Cuti Sekolah Bakal Bermula - Ibu Ayah Dah Rancang Aktiviti Bersama Anak Anak

Cuti Sekolah Bakal Bermula - Ibu Ayah Dah Rancang Aktiviti Bersama Anak Anak 


Cuti sekolah bakal tiba beberapa hari jer lagi. Selamat bercuti anak anak pelajar sekalian. Anak anak pelajar pasti gembira dan seronok apabila tibanya cuti sekolah.

Seronok seronok juga ya anak anak tapi jangan lupa, cuti sekolah seharusnya dimanfaatkan dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah manakala kita sebagai Ibu Ayah  seharusnya merancang aktiviti yang boleh memberi manfaat untuk anak anak sepanjang cuti sekolah ini. 

Ibu ayah boleh manfaatkan cuti sekolah kali ini dengan beberapa aktiviti berfaedah antaranya; 

Melancong bersama keluarga
- Melancong bersama keluarga adalah aktiviti yang cukup sinonim ketika cuti sekolah. Waktu inilah Ibu Ayah dapat meluangkan lebih masa membawa anak anak melawat tempat tempat menarik di Malaysia. Gunakan sebaiknya peluang ini untuk membawa anak anak melawat dan mengenali lebih dekat tempat tempat menarik yang ada di Malaysia. 

Pulang ke kampung
- Ibu Ayah dan anak anak pasti suka, bila cuti sekolah jer mesti nak balik kampung kan? Pulang bercuti ke kampung menjadi satu agenda wajib juga untuk KakYa dan family kalau cuti sekolah. Masa inilah anak anak berpeluang untuk bersama sama datuk dan nenek serta sepupu sepupu mereka di kampung. 

Pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan ketika di kampung. Selain daripada melakukan aktiviti menarik di kampung, budaya balik kampung sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. 

Aktiviti gotong royong
- Aktiviti gotong royong membersihkan rumah dapat mendidik anak anak agar lebih peka kepada kebersihan. Jadikan aktiviti ini satu kebiasaan agar anak anak terdidik dengan sifat pembersih dan sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan dalam kehidupan seharian mereka. Cuti sekolah ni semua anak anak ada kat rumah, jadi apa salahnya bergotong royong anak beranak bersihkan dalam dan luar rumah. 

- Kem motivasi dan kem ibadah
Kebiasaanya apabila cuti sekolah bermula, akan ada dijalankan kem motivasi dan juga kem ibadah di sekitar kawasan tempat tinggal atau di luar kawasan samaada berbayar atau percuma.  

Jika Ibu Ayah berkemampuan apa salahnya keluarkan sedikit modal untuk memberi peluang kepada anak anak menimba ilmu dunia dan juga akhirat. Anggaplah wang yang kita laburkan itu sebagai pelaburan jangka panjang untuk anak anak kita. 

- Program jom ke masjid
Salah satu program cuti sekolah yang anak anak KakYa selalu join bila cuti sekolah bermula nilah dia, program jom ke masjid

Dalam program jom ke masjid ni macam macam aktiviti menarik yang dijalankan antaranya qiamullai, bijak solat, pengenalan anggota wudhuk, cara berwudhuk dengan sempurna, hafalan bacaan dalam solat, bacaan Al Quran, tayammun, solat jenazah, aktiviti memanah dan juga berkuda serta beberapa aktiviti menarik yang lain. 

Yang paling best waktu program ini dilaksanakan, anak anak akan tidur di masjid kerana mereka perlu bangun awal untuk aktiviti qiamullai. 

Seronok juga dapat join program gini masa cuti sekolah. Dapat mengisi masa lapang waktu cuti sekolah dengan menggali ilmu yang bermanfaat.  

- Mengulangkaji pelajaran
Cuti sekolah bukan bermakna kita boleh berehat, tidur, bermain semata mata ya anak anak. Bukan juga meninggalkan terus buku buku pelajaran. Sebaliknya, anak anak boleh luangkan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran dan menambah ilmu pengetahuan. 

Sekarang ni semua rumah mempunyai kemudahan internet, Ibu Ayah boleh sama sama menerokai dunia maklumat di hujung jari bersama anak anak.  

- Kelas online cuti sekolah 
Program khas cuti sekolah PSRA Pakej Rahmah untuk anak anak pelajar bersama 
Ustaz Azhari bin Sulaiman Al Haj. Untuk anak anak tahun 6 yang akan menduduki PSRA, boleh join kelas online rahmah cuti sekolah anjuran Fly High Education Centre ni. Ambil peluang cuti sekolah kali ini untuk membuat persediaan menghadapi PSRA. 

Kelas online PSRA cuti sekolah, kelas online PSRA, apa itu PSRA, tuisyen online, kelas online murah, kelas online terbaik, fly high education centre

Antara pengisian sepanjang kelas online berlangsung; 

• Penekanan revisi menyeluruh 
• Fokus menjawab Soalan Mimic PSRA
• Bimbingan menjawab soalan silibus aras tinggi KBAT
• Teknik menghafal cara mudah

Bagi anak anak yang berminat nak join, kelas online ini akan berlangsung pada 28 hingga 31 Ogos dan 1 September 2023 bermula 6:15 petang sehingga 7:15 petang dan yuran untuk 1 sesi RM15 manakala untuk semua sesi berjumlah RM70 sahaja. Bahan belajar dan rakaman kelas akan disediakan untuk anak anak pelajar. 

Anak anak pelajar yang berminat nak join, Ibu Ayah boleh daftarkan segera melalui; 


Ok inilah sedikit sebanyak aktiviti sempena cuti sekolah yang dapat KakYa senaraikan untuk Ibu Ayah dan anak anak pelajar di luar sana. Ibu Ayah perlu membuat perancangan awal untuk menyusun aktiviti bersama anak anak bagi mengelakkan anak anak menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan paling penting jangan biarkan anak anak kita terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat di persekitaran mereka. 

Semoga cuti sekolah ini anak anak kita dapat memanfaatkan waktu yang ada dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. InsyaAllah. 

SELAMAT BERCUTI !!

Catat Ulasan

0 Ulasan