Persediaan Ke Sekolah Menengah Impian Bersediakah Anak Anak Kita

Persediaan Ke Sekolah Menengah Impian : Bersediakah Anak Anak Kita


Assalamualalaikum, Hi korang. Selamat pagi semua. Pagini KakYa nak kongsi sikit mengenai persediaan ke sekolah menengah impian. KakYa yakin dan pasti setiap daripada kita yang bergelar Ibu ayah, inginkan yang terbaik untuk anak anak. Begitu juga dengan anak anak, pastinya ingin yang terbaik untuk diri mereka.

Apabila anak anak  berjaya ke sekolah impian ianya pasti satu hadiah besar buat kita yang bergelar Ibu ayah. Setelah enam tahun di bangku sekolah rendah, satu bonus buat anak anak apabila berjaya melangkah ke sekolah impian. Akhirnya segala penat lelah mereka membuahkan hasil apabila diterima ke sekolah impian atau lebih sinonim dengan nama sekolah berasrama penuh. 

Persediaan ke sekolah menengah impian, bersediakah anak anak kita ke sekolah berasama penuh, bengkel persediaan PKSK dan Ujian Setara, Bengkel PKSK


Sebab KakYa Pilih Sekolah Berasrama Penuh Untuk Anak


Sebelum KakYa kongsikan mengenai persediaan ke sekolah menengah impian, KakYa nak citer la sikit mengapa sekolah berasama penuh jadi pilihan Ibu ayah dan anak anak pelajar. Pengalaman KakYa, salah seorang anak KakYa bersekolah di sekolah berasrama penuh di negeri Terengganu. KakYa rasa banyak faktor yang menjadi pendorong KakYa dan anak untuk memilih dan berada di sekolah berasrama penuh antaranya;

Berdikari
- Apabila anak anak berada di sekolah berasrama penuh, mereka akan menjadi anak yang lebih berdikari. Berdikari dari segi jadual pembelajaran, mengemas, membasuh dan semua aspek lain yang telah ditetapkan. Anak anak akan membuat semua yamg telah ditetapkan secara sendiri tanpa Ibu ayah di sisi. Biasa kalau kat rumah Ibu ayah yang buat tapi bila di asrama anak anak akan buat semua kerja sendiri dari A - Z. 

Berdisipilin 
- Apabila tinggal di asrama penuh, anak anak akan lebih berdisiplin dengan masa dan dan perangai. Kehidupan di asrama penuh telah ditetapkan dan anak anak perlu ikut setiap yang direncanakan untuk mereka. 

Waktu makan minum, waktu solat, PREP, waktu riadah dan waktu waktu yang telah ditetapkan perlu di ikuti oleh anak anak pelajar dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Dispilin adalah paling utama yang perlu di titikberatkan jika ingin tinggal lama di asrama penuh. 

Bersaing Secara Sihat
- Bersaing secara sihat dari segi akademik dan juga sahsiah diri. Kawan kita cemerlang, kita pasti ingin cemerlang juga. Jadi kita berusaha dan terus berusaha untuk jadi cemerlang. 

Kita boleh memilih samaada belajar secara individu dengan selesa dan boleh juga belajar secara berkumpulan untuk menambah ilmu dan sama sama berkongsi ilmu. 

Penjimatan Dari Segi Masa Dan Kos
- Berlakunya penjimatan masa dan juga kos. Masa untuk ke sekolah lebih jimat kerana anak anak berada di asrama yang berdekatan dengan sekolah. 

Jarak yang dekat menjimatkan masa anak anak dan mengurangkan kos untuk Ibu ayah menghantar anak anak ke sekolah. 

Belajar Bahasa Asing
- Di sekolah berasrama penuh anak anak akan belajar bahasa asing. Mereka akan terdedah dengan bahasa Arab, Mandarin, Jepun, Jerman dan juga bahasa Perancis. Anak KakYa belajar bahasa Jerman. Ok la untuk dia, sikit sikit boleh cakap Jerman dengan kawan kawan sekolah.

Kalau dengan kita ni, jadi ayam itik la jawapnya sebab Umi abah takde masa nak belajar bahasa Jerman hehehe... Umi abah dengar bolehlah masa dia duk bercakap. Sepatah apa pon tak faham. Yang penting dia faham. Seronok dengar dan tengok dia duk sembang dengan kawan kawan. Boleh jadi satu bonus untuk dia juga bila dapat berbahasa Jerman. 

Ok dah baca sebab KakYa pilih sekolah berasrama penuh untuk anak KakYa. Anak anak kat luar sana dah buat tindakan ke untuk jejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh? Ibu ayah mesti nak anak anak melangkah ke MRSM atau SBP kan? 

Bengkel Jelajah Bersemuka Persediaan PKSK Dan Ujian Setara 2023 


Persediaan ke sekolah menengah impian, bersediakah anak anak kita ke sekolah berasama penuh, bengkel persediaan PKSK dan Ujian Setara, Bengkel PKSK

Bengkel jelajah bersemuka persediaan PKSK dan Ujian Setara 2023 untuk anak anak pelajar tahun 6. Bengkel bersemuka  ini diadakan untuk memberi persediaan awal kepada anak anak pelajar ke sekolah impian. 

Fly High Education Centre (FHEC) buat kesekian kalinya akan mengadakan Bengkel Jelajah Bersemuka persediaan PKSK dan Ujian Setara 2023 siri 1 pada 24 dan 25 Jun 2023 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di Yayasan Restu, Shah Alam. Mengetengahkan barisan guru guru hebat dan juga penganalisis soalan solaan peperiksaan seperti Cikgu Bob, Cikgu Shahril, Cikgu Shukry, Teacher Hazwan, Cikgu Danial dan juga Sir Halim aka Sir Koala. 

Bengkel yang akan berlangsung selama dua hari ini akan mengetengahkan tips panas dan terkini untuk pelajar tahun 6 dengan Teras PBD dan DKSP untuk persediaan awal ke sekolah impian. Antara kombo dan komponen yang akan di bentangkan;

▪️ Artikulasi Penulisan                                                  ▪️ Matematik
▪️ Bahasa Inggeris 
▪️ Penyoalan Sains
▪️ Keperibadian
▪️ Kecerdasan Insaniah dan Intelek
▪️ EQ, SSQ, SQ
▪️ Pengetahuan Am
▪️ Sejarah

Anak anak pelajar yang menyertai bengkel selama dua hari ini akan disediakan Modul belajar dan makanan tiga kali sehari dengan bayaran yuran yang sangat sangat murah iaitu RM269 sahaja. Jadi apa tunggu lagi. Jom mendaftar sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran bengkel Bengkel jelajah bersemuka persediaan PKSK dan Ujian Setara 2023, sila layari laman facebook Fly High Education Centre (FHEC) . 

Catat Ulasan

0 Ulasan