Strategi Ke Sekolah Idaman

Strategi Ke Sekolah Idaman


Assalamualaikum, Hi semua. Kembali lagi petang ini dengan topik hangat strategi ke sekolah idaman. Ibu ayah di luar sana yang mempunyai anak Tahun 6 dan berminat menghantar anak ke sekolah idaman, pasti sudah merencana pilihan terbaik untuk anak anak. Anak anak juga pastinya sedang bersiap sedia untuk beberapa ujian penting iaitu PKSK, UKKM, PSRA, UPKK dan juga UPSA

Namun tidak semua daripada kita yang bergelar Ibu ayah tahu tentang semua proses yang berlaku bermula dari proses permohonan sehingga ke proses penempatan anak anak pelajar ke sekolah idaman, terutama Ibu ayah yang baru pertama kali mempunyai anak di Tahun 6. Ramai yang masih buntu dan tertanya tanya bagaimana cara untuk anak anak terpilih ke sekolah idaman

Kemasukan Ke Sekolah Idaman : Masih Banyak Ibu Ayah Perlu Tahu


Sebenarnya masih banyak yang perlu Ibu ayah tahu berkenaan kemasukan ke sekolah idaman seperti syarat permohonan, sekolah dan jenis aliran program, dasar pemilihan pelajar, kriteria yang di ambil kira dalam pemilihan seseorang pelajar dan yang paling utama sekali ujian atau pentaksiran yang perlu dilalui oleh anak anak pelajar untuk ke sekolah idaman. 

Semua maklumat ini sangat penting dan perlu diketahui oleh Ibu ayah agar lebih bersedia menghadapi proses pemilihan ke "Sekolah Idaman". Persaingan ke sekolah idaman semakin sengit setiap tahun. Ibu ayah perlukan strategi khusus untuk menghadapi persaingan untuk anak anak mendapat tempat di sekolah yang mereka idamkan. 

Bagaimana nak bersiap sedia dan mengatur strategi jika Ibu bapa sendiri masih lagi terkapai kapai dan masih lagi tidak jelas mengenai proses ke sekolah idaman. 

Bicara Online Bersama Ibu Bapa (PERCUMA) : Strategi Ke Sekolah Idaman

Fly High Education Centre menjemput Ibu ayah yang mempunyai anak Tahun 6 dan berminat ke sekolah idaman untuk bersama sama dalam Bicara Online Bersama Ibu Bapa (PERCUMA) : Strategi Ke Sekolah Idaman. Program bicara online percuma ini akan mengetengahkan bimbingan khas untuk Ibu ayah yang berminat menghantar anak ke sekolah idaman.

Strategi ke sekolah idaman, jom masuk mrsm dan sbp, ujian PKSK dan UKKM, cara masuk MRSM, cara masuk SBP, UPSA, UPKK, UPSA, Fly High Education Centre

Fly High Education Centre membawakan kepada anda barisan guru guru berpengalaman soalan PKSK/UKKM untuk bersama Ibu ayah dalam bicara online pada hari Jumaat 21 Julai 2023 pada jam 9.30 hingga 10.30 malam di platform Zoom. Banyak topik topik menarik yang akan diketengahkan sepanjang bicara online satu jam ini berlangsung. 

Jadi jangan lepaskan peluang dan usah berlengah lagi,  jom Ibu ayah kita sama-sama bantu anak anak kita untuk pasang strategi bagi membolosi pagar ke Sekolah Impian (SBP dan MRSM) dengan cara yang betul. 

Ibu ayah boleh join group Whatsapp ini melalui link di bawah untuk maklumat lebih detail; 

Catat Ulasan

0 Ulasan