Kelas Online UPKK Percuma Amal Prihatin Fly High Education Centre

Kelas Online UPKK Percuma Amal Prihatin Fly High Education Centre


Assalamualaikum, Hi! Apa khabar semua. Masih lagi dalam mood raya ke tu. Ok jer kan masih dalam mood raya, raya kan sebulan. KakYa pon masih mood raya lagi ni. 

Ok pagi ni KakYa nak warwarkan pada Ibu ayah satu berita baik khas untuk calon UPKK 2023/2024. 

Mesti Ibu ayah tak sabar nak tahu apa berita baik tersebut. Okey! Berita baiknya ialah, Fly High Education Centre akan mengadakan Kelas Online UPKK percuma untuk program CSR mereka. UPKK Fast Revision dua kali sebulan untuk anak anak pelajar sekalian. 

UPKK 2023 Kelas Online Imtiyaz Mumtaz, Kelas UPKK Online, UPKK Online 2023, Kelas Online Murah, Kelas Online UPKK terbaik, UPKK Online terbaik

Kelas online UPKK percuma ini, akan dikendalikan oleh guru guru  pakar dari Fly High Education Centre dalam bidang masing masing;

Bahasa Arab: Ustaz Karimi
Penghayatan Cara Hidup Islam: Ustaz Rozaimi
Tilawah & Hafazan : Ustazah Widad
Amali Solat (Kaedah Kartun) : Ustaz Nasrullah

Jadual Kelas Online UPKK Percuma 


Untuk pengetahuan Ibu ayah kelas telah berlangsung bermula pada hari Sabtu 6 Mei 2023 bersama Ustaz Karimi untuk Bahasa Arab basic. Kelas seterusnya akan di adakan pada;

20 Mei 2023: Penghayatan Cara Hidup Islam bersama Ustaz Rozaimi

03 Jun 2023: Tilawah & Hafazan bersama Ustazah Widad

17 Jun 2023: Amali Solat (Kaedah Kartun) bersama Ustaz Nasrullah

Platform kelas: Aplikasi Zoom 
Hari: Sabtu
Waktu: 8 malam


Jom Sambut Baik Program CSR Fly High Education Centre


Untuk Ibu ayah yang prihatin dan berminat untuk mengetengahkan anak anak dalam kelas online UPKK, apakata Ibu ayah sambut baik program CSR ini dengan mendaftarkan anak anak ke kelas percuma ini. Percuma jer, takde apa apa bayaran yang dikenakan untuk join kelas online UPKK ini.

Untuk info lebih lanjut sila klik link di bawah;


Catat Ulasan

0 Ulasan