Cara Buat Telur Masin Guna Telur Ayam

Cara Buat Telur Masin Menggunakan Telur Ayam


Biasa kita dengar nak buat telur masin orang akan guna telur itik kan? Kalini KakYa nak ajak korang buat telur masin tapi bukan guna telur itik tau tapi kita guna telur ayam. Jarang kita dengar orang buat telur masin guna telur ayam, tapi takpe kita cuba buat. Tak salah pon. 

Jangan tak tahu, telur ayam pon boleh buat jadi telur masin. Hasilnya sebijik sama macam telur itik masin. Kalau korang nak cuba buat telur masin guna telur ayam, jom kita cuba buat, ikut resipi kat bawah. KakYa pon nak cuba jugak nanti sebab kat rumah ramai suka telur masin cuma nak dapatkan telur itik tu susah sikit, jadi pasni kita buat guja telur ayam. 

Cara buat telur masin menggunakan telur ayam,boleh ke buat telur masin guna telur ayam,resipi telur masin guna telur ayam,cara buat telur masin sedap
Gambar perkongsian daripada pengguna Fb. Terima kasih. 


Senang Jer Buat Telur Masin Guna Telur Ayam 


Ok KakYa ajar korang, bagaimana nak buat telur masin menggunakan telur ayam. Nak buat dia senang sangat sangat dan bahan bahan yang diperlukan adalah barang barang yang sentiasa ada kat dapur rumah kita. Tiga bahan jer pun nak guna. 

Bahan-bahan yang diperlukan; 

- 30 biji telur ayam
- 2 cawan garam kasar
- 6 cawan air

Cara Cara Buat Telur Masin Guna Telur Ayam


Bahan bahan dah ada. Jadi kita teruskan dengan cara macam mana nak buat telur masin guna telur ayam. Jom kita cuba;

1. Campurkan garam dan air dan masak hingga garam larut. Kemudian letak tepi bagi sejuk dulu
2. Cuci bersih telur dan susun dalam balang yang bersesuaian.
3. Kemudian masukkan air garam yang dah sejuk tadi hingga meneggelamkan telur. 
4. Simpan di tempat gelap selama lebih kurang 2 minggu.
5. Selepas 2 minggu, dah boleh keluarkan air garam dan tukar kepada air rendaman biasa.
6. Masukkan dalam peti ais, nak makan baru keluarkan dan rebus sehingga masak.

Ok tu jer cara cara nak buat telur masin guna telur ayam. Mudah jer kan. Pasni kalau susah nak dapat telur itik bolehlah korang buat tekur masin dengan cara guna telur ayam. Ok kat sini jugak KakYa nak kongsi satu petua kat korang, kalau korang nak telur kuning jadi warna oren, caranya korang simpan bekas telur masin korang kat dalam tempat yang gelap. Lagi gelap tempat penyimpanan lagi bagus. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Kalau ada daun pandan wangi boleh masukan sekali dalam balang tu.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.