Cemerlang PSRA Bersama Fly High Education Centre

Cemerlang PSRA Bersama Fly High Education Centre 


Bersua lagi kita dalam sudut ilmu. Kalini kita berkongsi cerita mengenai PSRA. Ibu Ayah di luar sana pasti inginkan anak anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam PSRA. Tapi ramai daripada Ibu Ayah yang belum tahu sepenuhnya apa itu PSRA. Bagi Ibu Ayah yang belum tahu apa itu PSRA, KakYa kongsikan lagi di sini agar Ibu Ayah lebih faham apa maksud PSRA. InsyaAllah. 

Apa itu ujian penilaian sekolah rendah agama (PSRA),tarikh PSRA, Fly High Education Centre,PSRA peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh JAWI

PSRA merupakan singkatan kepada Penilaian Sekolah Rendah Agama. PSRA merupakan ujian yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) dibawah kelolaan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PSRA dilaksanakan mengikut kehendak dan syarat yang telah ditetapkan.

Skop sukatan pelajaran untuk ujian PSRA bermula dari Tahun 4 sehingga Tahun 6 dan subjek yang akan dinilai dalam UPSRA adalah Al-Quran dan Hafazan,Akhlak/Sirah, Tajwid, Tauhid/Feqah, Bahasa Arab, Jawi/Khat. Untuk pemarkahan dalam setiap subjek, markah akan diberikan kepada anak anak pelajar berdasarkan pangkat seperti yang berikut;

- Mumtaz (Cemerlang)
- Jayyid Jiddan (Sangat baik) 
- Jayyid (Baik)
- Maqbul (Lulus)
- Musaadah (Perlu Bimbingan)

Anak anak pelajar nak cemerlang PSRA tapi tak tahu mana nak mula? Ibu Ayah tak tahu di mana nak hantar anak untuk lebih mendalami PSRA?  Tak perlu bimbang lagi kerana Fly High Education Centre boleh bantu Ibu Ayah dan anak anak pelajar untuk cemerlang PSRA 2023 melalui bengkel PSRA bersemuka yang akan pada 6 Ogos 2023 nanti. 

Bengkel Bersemuka Wake Up PSRA 2023 : Mumtaz Dalam Genggaman



Apa itu ujian penilaian sekolah rendah agama (PSRA),tarikh PSRA, Fly High Education Centre,PSRA peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh JAWI


Setelah mendapat sambutan hangat daripada Ibu Ayah dan anak anak pelajar untuk bengkel bersemuka PSRA yang diadakan sebelum ini,  Fly High Education Centre sekali lagi akan mengadakan Bengkel Bersemuka Wake Up PSRA 2023 : Mumtaz Dalam Genggaman. Menampilkan Ustaz Azhari Bin Sulaiman Al Haj yang berpengalaman 25 tahun mengajar yamg juga guru penganalisa soalan dan guru besar sekolah cemerlang UPKK negeri Selangor. Bengkel bersemuka ini akan di adakan pada hari Ahad bersamaan 6 Ogos 2023 bertempat di Auditorium MMU Putrajaya. 

Bengkel selama 8 jam setengah ini akan mengetengahkan beberapa topik menarik antaranya; 

- Penekanan Revisi Menyeluruh 
- Fokus menjawab Soalan Mimic PSRA
- Bimbingan menjawab soalan silibus Aras Tinggi KBAT
- Teknik menghafal cara mudah

Tak perlu bertangguh lagi, jom daftar sekarang sebelum pendaftaran di tutup. Klik nombor wasap tertera untuk pendaftaran. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat Ibu Ayah dan anak anak pelajar yang ingin cemerlang dalam PSRA .. InsyaAllah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan