Produk Terbaru Dari Tasneem Naturel CF Patch Patchure Dan Sleep Tight Patchure

Produk Terbaru Tasneem Naturel CF Patch Patchure Dan Sleep Tight Patchure


Assalamualaikum, Hi korang. Apa Khabar pagini. Ok pagini KakYa nak cerita sikit mengenai produk baru keluaran Tasneem Naturel, CF Patch Patchure dan juga Sleep Tight Patchure. Korang pasti tertanya tanya apabenda CF Patch Patchure dan juga Sleep Tight Patchure ni kan? Ok kalau korang nak tahu, jom KakYa cerita lebih detail.


Produk Terbaru Keluaran Tasneem Naturel : CF Patch Patchure Dan Sleep Tight Patchure Kini Di Pasaran


CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure adalah produk terbaru keluaran Tasneem Naturel. CF Patch Patchure membantu masalah batuk, selsema, melegakan masalah tekak dan hidung berair. Manakala Sleep Tight Patchure berfungsi untuk memudahkan tidur dan sangat bagus untuk yang mengalami masalah insomnia. Kedua dua produk terbaru ini sesuai untuk bayi, kanak kanak dan juga orang dewasa. Wah macam best jer produk baru Tasneem Naturel ni. Pasni kalau batuk, selesema atau susah tidur boleh tampal jer patch ni.

Ibu ayah pasti nak tahu lebih lagi mengenai CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure
Tasneem Naturel ni kan? Ok KakYa sambung lagi. Kebiasaan yang berlaku, bayi yang masih kecil masih belum sesuai untuk diberi makan ubat dan sesetengah produk yang berada di pasaran kurang praktikal untuk Ibu ayah yang sibuk. Maka disinilah Tasneem Patchure dapat membantu mempermudahkan urusan Ibu ayah.

Tak perlu nak berhabis masa yang lama kalau dah jumpa CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure Tasneem Naturel ni. Pakai lekat jer dah siap. Mudah sangat. Kedua dua produk ni tak mengeluarkan bau yang kuat. Kiranya tak terlalu berbau herba dan keras. Bau yang soft jer. Paling penting Tasneem Patchure tidak meruap. Takdelah satu bilik berbau masa guna.

Untuk pengetahuan Ibu ayah, Tasneem Patchure tidak meninggalkan kesan lekatan. Ini kerana gam yang digunakan tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan bayi ketika mencabutnya. 

Yang paling best sekali dengan produk Tasneem Patchure, produk ini diyakini selamat untuk kegunaan bayi, kanak kanak dan orang dewasa kerana rumusannya adalah 100% daripada herba semulajadi. Pasni nak kena cari jugak lah produk baru Tasneem Naturel ni untuk family KakYa.


5000 patch Percuma, produk terbaru Tasneem Naturel CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure, CF Patch, Sleep Tight Patch, Tasneem Naturel


Bahan Bahan Yang Terkandung Dalam CF Patch Patchure


Mesti korang tertanya tanya apakah bahan aktif yang terkandung dalam CF Patch Patchure. Yalah kan, kalau nak guna satu satu produk kenalah tahu apa isi kandungan Dan bahan Yang digunakan. Antara bahan bahan yang terkandung dalam CF Patch Patchure adalah;

Tendrilleaf dan Chekiang Fritillary Bulb yang berupaya untuk membantu menurunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk. Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root pula menjadikan tekak lebih selesa dan dapat membebaskan kahak.

Antara ramuan lain termasuklah Heartlef Houttuynia Herb sebagai penyahtoksin dalam badan Pepperweed & Apricot Seed untuk membantu melancarkan dan melegakan paru-paru.


Kebaikan Dan Manfaat CF Patch Patchure 



5000 patch Percuma, produk terbaru Tasneem Naturel CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure, CF Patch, Sleep Tight Patch, Tasneem Naturel

Kita yang bergelar ibu ayah pasti inginkan yang terbaik untuk anak anak. Bila keluar produk baru, kadang kadang terdetik juga rasa sangsi. Eh! Betul ke produk ni bagus dan berkesan. Macam tak percaya je. Ok untuk maklumat Ibu ayah, KakYa kongsikan kat sini antara manfaat dan kebaikan apabila menggunakan CF Patch Patchure. Antara kebaikan dan manfaat CF Patch Patchure;

Mengatasi Masalah Batuk

- CF Patch Patchure dapat mengatasi batuk berpanjangan. Sebenarnya bila batuk, bayi akan merasa tak selesa dan menyakitkan. Dengan pemakaian patch dari Tasneem Naturel ini dapat mengurangkan dan mengatasi rasa sakit apabila batuk. 


