Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Azlina Ina

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Azlina Ina


Assalamualaikum, Hi korang. Pagini KakYa nak kongsi resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa. Lama jugak KakYa tak share resipi kat blog. Harini berkesempatan untuk berkongsi satu resipi jadi kita share kat sini. Ikan cencaru sumbat adalah salah resipi kesukaan family KakYa. Dari Encik suami, KakYa hinggalah anak anak semua suka. 

Tapi KakYa tak pernah buat lagi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa, biasa makan yang mak KakYa buat. Yang biasa KakYa buat Cencaru Sumbat Sambal. Resipi kali ini KakYa dapat dari facebook page Azlina Ina Fans. Terima kasih Puan Ina sudi share resipi ini. Pasni KakYa nak try buat untuk Encik suami dan anak anak. 

Resipi bulan ramadhan, cencaru sumbat sambal kelapa, cencaru sumbat sambal, resipi mudah cencaru sumbat sambal kelapa, ikan cencaru sedap masak apa
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa


Bahan Bahan Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa


Antara bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Cencaru Sumbat Sambal Kelapa ialah;

- 4 ekor ikan cencaru sederhana besar
- Setengah biji kelapa
- 10 tangkai cili kering 
- 3 biji bawang merah
- 1 batang serai 
- Sedikit halia
- Serbuk kunyit
- Gula
- Garam
- Serbuk perasa


Cara Penyediaan Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa


Untuk cara cara penyediaan Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa, sila ikuti langkah langkah di bawah;

Ikan Cencaru belah belakang dan lumurkan dengan garam kunyit. Dah siap bolehlah di ketepikan sementara. 

Untuk bahan kelapa sumbat, kisar 10 tangkai cili kering yang di rendam air panas. Masukkan tiga biji bawang merah, sedikit halia dan sebatang serai. Kisar sehingga sebati. 

Gaul semua bahan kisar tadi bersama kelapa. Tambahkan gula ikut citarasa, garam dan serbuk perasa jika suka. Sumbat dalam ikan. Sedia untuk di goreng.

Masukkan minyak masak hanya separuh kuali sahaja jangan banyak. Takut kalau isi minyak penuh nanti kena terus pada kelapa dan kelapa akan hangus terkeluar dari badan ikan. 

Bila kuali dah panas, masukkan ikan dan tutup pakai penutup periuk. Pakai api sederhana dalam 2 ke 3 minit baru buka penutup biarkan sebelah garing dan terbalikkan sebelah lagi bagi masak dan garing. Setelah kedua dua belah garing, dah boleh angkat dan hidangkan.


Jom Try Masak Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa


Ok resipi dah ada ni, apa lagi jomlah kita buat sama sama. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, sedap juga buat Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa ni untuk berbuka puasa. Dah ada satu idea lauk pauk untuk berbuka puasa. Selamat mencuba!

Sumber Resipi dan Gambar : Azlina Ina Fans 

Catat Ulasan

0 Ulasan