Durian Crepe Gemok By Azlina Ina

Durian Crepe Gemok By Azlina Ina 


Asalamualaikum, Hi korang. Berjumpa lagi kita malam ini. Malam ni KakYa nak kongsi sikit mengenai DURIAN CREPE. Tetiba pulak keluar Durian Crepe duk lalu lalang kat facebook malam ni. Jadi teringat pulak kat Durian Crepe. Malam malam buta ni nak cari kat mana. Kita carik esok esok la kot jumpa. 

Resipi durian crepe azlina ina, durian crepe sedap dan lazat, resipi durian crepe viral, resipi durian crepe mudah dan senang, cara buat durian crepe

Kalau cakap bab Durian Crepe ni kan, KakYa dan anak anak antara penggemar Durian Crepe. Kiranya Durian Crepe ni dessert kesukaan kami anak beranak la. Kalau korang penggemar durian, KakYa percaya korang pon mesti suka Durian Crepe. Durian Crepe ni kalau kulit dia nipis tak mudah koyak, rasa kulit dia tu ngam tak tawar kena pulak yang berlemak makan pulak dengan inti dia yang sedap dan lazat memang tak pandang kiri kanan dah la ...

Resipi Durian Crepe Gemok By Azlina Ina 


Oleh kerana kita duk bercakap mengenai Durian Crepe, kalini KakYa nak share resipi Durian Crepe by Azlina Ina. KakYa selalu jugak tengok Durian Crepe by Azlina Ina ni duk lalu lalang. Nampak gemok dan sedap jer bila mata memandang. Tapi nak merasa Durian Crepe by Azlina Ina ni tak tahulah bila. Jadinya kita simpan resipi la dulu. Manalah tahu kot terbuka hati satu masa nanti nak buat. Jom kita tengok apa bahan bahan yang diperlukan untuk buat Durian Crepe Gemok by Azlina Ina.

Resipi durian crepe azlina ina, durian crepe sedap dan lazat, resipi durian crepe viral, resipi durian crepe mudah dan senang, cara buat durian crepe


Bahan Bahan Untuk Buat
Durian Crepe Gemok By Azlina Ina


Berikut adalah bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Durian Crepe Gemok by Azlina Ina. 

- 5 sudu besar tepung gandum
- 5 sudu besar tepung jagung
- 7 sudu besar tepung ubi kayu
- 5 sudu besar tepung kastard
 10 sudu besar tepung hong kong (dekat bakery ade jual)
- sedikit garam
- 3 sudu besar gula icing
- 8 biji telur saiz B (ambil kuning sahaja semua)
- 2-3 titis pewarna lemon yellow
- 6 cawan susu segar 
- esen vanila sedikit

Cara Cara Buat Durian Crepe Gemok By Azlina Ina



Ok sekarang ni KakYa nak kongsikan cara cara untuk buat Durian Crepe Gemok by Azlina Ina. 

1.Kesemua tepung dan bahan kering di atas di ayak dua kali.
2.  Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, esen vanila dan telur kemudian whisk sebati.
4. Masukkan susu segar dan  pewarna kuning.  Kemudian kacau guna whisk tangan dan tapis.
3. Panaskan non stick pan saiz kecil atau boleh guna pan biasa.
4. Sapu pan dengan sedikit butter (guna tisu pon boleh) dah panas pan tu, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. 
5. Lenggangkan  sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan.
6. Kemudian letak atas dapur 2 hingga 3 minit. Jangan lama takut nanti hangus  kulitnya. Tak payah terbalikkan sebab ianya nipis dan mudah sangat masak. 
7. Ulangi sampai habis.

Cara Untuk Melipat Crepe



Bagaimana cara untuk melipat crepe. Ok, mula mula sekali pilih bahagian yang kasar di dalam. Pastu letak cream setompok dan letak isi durian atau filling durian. Kemudian letak cream lagi dan lipat ketat ke dalan untuk bagi effect gemok. Kalau tak ketat ke dalam tak nampak la gemoknya nanti. 

Cara Untuk Buat Fresh Cream 



Bagaimana cara untuk buat fresh cream. Ok caranya gunakan 3 cawan vivo dan mix sehingga kental dan sejuk. Kalau nak sentiasa kental guna bowl steel dan kat bawah boleh letak ais. Cara ini akan menjadikan inti filling sentiasa kental dan tak cair serta mudah untuk melipat. 

Resipi durian crepe azlina ina, durian crepe sedap dan lazat, resipi durian crepe viral, resipi durian crepe mudah dan senang, cara buat durian crepe

Ok dah settle .. Kalau korang berminat nak buat Durian Crepe Gemok by Azlina Ina, ni la resipi yang beliau kongsikan untuk followers beliau. Semoga menjadi la ya. KakYa belum try lagi, tapi InsyaAllah ada kelapangan masa nanti bolehlah buat. Bila tuuu .. tatau la lagi. Kita tunggu la tiba masanya menjadi la nanti. Hehehe ...

Catat Ulasan

0 Ulasan