Cerita Anemia KakYa

 Cerita Anemia KakYa 


Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar pagini. Alhamdulillah dapat juga KakYa menulis pagini alaupon sedikit penat. Ini cerita Anemia KakYa.

Anemia, penyebab anemia, simptom anemia, tanda tanda anemia, punca penyakit anemia, cara rawat anemia,apaka anemia berbahaya, kesan penyakit anemia

Bercakap mengenai Anemia, KakYa memang penghidap Anemia sejak zaman sekolah lagi. Paling teruk zaman mengandung ketiga tiga anak KakYa. Masa ni memang selalu sangat pitam sebab Anemia. Apabenda Anemia ni sebenarnya. Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan yang berlaku apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.

Apabila kita mengalami Anemia, tubuh kita tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Jadi kita tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya kita cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku. Ya betul, sekarang ni KakYa mudah rasa penat. Buat kerja sikit pon dah rasa penat dan cepat mengah. 

Paras Hb 7.9g/dL


Menurut Doktor, paras hemoglobin yang normal bagi seseorang wanita adalah di antara 11.5g/dL hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5g/dL hingga 18.5g/dL tapi KakYa punya 7.9g/dL. Kira rendah la. Kalau ikutkan KakYa dalam kategori berat.

Ringan: 10 g/dL- 
Sedang: 8-10 g/dL
Berat: 6.5-7.9 g/dL
Mengancam nyawa: <6.5 g/dL

Penyebab Utama Anemia


Apa penyebab utama Anemia. Penyebab utama Anemia adalah kerana kekurangan sel darah merah. Ini sering berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi atau kehilangannya melalui pendarahan.

Simptom anemia yang kerap berlaku pada KakYa ... cepat letih, mudah penat, badan lemah, kulit pucat dan kekuningan, kadar jantung yang tidak normal, menggigigil, kesukaran bernafas, sakit dada, kaki tangan sejuk dan semut dihujung jari tangan dan kaki serta sakit kepala yang berpanjangan dan mudah pengsan. Bab sakit kepala tu takyah cakap, memang rasa sakit kepala tu rasa cam nak cabut jap kepala letak kat tepi. Sakit yang KakYa tak reti nak cakap camne.

Apa Kata Doktor 


Katanya Doktor;

Puan tahu tak, Anemia boleh menyebabkan kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi sangat lemah dan tidak mencukupi. Gulp telan air liur jap. Selalu kalau jumpa doktor ni lah yang doktor cakap dulu. Darah tak cukup nak pam jantung katanya. Satu lagi dalam keadaan sekarang Puan boleh pengsan bila bila masa jer Puan. Aduh! Bila dengar bab jantung terus rasa seram sejuk jer. Rasa cam insaf kejap. 

Buat masa sekarang, doktor mengesyorkan untuk KakYa ambil pil zat besi tambahan dan juga lebihkan Vitamin C untuk rawatan anemia.

Pesanan doktor ada makanan yang perlu dimakan lebih dan ada makanan yang perlu dielakkan untuk tempoh sebulan ini. Pantau dulu sebulan, kita tengok result 2.5.2023 ....

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.