Rezeki Tak Cukup Mungkin Ada Hak Yang Tak Tertunai

Rezeki Tak Cukup Mungkin Ada Hak Yang Tak Tertunai 


Assalamualaikum, Hi korang. Selamat pagi. Bersua lagi kita pagini, KakYa doakan korang semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT. Nak cakap tentang apa ya pagini. Awal pagi tadi KakYa ada dengar satu tazkirah dari seorang Ustaz. Tazkirah tentang hutang kepada isteri. Jadi KakYa nak kongsi jugak kat sini, untuk bacaan pembaca blog KakYa. Semoga bermanfaat buat kita semua, InsyaAllah. 

Rezeki Selalu Tak Cukup


Kita selalu dengar ada dikalangan kita yang bergelar suami merungut rezeki selalu tak cukup. Dapat banyak masih lagi tak cukup, duit habis tapi tak nampak ke mana hala tuju duit dan tak tahu ke mana perginya duit yang kita dapat. Sedar sedar semua duit habis digunakan. Bila terjadinya situasi seperti ini, hati mula kusut dan kita sendiri tak tahu mana silap kita. 

Rezeki tak cukup mungkin ada hak yang tak tertunai, kenapa rezeki tak cukup, berhutang nafkah isteri, hak isteri yang diabaikan, tanggungjawap isteri


Apabila ini berlaku, wahai para suami kat luar sana apakata korang cuba tanya isteri dari hati ke hati. Tanya isteri kat mana yang tak kena. Bukan sesedap rasa salahkan insan yang bernama isteri. Seorang isteri walau dia tak belajar tinggi tapi dia adalah insan yang paling arif bab kewangan dalam sesebuah rumahtangga. Dialah insan yang paling tahu mengenai urusan keluar masuk duit dalam rumahtangga. Urusan ke mana, di mana dan untuk apa duit itu dibelanjakan. Maka tanyalah isteri.

Jawapannya mungkin kita terlebih dalam berbelanja disebabkan gaya dan cara hidup kita. Mungkin juga ini berlaku disebabkan kita jenis tak solat, tak bayar zakat dan jarang menghulurkan sedekah atau boleh jadi kita terlepas pandang menafkahi insan bergelar isteri

Berhutang Nafkah Dengan Isteri


Ya betul! Boleh jadi kita tak nampak dengan mata kasar, rupa rupanya kita sedang berhutang dengan isteri. Berhutang nafkah dengan isteri. Cuba tanya isteri adakah isteri redha dengan segala nafkah yang diberikan kepadanya. Tanya isteri adakah dia redha dengan hutang nafkah yang suami berhutang padanya. Mungkin juga suami terlepas pandang menafkahi isteri kerana isteri mempunyai pendapatan setiap bulan. 

Tugas seorang isteri menuntut komitmen yang tinggi dan banyak benda yang dipendam oleh insan bergelar isteri. Isteri sukar untuk meluahkan kerana satunya lebih kepada nak menjaga hati suami dan keduanya nak mengelakkan pergaduhan. Jadi sebagai seorang suami, cubalah untuk lebih tenang apabila isteri meluahkan. Mungkin ada hak isteri yang tak ditunaikan suami, ada amanah yang tak dijalankan dan ada tanggungjawap yang diabaikan suami menjadikan rezeki sempit dan duit tak pernah cukup. 

Perasan tak kadang kadang makan minum isteri, suami berkira. Isteri nak beli apa apa suami berkira dan kadangkala isteri terpaksa keluarkan duit sendiri. Sebenarnya apabila ini berlaku dalam tak sedar suami sebenarnya BERHUTANG dengan isteri. Kadang kadang kita nampak isteri macam tak kisah tapi kita tahu ke tidak dalam hati dia macam mana? 

Tunaikan Hak, Amanah Dan Tanggungjawap Kepada Isteri


Mulai hari ini dan hari hari seterusnya belajarlah untuk tidak kedekut dengan isteri. Jadilah suami yang tahu akan tanggungjawap. Tunaikanlah hak, amanah dan tanggungjawap kepada isteri agar dipermudahkan urusan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah seisi keluarga.

Ingatlah wahai suami, salah satu punca rezeki suami makin bertambah adalah isteri. Isteri bahagia rezeki suami berganda. Walu tak mewah segalanya mudah. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. semoga dijauhkan pasangan kita dari berhutang dengan isterinya.

    BalasPadam
  2. Semoga kita jadi yang terbaik dalam menunaikan hak.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.