Bengkel Online PKSK : Persediaan Awal Ke Sekolah Berasrama Penuh

Bengkel Online PKSK : Persediaan Awal Ke Sekolah Berasrama Penuh


Assalamualaikum, Hi korang. Bersua lagi kita malam ini. Perkongsian KakYa pada kali ini berkaitan dengan anak anak pelajar yang bakal menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Adakah anak anak pelajar sedang membuat persediaan awal untuk ke sekolah berasrama penuh? Kalau Ya, jom baca perkongsian KakYa.

Bengkel online PKSK persediaan awal ke sekolah berasrama penuh,bengkel online PKSK,PKSK,syarat masuk SBP,syarat masuk sekolah khusus,fly high

KakYa yakin ramai anak anak pelajar di luar sana sememangnya mempunyai cita cita untuk menyambung pembelajaran di sekolah berasrama penuh atau Ibu ayah yang berminat untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah berasrama penuh. Tapi ramai juga dikalangan Ibu ayah yang berada dalam dilema samaada nak menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh atau ke sekolah harian biasa apabila memasuki tingkatan 1 kerana bukan senang sebenarnya nak masuk ke sekolah berasrama penuh. 

Bercita Cita Ingin Memasuki Sekolah Berasrama Penuh


Sepertimana yang kita tahu sekolah berasrama penuh (SBP) adalah sekolah yang diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan yang hebat dan berkualiti.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.

Nak masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bukanlah mudah ya anak anak. Ianya menuntut pengorbanan yang tinggi bukan saja pada anak anak pelajar tapi Ibu ayah juga. 

Setiap pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke tingkatan 1 perlu menjalani ujian saringan yang dikenali sebagai ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebelum ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). 

Murid murid yang berjaya dalam ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) mempunyai peluang yang cerah untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ujian ini akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan tiada ujian ulangan bagi pemohon yang gagal menghadirkan diri. Hanya sekali sahaja ditetapkan untuk setiap calon berdaftar. 

Bengkel Online Impak SBP 23/24 : Pakej Lengkap Persediaan PKSK 


Jom bersama Fly High Education Centre berserta 6 Guru Cemerlang terdiri daripada Cikgu Shahril, Teacher Hazwan, Cikgu Bob, Cikgu Shukry, Cikgu Daniel dan juga Sir Halim yang akan berkongsi Tips panas yang terkini untuk anak anak pelajar. 


Bengkel online PKSK persediaan awal ke sekolah berasrama penuh,bengkel online PKSK,PKSK,syarat masuk SBP,syarat masuk sekolah khusus,fly high

Bengkel Online Impak SBP 23/24 : Pakej Lengkap Persediaan PKSK 5 Siri 


Bengkel online Impak SBP 23/24 ini akan mengetengahkan pakej lengkap persediaan PKSK; 

- Terbuka kepada pelajar Tahun 5 dan 6
- PBD dan DKSP
- Persediaan awal ke Sekolah Menengah dan ke Sekolah Khusus (SBP)

Terdapat 6 komponen utama yang akan diketengahkan dalam bengkel online ini termasuk;

- Bahasa Melayu Literasi/Artikulasi
- English
- Sains
- Matematik
- EQ,SSQ, Pengetahuan Am
- Bonus ‼️ Sejarah Tahun 6 PERCUMA

Dengan kadar yuran RM130/ Siri atau RM600/5 Siri KakYa pasti bengkel online ini adalah satu pelaburan yang berbaloi daripada Ibu ayah untuk anak anak. Anak anak pelajar yang menyertai bengkel online ini akan dibekalkan Slide dan handout dalam bentuk pdf dan rakaman kelas turut dijalankan bagi membolehkan anak anak pelajar mengulang tonton.

Jom bersama Fly High Team untuk mendaftar dengan segera. Klik link wasap di bawah untuk maklumat lanjut;

Catat Ulasan

0 Ulasan