Bantuan Kewangan Asasi Untuk Pelajar Program Asasi Universiti Awam
Syarat Syarat Dan Kriteria Untuk Memohon Bantuan Kewangan Asasi
Antara syarat syarat dan kriteria yang diperlukan untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam (UA) dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40.
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya, dan
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berapakah Jumlah Bantuan Kewangan Asasi Yang Akan Diterima Sepanjang Pengajian
Pelajar yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun atau sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada Bantuan Kewangan Asasi sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:
1) Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
2) Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
3) Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Cara Memohon Bantuan Kewangan Asasi
Permohonan Bantuan Kewangan Asasi boleh di buat melalui portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon perlu menyemak, mencetak dan mengemukakan dokumen tawaran ke Pejabat Pendaftar Universiti masing masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara dokumen yang perlu disemak dan dicetak adalah;
- Surat tawaran
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Maklumat Lanjut Berkenaan Bantuan Kewangan Asasi
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Bantuan Kewangan Asasi sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pautan di bawah;
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.