Kuiz Stem Biodiversiti Sekolah Menengah 2023

Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan


Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan akan diadakan secara online pada hari Sabtu 7 Oktober 2023 jam 10 pagi sehingga 11 pagi. 

Pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menyertai kuiz ini perlu mengakses pautan Google Form yang telah disediakan oleh pihak penganjur pertandingan Kuiz Stem Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan mengikut negeri masing masing. Kuiz ini dapat memberi peluang kepada anak anak  pelajar sekolah menengah mendapat markah PAJSK peringkat kebangsaan

Kuiz Stem Biodiversiti Sekolah Menengah 2023, Kuiz STEM Biodiversiti sekolah menengah 2023, link kuiz STEM Biodiversiti, 7 Oktober 2023 tari kuiz STEM

Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan


Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2023 merupakan kuiz dalam talian yang dianjurkan oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia, Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK).

Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti merupakan kuiz dalam talian yang menguji tahap kecekapan IQ murid dan pengetahuan para murid tentang konsep sains dan teknologi bagi kepelbagaian hidupan di Bumi merangkumi flora dan fauna, bermula dari gen ke ekosistem, dalam semua bentuk dan semua interaksinya. 

Pertandingan ini juga diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan UNESCO iaitu berfokuskan kepada;

- GOAL 4: Quality Education
- GOAL 6: Clean Water and Sanitation
- GOAL 13: Climate Action
- GOAL 14: Life Below Water
- GOAL 15: Life on Land

Syarat Syarat Penyertaan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan


- Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah swasta.

- Semua pelajar perlu mengakses pautan Google Form yang disediakan oleh
pihak penganjur pada hari pertandingan untuk menyertai kuiz.

- Para pelajar perlu memastikan semua maklumat yang diberi semasa pengisian Google Form adalah tepat. Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap

Soalan kuiz adalah berdasarkan maklumat yang terdapat di; 
• Dua siri webinar yang akan dijalankan di capaian saluran YouTube. 

• Setiap siri webinar akan melibatkan 2 topik oleh 2 orang penceramah selama 45 minit setiap seorang.

Link webinar akan diupdated apabila webinar dijalankan

- Para pelajar perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

-  Para pelajar perlu menjawab soalan secara dalam talian dengan keupayaan sendiri.

- Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan. Para pelajar perlu menghantar jawapan sebelum masa tamat dan digalakkan untuk menghantar sejurus selesai menjawab.

Maklumat Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan


Berikut KakYa kongsikan maklumat pertandingan Kuiz Stem Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan;

- Bilangan soalan adalah sebanyak 50 soalan sahaja.
- Tempoh masa menjawab kuiz selama 60 minit sahaja.
- Para pelajar perlu menjawab dalam masa yang telah ditetapkan.
- Masa pertandingan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak penganjur.
- Para pelajar digalakkan untuk menghantar penyertaan semasa pertandingan seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakan dalam talian pada saat-saat akhir.
- Markah minimum untuk kelayakan penerimaan sijil penyertaan adalah 40%.
- Sijil pencapaian akan diberikan kepada 5 murid yang memperoleh markah yang tertinggi dan terpantas semasa menjawab kuiz.
- Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan semasa pengisian
maklumat diri dalam Google Form pada hari pertandingan.
- Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD.

Pautan Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan


Pautan pertandingan Kuiz Stem Biodiversiti ini hanya akan diaktifkan pada hari pertandingan iaitu 7 Oktober 2023 (Sabtu), jam 10.00 pagi dan ditutup pada jam 11 pagi. Peserta boleh terus mengakses link yang akan diupdated dari semasa ke semasa untuk menyertai pertandingan ini pada waktu yang telah ditetapkan dan tiada pendaftaran awal perlu dilakukan.

Para pelajar yang berminat menyertai Kuiz STEM Biodiversiti ini, sila pastikan anda mengetahui PPD SEKOLAH, KOD SEKOLAH dan NAMA PENUH SEKOLAH masing masing sebelum hari pertandingan dijalankan bagi memudahkan pengisian maklumat sekolah pada hari pertandingan nanti. Berikut adalah pautan Google Form Kuiz STEM Biodiversiti untuk semua negeri di Malaysia. 

Perlis
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Kedah
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Pulau Pinang
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Perak
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Selangor
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Wilayah Persekutuan Putrajaya
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Negeri Sembilan
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Melaka
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Johor
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Pahang
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Terengganu
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Kelantan
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Sarawak
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Sabah
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Wilayah Persekutuan Labuan
LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN

Semoga perkongsian mengenai Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan ini memberi manfaat buat semua. InsyaAllah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.