Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan
Korang pernah dengar tak sebelum ini mengenai satu program perkongsian komuniti patuh syariah untuk bil perubatan bernama Lyndung. KakYa baru jer dapat tahu berkenaan program ini beberapa minggu yang lepas. Lyndung satu nama unik yang membuatkan KakYa tertanya tanya. KakYa pasti korang pon mesti nak tahu apa itu Lyndung. Jom KakYa kongsi kat korang.
Apa Itu Lyndung
Apa itu Lyndung? Lyndung adalah program perkongsian komuniti patuh syariah untuk bil perubatan dengan pelbagai jenis perkongsian manfaat perubatan untuk dinikmati ahli berdaftar bagi meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup.
Dengan visi untuk mewujudkan komuniti di mana penjagaan kesihatan boleh di akses dan berpatutan, Lyndung memberi peluang kepada masyarakat untuk merasai sendiri kemudahan penjagaan kesihatan, bertindak menyediakan rawatan yang berpatutan dan mewujudkan masyarakat yang sihat dan bertanggungjawap dari segi sosial.
Program ini membolehkan ahli komuniti membantu antara satu sama lain dengan berkongsi perbelanjaan perubatan mereka secara sama rata. Melalui perkongsian ini, ahli komuniti dapat menikmati manfaat daripada fasiliti perubatan pada harga serendah RM10 sahaja sebulan.
Dengan hanya RM10 sebulan sudah cukup untuk korang menjadi ahli komuniti Lyndung dan membuat persediaan untuk masa akan datang. Kiranya Lyndung ni ibarat medical card yang korang boleh dapat dengan harga yang murah dan jimat.
Lyndung telah diasaskan dan di urus tadbir oleh Lyndung Sdn Bhd (1454883-V) dan kewujudan Lyndung adalah bertujuan untuk menawarkan perlindungan sosial kepada golongan yang kurang mampu. Korang yang berminat nak menyertai program komuniti Lyndung tidak perlu merasa was was kerana Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung.
Adakah Lyndung Sdn Bhd Syarikat Insurans/Takaful
Ramai yang tertanya tanya mengenai Lyndung Sdn Bhd. Adakah syarikat Lyndung Sdn Bhd sebuah syarikat insurans/takaful. Pada permulaan KakYa tahu mengenai program Lyndung, KakYa juga tertanya tanya adakah Lyndung Sdn Bhd sebuah syarikat insurans/takaful.
Untuk pengetahuan korang kat luar sana
Lyndung Sdn Bhd bukan syarikat insuran atau takaful dan syarikat ini tidak menawarkan sebarang produk insurans atau takaful dan tidak tertakluk dibawah akta Bank Negara Malaysia (BNM)
Bagaimana Lyndung Berfungsi
Korang pasti tertanya tanya bagaimana Lyndung berfungsi. Program Lyndung berfungsi cukup mudah. KakYa kongsikan kat sini bagaimana Lyndung berfungsi.
Semasa pendaftaran, ahli perlu menyumbang RM100 sebagai Sumbangan Perkongsian Awal selain daripada yuran keahlian. Semasa pendaftaran, ahli perlu menyumbang RM100 sebagai Sumbangan Perkongsian Awal selain daripada yuran keahlian. Sumbangan ini dikumpulkan untuk tujuan pembayaran bil perubatan ahli Lyndung yang berdaftar sahaja. Keseluruhan sumbangan ini disimpan oleh syarikat amanah yang tertakluk di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 untuk menjamin ketelusan pengurusan sumbangan.
Jika ada di kalangan ahli komuniti Lyndung yang sakit dan memerlukan rawatan perubatan, bil perubatan mereka akan dikongsi dan dibahagi sama rata antara ahli berdaftar.
Bagaimana cara perkongsian bil perubatan dilaksanakan? Jika terdapat 2,000 ahli aktif dan bil perubatan berjumlah RM10,000, setiap ahli komuniti akan menyumbang RM5 untuk menampung bil perubatan. Jadi RM5 ini akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal yang dibayar semasa pendaftaran.
Jumlah maksimum sumbangan perkongsian yang telah ditetapkan berjumlah RM50 sebulan bagi menjaga kebajikan ahli. Ini bermakna, jika jumlah perkongsian bulanan melebihi RM50 pada bulan tersebut maka baki yang ada akan dibawa ke bulan yang seterusnya.
Yang lebih menguntungkan lagi, jika tiada ahli Lyndung yang sakit maka tiada perkongsian yang perlu di laksanakan.
Dengan hanya RM10 sebulan atau RM120 setahun untuk kos pentadbiran dan tiada kos tersembunyi yang lain dikenakan kepada ahli, program ini dapat memberi manfaat yang cukup besar buat ahli yang berdaftar.
Manfaat Program Lyndung
Apakah manfaat yng diperolehi daripada program Lyndung. Antara manfaat yang diperolehi adalah;
Bil Perubatan Kemalangan
- RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.
Bil Perubatan
-RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi.
Hospital Panel
- Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.
Pemindahan Organ
- RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai penerima, sekali seumur hidup.
Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
- RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.
Khairat Kematian
- RM5,000 Khairat Kematian untuk waris.
Servis Ambulans
- Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250.
Bilik Dan Makanan Hospital
- Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital.
Pendapat Kedua Untuk Pembedahan
- Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Faedah Menyertai Lyndung
Apakah faedah yang korang dapat apabila menyertai program komuniti Lyndung. Antara faedahnya ialah;
- Yuran keahlian yang rendah tanpa agen. Hanya serendah RM10 sebulan atau RM120 setahun sahaja, korang dah boleh mendaftar sebagai ahli.
- Penyediaan Juruaudit Perubatan Profesional Ketiga (TPA). Untuk hal hal yang berkaitan kemasukan ke hospital termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan diuruskan oleh oleh Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga (TPA) bereputasi tinggi yang memiliki lebih 200 hospital di bawah rangkaian mereka.
- Bil perubatan akan di kongsi bersama secara sama rata bersama ahli berdaftar.
- RM20,000 perkongsian bil perubatan kemalangan serta RM5,000 khairat kematian untuk 60 hari pertama.
- RM1 juta perkongsian bil perubatan tidak termasuk rawatan bagi penyakit khusus pada hari ke-61 hingga ke-180.
- Perkongsian bil perubatan termasuk kemalangan sehingga RM1 juta pada hari ke-181 dan seterusnya.
Jom Kongsi Bil Perubatan Bersama Komuniti Lyndung
Setelah mengetahui lebih banyak mengenai Lyndung, KakYa dapat simpulkan kat sini. Lyndung dapat memberi banyak manfaat untuk ahli komuniti yang telah menyertai program komuniti Lyndung. Satu program komuniti yang sangat sesuai untuk semua golongan dengan harga mampu bayar serta patuh syariah.
Siapa yang layak untuk memohon dalam program komuniti Lyndung. Jika korang rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun tanpa sebarang penyakit sedia ada, korang semestinya layak untuk memohon. Korang boleh mendaftar secara online melalui laman sesawang Lyndung. Jom kongsi bil perubatan bersama dengan menyertai komuniti Lyndung. Dengan menjadi ahli komuniti Lyndung, korang boleh berkongsi bil perubatan sehingga RM1 juta setahun.
Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai program komuniti Lyndung, korang boleh layari laman tertera;
Website: https://lyndung.my/
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.