Selamat Hari Lahir Ke 16 Adam Iman

Selamat Hari Lahir Ke 16 Adam Iman 


Alhamdulillah 13 Ogos 2023 hari ini. Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman. 13 Ogos 2023, hari lahir Iman yang ke 16. Sekejap sungguh masa berlalu, hari ini genap 16 tahun usia anak bujang Umi. Barakalah fii umrik. Semoga dengan bertambah setahun lagi usiamu wahai anak semakin bertambah iman dan sempurna akhlakmu. Sanah Helwah Uhibbuki Fillah. Selamat hari lahir Iman, sayang kamu kerana Allah. 

Sanah Helwah Uhibbuki Fillah. Selamat hari lahir Iman, Umi & Abah sayang Iman kerana Allah. 


Selamat Hari Lahir Ke 16 Anakku Muhammad Adam Iman


Semoga Iman di panjangkan umur dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan diperluaskan pintu pintu rezeki, dikurniakan rezeki berkat melimpah ruah, jadi anak yang soleh, sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT setiap saat dan ketika dan diterangi hati untuk terus menimba ilmu. 

Tahun ni kebetulan balik kampung mengundi .. Jadi sambut beday awal sehari kat kampung.. Alhamdulillah dapat raikan hari lahir Iman bersama family kat kampung. 

Doa Umi akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu wahai anak. Dalam setiap denyut jantung dan nafas Umi, pasti  akan Umi selitkan doa terbaik buatmu Iman. 

Ya Allah kurniakan kebaikan dan kebahagiaan dunia akhirat buat anakku Muhammad Adam Iman. Semoga anakku Muhammad Adam Iman menjadi insan berguna pada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib. 



Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.