Bengkel Bersemuka PSRA Dan UPKK Anjuran Fly High Education Centre

Bengkel Bersemuka PSRA Dan UPKK  Anjuran Fly High Education Centre


Assalamualaikum, Selamat pagi sahabat pembaca blog KakYa. Semoga semua sihat sihat aja ya. Alhamdulillah kembali kita di ruangan bisu tanpa suara ini. KakYa nak warwarkan pada pagi ini mengenai Bengkel bersemuka PSRA dan UPKK bersama Ustaz Azhari Sulaiman anjuran Fly High Education Centre. Ibu ayah kat luar sana yang mempunyai anak anak tahun 5 dan tahun 6 yang  berminat untuk menghantar anak anak untuk join bengkel PSRA dan UPKK bersemuka ini, boleh teruskan membaca perkongsian KakYa. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu Ibu ayah untuk membuat pilihan terbaik untuk anak anak. 


Bengkel Bersemuka Anjakan Paradigma PSRA Siri 1 : Teknik Skor Mumtaz 1 Sasaran 


Bengkel bersemuka anjakan paradigma PSRA siri 1 : Teknik skor Mumtaz 1 sasaran terbuka untuk anak anak Tahun 6 yang bakal menduduki PSRA. Bengkel bersemuka pada kali ini akan mengetengahkan bagaimana cara menjawap soalan PSRA bersama Guru Besar Cemerlang PSRA iaitu Ustaz Azhari Bin Sulaiman Al Haj yang berpengalaman mengajar selama 25 tahun. 

Bengkel bersemuka ini akan di adakan pada 5 Jun 2023 iaitu pada hari Isnin pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari bertempat di Auditorium Sirim, Shah Alam dengan yuran sebanyak RM110 dan jika mendaftar lebih awal akan mendapat harga RM100. 

Bengkel UPKK dan PSRA bersama Fly High Education Centre,kelas tuisyen UPKK online,kelas tuisyen PSRA online, Fly High Education Centre,tuisyen murah


Perincian Bengkel Bersemuka Anjakan Paradigma PSRA Siri 1 : Teknik Skor Mumtaz 1 Sasaran 


KakYa kongsikan dulu antara perincian bengkel bersemuka ini;

- Teknik skor MUMTAZ (pentaksiran Format Baru)
- Teknik menjawab & perbincangan soalan popular PSRA
- Teknik belajar pentaksiran agama tahun 6 yang berkesan


Bengkel Bersemuka Kesiapsiagaan UPKK 8A Dalam Genggaman  


Bengkel bersemuka kesiapsiagaan UPKK 8A dalam genggaman terbuka untuk anak anak Tahun 5 yang akan menduduki UPKK. Bengkel bersemuka ini mengetengahkan bagaimana teknik  menjawap soalan UPKK bersama Guru Besar Cemerlang UPKK  negeri Selangor, Ustaz Azhari Bin Sulaiman Al Haj yang berpengalaman mengajar selama 25 tahun. 

Bengkel bersemuka ini akan di adakan pada 5 Jun 2023 iaitu pada hari Isnin pada pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang bertempat di Auditorium Sirim, Shah Alam dengan yuran sebanyak RM110 dan jika mendaftar lebih awal akan mendapat harga RM100. 

Bengkel UPKK dan PSRA bersama Fly High Education Centre,kelas tuisyen UPKK online,kelas tuisyen PSRA online, Fly High Education Centre,tuisyen murah


Perincian Bengkel Bersemuka Kesiapsiagaan UPKK 8A Dalam Genggaman  

Berikut perincian yang akan diketengahkan dalam bengkel bersemuka ini;

- Penekanan kepada Topik-topik penting UPKK
- Fokus menjawab soalan-soalan sebenar UPKK
- Bimbingan menjawab soalan silibus Aras Tinggi KBAT
- Teknik-teknik penulisan Jawi
- Teknik menghafal Cara Mudah


Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan bengkel bersemuka PSRA dan UPKK anjuran Fly High Training Centre, sila klik link whatsapp di bawah;

Catat Ulasan

0 Ulasan