Keringkan Hingus
- CF Patch Patchure dapat membantu mengeringkan hingus bayi. Sepertimana yang kita tahu bayi belum boleh mengeluarkan hingus sendiri dan ini menjadikan bayi kurang selesa apabila berhingus. Penggunaan CF Patch Patchure dapat membantu mengeringkan hingus bayi dengan mudah dan cepat. 

Melancarkan Pernafasan
- Apabila CF Patch Patchure digunakan secara konsisten Maka tiada lagi hingus, bendalir dan juga tahi hidung yang menghalang pernafasan. Bayi boleh bernafas lega dan lebih selesa. 

Turunkan Suhu
- CF Patch Pathure juga dapat membantu menurunkan suhu badan dengan pantas. Pasti dapat memberi kelegaan yang cepat untuk bayi. 

Cara Penggunaan CF Patch Patchure 


5000 patch Percuma, produk terbaru Tasneem Naturel CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure, CF Patch, Sleep Tight Patch, Tasneem Naturel

Kebaikan Dan Manfaat Sleep Tight Patchure 


5000 patch Percuma, produk terbaru Tasneem Naturel CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure, CF Patch, Sleep Tight Patch, Tasneem Naturel

Ibu ayah nak tahu kebaikan dan manfaat Sleep Tight Patchure. Ok untuk maklumat Ibu ayah, KakYa kongsikan kat sini antara manfaat dan kebaikan apabila menggunakan Sleep Tight Patchure. Antaranya;

Mendapat Tidur Yang Lebih Baik
- Sleep Tight Patch dapat bantu memberi bayi jadual tidur yang lebih teratur dan sempurna. Bayi akan mudah tidur mengikut waktu yang telah ditetapkan 

Mendapat Tidur Yang Lebih Nyenyak
- Penggunaan Sleep Tight Patchure memberikan kelebihan untuk bayi tidur lebih nyenyak dan berada dalam mood yang selesa. 

Dapat Mengurangkan Keresahan
- Keresahan boleh menjadi salah satu punca bayi enggan tidur. Apabila ini berlaku, bayi mudah merengek dan meragam. Dengan penggunaan Sleep Tight Patchure yang teratur, bayi kurang meragam dan mudah untuk tidur. 

Mengurangkan Situasi Terbangun
- Penggunaan Sleep Tight Patchure dapat membantu bayi kurang terbangun di tengah malam. Ini kerana bayi akan merasa selesa dan nyaman. Apabila bayi berada dalam keadaan selesa, pasti dapat mengurangkan mereka daripada bangun di tengah malam.

Bahan Bahan Yang Terkandung Dalam Sleep Tight Patchure


Bahan bahan aktif yang terkandung dalam Sleep Tight Patchure ialah Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark dapat bantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi. Manakala Amber & Raw Dragon Tooth dapat menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Antara ramuan lain termasuklah Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori untuk bantu menyah angin dalam badan. Angelica Dahurica & Lotus Plumule yang mempunyai fungsi antipiretik untuk kurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan.

Cara Penggunaan Sleep Tight Patchure 


5000 patch Percuma, produk terbaru Tasneem Naturel CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure, CF Patch, Sleep Tight Patch, Tasneem Naturel


Tasneem Naturel Nak Bagi 5000 Patch Percuma

  
Nak tahu tak! Bilal anak celebriti PU Haris dan Neelofa, salah seorang pengguna Tasneem Naturel Patch tau.


Tasneem Naturel nak bagi 5000 Patch PERCUMA. Cepat cepat isi detail sebelum kehabisan stok. Untuk pengetahuan Ibu ayah kat luar sana yang mana berminat nak dapatkan patch Percuma daripada pihak Tasneem Naturel, Ibu ayah boleh klik link kat bawah;

https://www.tasneemnaturel.com/patchure/

Tasneem Naturel nak bagi 5000 patch Percuma.

Cepat cepat isi detail sebelum kehabisan stok. Kalau Ibu ayah berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk terbaru Tasneem Naturel, CF Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure serta produk produk yang lain, sila layari laman tertera;

Catat Ulasan

0 Ulasan