuka PSRA. Bengkel bersemuka memberi peluang pada anak anak untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan. Kat dalam bengkel tu nanti anak anak akan didedahkan dengan pelbagai tajuk dan soalan soalan popular PSRA. Lagi mudah nak menjawap soalan PSRA bila dah tahu sedikit sebanyak tajuk dan soalan popular PSRA. 


Bengkel Bersemuka Ledakan PSRA : Teknik SKOR MUMTAZ 1 Sasaran


Apa itu PSRA, Apa itu ujian penilaian sekolah rendah agama (PSRA),tarikh PSRA, Fly High Education Centre,PSRA peperiksaan bersijil,. Bengkel PSRA


Bengkel bersemuka Ledakan PSRA : Teknik SKOR MUMTAZ 1 Sasaran akan diadakan pada 31 Ogos 2023 bertempat di SIRIM Berhad. Dengan penampilan khas Ustaz Azhari Bin Sulaiman Al Haj, guru penganalisa soalan merangkap guru besar sekolah cemerlang PSRA Negeri Selangor.

Bengkel bersemuka pada kali ini akan memberi fokus kepada tajuk tajuk penting dan soalan popular PSRA. 

Anak anak pelajar yang berminat untuk join bengkel bersemuka Ledakan PSRA : Teknik SKOR MUMTAZ 1 Sasaran bersama Ustaz Azhari Bin Sulaiman Al Haj apa tunggu lagi, jom daftar sekarang melalui nombor whatsapp di bawah; 


Catat Ulasan

0 Ulasan