Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Pertama

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Pertama


Assalamualaikum, Salam Aidilfitri buat sahabat pembaca blog KakYa. Alhamdulillah harini berkesempatan untuk terus menulis. Syukur sangat sangat Allah permudahkan. 

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Setiap perkara yang kita rancang perlulah dilaksanakan sebaik mungkin. 


Jika inginkan satu perubahan yang ketara, kita perlu mulakan langkah pertama. Jika tidak dimulakan pada langkah pertama, cita cita sekadar bertukar angan angan. 

Perancangan Teliti Perlu Dalam Mengejar Perubahan 


KakYa pasti setiap yang diimpikan memerlukan langkah pertama. Perancangan paling teliti perlu dilaksanakan dalam mengejar perubahan. Anak anak kita perlukan pembimbing terbaik untuk melangkah lebih jauh. 

Untuk Ibu ayah di luar sana yang inginkan perubahan buat anak anak dalam kitaran pembelajaran mereka, KakYa cadangkan Ibu ayah untuk daftarkan anak anak di pusat tuisyen online Fly High Education Centre dan Rely Apps.


Kita sebagai Ibu ayah mengharapkan yang terbaik dari anak anak. Apabila pembelajaran anak anak merosot dan keputusan peperiksaan anak anak menjunam teruk, sedikit sebanyak Ibu ayah pasti akan berkeluh kesah dan susah hati. Kadang kadang hati pasti terdetik, "anak anak aku ni buat apa kat sekolah, dia pergi belajar ke banyak bermain". 

Nak Anak Berjaya! Ibu Ayah Perlu Bertindak


Sepertimana yang kita tahu, anak anak kita sedikit sebanyak ketinggalan dalam pelajaran jika hanya mengharapkan guru guru di sekolah. Kita sebagai Ibu ayah inginkan yang terbaik untuk anak anak dan langkah terbaik perlulah bertindak secepat mungkin jika inginkan anak anak berjaya dalam pelajaran. 

Manfaatkan masa yang ada agar anak anak dapat memberi tumpuan yang lebih dalam pelajaran. Bagi anak anak kita peluang untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik. 

Ibu ayah yang berminat untuk tahu lebih lanjut atau nak join kelas sila klik pada link wasap di bawah;

Catat Ulasan

0 Ulasan