Ibadah Korban Dan Akikah Di Tanah Suci Mekah Bersama UTS Trading Enterprise

Ibadah Korban Dan Akikah Di Tanah Suci Mekah Bersama UTS Trading Enterprise


Assalamulaikum, Hi korang. Apa khabar pagini. Syukur Alhamdulillah masih lagi di beri ruang dan juga peluang oleh Allah SWT untuk terus bernafas. Pagini KakYa nak berkongsi info bersama sahabat pembaca mengenai ibadah korban. Perkongsian pada kali ini berkisar mengenai ibadah korban dan akikah di tanah suci Mekah bersama UTS Trading Enterprise
Sebelum KakYa teruskan dengan lebih lanjut, KakYa nak kupas sedikit mengenai ibadah korban, hukum dan hikmah dalam melaksanakannya. 

Ibadah korban, ibadah korban di tanah suci,korban dan akikah di tanah suci,korban dan akikah di Mekah bersama UTS Trading, maksud korban,maksud akikah


Maksud Ibadah Korban, Hukum Dan Hikmah Melaksanakan Ibadah Korban


Ibadah korban ialah penyembelihan haiwan peliharaan berkaki empat seperti unta, kerbau, lembu dan kambing pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah korban atau dalam Bahasa Arab di sebut Udhiyah telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat islam pada tahun kedua Hijrah berdasarkan kepada Al Quran, As Sunnah dan Ijmak Ulama. 

Firman Allah yang bermaksud; “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al Kauthar: 2)

Ibadah korban, ibadah korban di tanah suci,korban dan akikah di tanah suci,korban dan akikah di Mekah bersama UTS Trading, maksud korban,maksud akikah

Hukum menunaikan ibadah korban adalah sunat muakkad maka makruh orang yang ada kemampuan untuk tidak melaksanakannya berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi telah menyembelih dua ekor kambing berwarna putih yang mempunyai dua tanduk yang mana Nabi SAW menyembelih sendiri dengan tangannya.” (Bukhari dan Muslim).

Hikmah di sebalik pensyariatan ibadah korban ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya dikurniakan sepanjang tahun. Menunaikan ibadah korban juga boleh menghapuskan dosa-dosa kecil serta ibadah korban sedikit sebanyak boleh meringankan beban orang yang dalam kesempitan.

Korban Dan Akikah Di Tanah Suci Mekah Bersama UTS Trading Enterprise 


Ibadah korban boleh dilaksanakan di mana mana sahaja termasuk di tanah suci Mekah. Jika korang berminat untuk melaksanakan ibadah korban dan juga akikah di tanah suci Mekah, KakYa cadangkan korang untuk gunakan khidmat UTS Trading Enterprise

Ibadah korban, ibadah korban di tanah suci,korban dan akikah di tanah suci,korban dan akikah di Mekah bersama UTS Trading, maksud korban,maksud akikah

Kenapa korang perlu pilih UTS Trading Enterprise untuk pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah? UTS Trading Enterprise adalah sebuah perniagaan yang menguruskan ibadah korban dan aqiqah di tanah suci Mekah. Mereka mempunyai kakitangan di Malaysia dan juga Arab Saudi yang berpengalaman lebih daripada enam tahun dalam pengurusan ibadah korban dan aqiqah di Mekah. 

Ibadah korban, ibadah korban di tanah suci,korban dan akikah di tanah suci,korban dan akikah di Mekah bersama UTS Trading, maksud korban,maksud akikah

UTS Trading Enterprise menyediakan haiwan korban dan aqiqah yang dipilih teliti dengan harga yang lebih rendah dipasaran serta mampu milik. 

Pihak UTS Trading Enterprise mempunyai jalinan kerjasama yang erat dengan pembekal di Arab Saudi dan menggunakan pusat sembelihan yang di iktiraf oleh kerajaan Arab Saudi menjadikan setiap sembelihan yang dilaksanakan adalah terjamin dan mengikut hukum syarak. Jumlah pusat sembelihan yang ada di tanah haram kurang daripada 10.

Ibadah korban, ibadah korban di tanah suci,korban dan akikah di tanah suci,korban dan akikah di Mekah bersama UTS Trading, maksud korban,maksud akikah

Pihak UTS Trading Enterprise hanya melantik kakitangan syarikat yang sah sahaja untuk proses jualan dan pendaftaran dilaksanakan melalui laman web UTS Trading Enterprise menjadikan ibadah korban dan aqiqah di Mekah melalui UTS Trading Enterprise boleh dipercayai.


Semua urusan dilaksanakan dihujung jari menjadikan urusan sangat mudah, dapat jimatkan masa serta tenaga dan duit korang.  Selain daripada itu, ibadah korban dan aqiqah di Mekah melalui UTS Trading Enterprise akan di berikan E-Sijil, video dan juga gambar sembelihan secara umum.

Ibadah korban, ibadah korban di tanah suci,korban dan akikah di tanah suci,korban dan akikah di Mekah bersama UTS Trading, maksud korban,maksud akikah

Kenapa Kambing Di Mekah Murah Sangat?


Pasti korang tertanya tanya, bila KakYa tulis kat atas berkenaan harga haiwan untuk ibadah korban dan aqiqah di Mekah sangat murah. Untuk pengetahuan korang, harga kambing lebih rendah berbanding di Malaysia kerana kambing adalah makanan asasi di Arab Saudi menjadikan harga kambing lebih rendah. 

Ibadah korban, ibadah korban di tanah suci,korban dan akikah di tanah suci,korban dan akikah di Mekah bersama UTS Trading, maksud korban,maksud akikah

Keutamaan melaksanakan ibadah korban setahun sekali namun masih ramai yang tidak dapat melaksanakan ibadah korban disebabkan kekangan kewangan. UTS Trading Enterprise dapat memenuhi impian korang untuk sama sama melaksanakan ibadah korban dengan harga yang berpatutan dan mampu bayar melalui pelaksanaan korban di tanah suci Mekah. 

Pengagihan Daging Korban


Pasti ada di kalangan kita yang tertanya tanya ke mana daging korban diagihkan selepas sembelihan. Untuk pengetahuan semua, daging korban diedarkan ke beberapa negara islam yang miskin dan antara negara penerima daging korban ini ialah;

Azerbaijan Bangladesh, Burkina Faso, Chad,  Comoros, Djibouti, Gambia, Ghana Guinea Bissau Guinea Conakry, Iraq,  Jordan, Lubnan Liberia,  Mali, Mauritania Mauritania, Mozambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria dan juga Tanzania. 

Bukti Bergambar Atau Video Sembelihan Secara Individu Tidak Dapat Diberikan


Ada yang tertanya tanya bagaimana untuk mendapatkan bukti bergambar atau video sembelihan secara individu. Untuk bukti bergambar dan video secara individu tidak dapat diberikan kerana jemaah haji untuk tahun 1444H adalah 2 juta orang dan purata sembelihan setiap seorang jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban. 

Ini belum lagi pengiraan jumlah sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing.

Apabila jumlah sembelihan terlalu banyak, ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu. 

Sama Sama Melaksanakan Ibadah Korban Dan Akikah Di Mekah Bersama UTS Trading Enterprise


Berminat untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah di tanah suci Mekah bersama UTS Trading Enterprise? Inginkan maklumat lebih lanjut? Sila layari laman tertera di bawah


UTS Trading Enterprise,
No.7, Tingkat 2 Plaza Mentaloon,Susuran Mentaloon, Alor Setar Kedah, Malaysia 
Hp: 017-5632633
Email: utstrading21@gmail.com

Catat Ulasan

0 Ulasan