Perlu Ke Anak Anak Kita Menguasai Bahasa Inggeris

Perlu Ke Anak Anak Kita Menguasai Bahasa Inggeris


Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar pagini. Ok jom pagini nak sembang sikit mengenai kepentingan Bahasa Inggeris untuk anak anak kita. Kalau tanya KakYa, penting ke tak Bahasa Inggeris ni untuk anak anak. Yes! Bahasa Inggeris sangat penting untuk anak anak kita.

Tahukah korang, segelintir anak anak pelajar di Malaysia sukar bertutur dan memahami Bahasa Inggeris kerana mentaliti mereka mengatakan subjek ini susah, mengelirukan dan memeningkan kepala. Jadi mereka kurang berminat untuk mendalami Bahasa Inggeris. 

Kelas tuisyen online sekolah rendah, kelas tuisyen online, kelas tuisyen online 2023/2024,   fly high education centre, tuisyen online murah

Sebagai Ibu ayah, bagaimana cara terbaik untuk kita bantu anak anak kita bagi menguasai Bahasa Inggeris. Sebagaimana yang kita tahu, menguasai Bahasa Inggeris adalah salah satu kunci untuk berjaya di masa hadapan. 

Sebagaimana yang kita tahu, Bahasa Inggeris adalah bahasa utama sebagai bahasa perantaraan hampir seluruh pelusuk dunia. Namun tidak semua dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan baik dan lancar. 


Cara Anak KakYa Menguasai Bahasa Inggeris


KakYa kalau bab Bahasa Inggeris ni KakYa dalam kategori kurang sikit untuk berbahasa inggeris tapi itu bukan alasan untuk KakYa abaikan pembelajaran Bahasa Inggeris untuk anak anak KakYa. Anak sulung KakYa, Insyirah sekarang ni berada di Semester 3 dalam jurusan English Communication. 

Bagaimana Cara Insyirah Menguasai Bahasa Inggeris? 

Kalau masa kecik kecik dulu KakYa selalu bagi dia tengok VCD kartun Bahasa Inggeris. Dia memang suka tonton kartun masa kecik kecik dulu. Sejak baby lagi KakYa dah bagi dia tengok VCD kartun Bahasa Inggeris kalau KakYa ada kerja ke apa ke, memang akan pasang VCD untuk dia. Dia jadi ralit menonton dan sesekali akan keluar bunyi bunyi tertentu daripada mulut dia. 

Oh ya! Ayat pertama yang keluar dari seorang anak biasanya akan sebut mama, umi, ayah, abah, ibu kan? Tapi anak KakYa ni ayat pertama dia bukan panggilan Umi ke abah ke, bukan bukan ... Ayat pertama yang keluar dari mulut dia ialah BALL. Ha aaa BALL adalah perkataan pertama yang dia sebut. 

Bila dia dah besar sikit KakYa banyak belikan buku buku cerita berbahasa inggeris untuk dia. Masuk tadika dia memang suka Bahasa Inggeris. Pernah jugak join pertandingan nyanyian dan bercerita Bahasa Inggeris masa tadika. Lepas dah masuk sekolah rendah dia lagi aktif dalam aktiviti melibatkan Bahasa Inggeris antaranya Kelab Bahasa Inggeris, Choral Speaking, bercerita Bahasa Inggeris dan banyak lagi. Untuk pembelajaran Bahasa Inggeris, setiap tahun dia dapat skor A bermula tahun 1 hingga tamat tahun 6 sekolah rendah. 

Melangkah ke sekolah menengah, dia banyak belajar Bahasa Inggeris dengan lagu lagu berbahasa inggeris dan banyak mendengar radio berbahasa inggeris serta filem berbahasa inggeris. Cara ini memberi dia kelebihan untuk lebih menguasai Bahasa Inggeris. Di sekolah menengah dia lagi mudah dapat menguasai Bahasa Inggeris kerana sekolah menengah dia dulu amat menggalakkan anak anak pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris


Kelas Online Bahasa Inggeris 


Zaman dah makin maju, sekarang ni nak belajar Bahasa Inggeris pon dah ada kelas kelas tertentu samaada secara online atau bersemuka. Lagi mudah dan senang bila ada yang membimbing. 

Anak anak yang berada di sekolah rendah terutama anak anak tahun 6, KakYa nak warwarkan kat sini mengenai Kelas Online Bahasa Inggeris Tahun 6 Bersama Teacher Manisah. Ibu ayah pasti inginkan yang terbaik untuk anak anak dalam menguasai Bahasa Inggeris. Jom semua pakat pakat join Kelas Online Bahasa Inggeris Tahun 6 Bersama Teacher Manisah.


Kelas Online Bahasa Inggeris Tahun 6 Bersama Teacher Manisah Guru Pakar Bahasa Inggeris


Sebelum menyertai Kelas Online Bahasa Inggeris Tahun 6 Bersama Teacher Manisah apakata kita kenal mengenali Teacher Manisah dulu. Mesti ramai yang nak tahu siapa Teacher Manisah ni kan? Jom kita berkenalan dengan Teacher Manisah

- Berpengalaman Memberi ceramah sejak 1996
- Jurulatih Utama BI Peringkat Negeri Selangor
- Pembina Modul BI Jabatan Negeri Selangor
- Pembimbing kelas premium dan elite Fly High Education Centre


Kelas tuisyen online sekolah rendah, kelas tuisyen online, kelas tuisyen online 2023/2024,   fly high education centre, tuisyen online murah

Fokus Pengisian Online Bahasa Inggeris Tahun 6 Bersama Teacher Manisah

Antara fokus pengisian kelas Teacher Manisah;

1. Vocabulary 
2. Writing
3. Grammar Terms
5. Tenses

Butiran Kelas Online Bahasa Inggeris Tahun 6 Bersama Teacher Manisah

Hari  : Selasa
Masa : 8.30pm-10.00pm
Tarikh : 4, 11 & 18 April 2023
Yuran : RM60 (3 Sesi)

Untuk pendaftaran Kelas Online Bahasa Inggeris Tahun 6 bersama Teacher Manisah, Ibu ayah boleh klik pada link di bawah;

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. anak sedara saya suka tengok kartun english & penguasaan english pun jadi bagus :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.