Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Confirm Jadi

Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Confirm Jadi


Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar. Pagini KakYa nak kongsi satu resipi biskut raya yang KakYa suka tapi KakYa tak pernah buat. Hahaha kata suka tapi tak pernah buat. Yes! KakYa memang suka dengan Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ni. Suka makan jer tapi tak suka buat. Bab buat biskut raya memang KakYa tolak tepi. Tak boleh la nak main layan buat biskut ni, lambat masa menunggu. Kita ni jenis tak sabor hahaha .. Bab buat biskut KakYa serah pada adik nombor dua. Kita pegi makan jer nanti. Biar yang pakar tolong buat. Cara senang ada takyah cari cara susah. 
 
Biskut Chocolate Chip ala Famous Amos, resipi Biskut Chocolate Chip ala Famous Amos confirm jadi, buat biskut raya guna air fryer, resipi biskut raya
Kredit gambar: Aiman Wanny


Walaupon KakYa dah cakap malas nak buat dan tak suka serta tak reti nak buat biskut raya tapi anak sulung KakYa, Insyirah dah bagitahu awal awal kata abah dia tahun ni dia nak belajar buat biskut raya dua tiga jenis. Bila dia tanya kat Umi dia ni, Umi suka biskut raya apa? Terus teringat kat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos. Biskut ni antara biskut raya feveret kami satu family. Ok kalau Kakak rajin sangat nak buat, Kakak try la buat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos. 

Tapi kita takde oven besar nak bakar biskut raya ni Kakak oii .. Kakak cakap apo nak susah tu Air Fryer Khind 8L Umi yang besar gedabak tu ada kan, boleh jer buat biskut raya guna Air Fryer. Lupa plak Umi, kita ada Air Fryer ..  Jadi kita carik resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos guna Air Fryer la ya. 

Masa duk cari resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ni terjumpalah satu gambar biskut ni kat wall facebook seseorang. Dia ucap terima kasih pada tuan puan yang share resipi ni. Katanya menjadi resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ni. Rasa pon sedap, terbaik dan tak berapa manis. Bila dia dah share lagutu KakYa ambik resipi dia lah tepek dulu kat sini kot nak buat nanti. Dah dia cakap jadi mesti kita buat pon jadi nanti kalau ikut bebetul kan.


Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi! Guna Air Fryer Jer



Katanya insan yang share resipi ni, kalau kita ikut resipi yang dia bagi tu betul betul memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu nak mixer bagai. Tapi hasilnya puas hati. Katanya dapat biskut yang rangup, lembut, manisnya yang sedang-sedang aja dan sedikit rasa pahit pahit cip coklat yang lazat. 

Teruja udah Umi hang duk baca tapi belum buat lagi. Kita baca dulu tengok lagumana. Nak buat biskut ni kena teliti bukan main buat jer takut tak jadik haruu jadinya. 

Sebelum tu, jom kita tengok dulu apa bahan bahan yang diperlukan dan bagaimana cara nak buat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ni.
 

Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos 



Antara bahan bahan yang diperlukan adalah;

Bahan A: 

Kacau rata (Semua bahan di bawah hanya perlu dikacau sebati saja)
- 250 gram Butter 
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
- Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Bahan B:

Masukkan semua di bawah ke dalam bahan A 
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
- Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

Sejukkan Adunan 

- Sejukkan adunan lebih kurang 30 minit. Kalau tak nak bakar lagi nak letak dalam peti ais sebelum bakar pon takpe. 

Bakar suhu 180°c selama 10 minit

- Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dari peti ais dan sedia untuk membakar. 
- Adunannya memang sedikit lembik. 
- Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
- Bakar pada suhu 180Âșc selama 10 minit. 

Ok dah dapat satu resipi biskut raya. Harap harap menjadilah Kakak buat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos untuk raya tahun ni. Tak sabar dah Umi nak rasa biskut Kakak buat. Hang jangan buat malas pulak time nak buat nanti. Jangan nanti macam macam alasan pulak yang datang. Jangan macam macam okey! 

Catat Ulasan

0 Ulasan