Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Kuantan Pahang

Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Kuantan Pahang 


Assalamualaikum, Hi korang. Baru baru ni kawan KakYa ada datang Kuantan dan diaorang ada tanya kedai makan tengahari sedap di Kuantan, kat mana? KakYa terus kenalkan Warung Aja Bukit Setongkol Kuantan Pahang. KakYa dan family memang biasa makan tengahari kat sini kalau ke Bandar Kuantan. 

tempat makan sedap di kuantan,warung aja kedai makan tengahari,kedai makan tengahari kuantan,lokasi warung aja   kuantan,warung aja kuantan,

Kalau korang nak tahu, Warung Aja merupakan sebuah restoran makanan tengahari selera kampung yang cukup popular di Kuantan, Pahang. Nak rasa nak makan tengahari sedap panas panas dengan banyak pilihan lauk pauk, jom singgah makan kat Warung Aja Bukit Setongkol Kuantan Pahang. KakYa nasihatkan kat korang untuk datang lebih awal. Biasanya sekitar 11.00 pagi ke 1.00 tengahari masa ni dah ramai orang.  


Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Bukit Setongkol Kuantan Pahang



Makanan tengahari yang disediakan memang sedap dan menyelerakan kat Warung Aja ni. Bukan setakat makanan jer sedap, servis memang terbaik, harga berpatutan dan owner kedai, Kak Aja sendiri pon baik sangat orangnya. Senyum sokmo tak kira masa. Orang kata tak lokek dengan senyuman manis. 

KakYa kan kalau pegi makan kat Warung Aja ni kan tengok je muka Kak Aja rasa tenang jer hati sebab suka senyum. Orang kata kalau kita murah dengan senyuman, rezeki masuk menderu deru. Patutlah Warung Aja ni penuh sokmo orang. Memang ramai yang suka makan tengahari kat sini. 


Pelbagai Pilihan Lauk Pauk Menjadi Tarikan Pelanggan Di Warung Aja Bukit Setongkol Kuantan Pahang



Warung Aja terletak di Bukit Setongkol Kuantan Pahang. Kalau nak senang korang waze Masjid Bukit Setongkol Kuantan Pahang sebab Warung Aja ni terletak bertentangan dengan Masjid Bukit Setongkol. Kedai makanan tengahari ini menyediakan pelbagai jenis lauk pauk kampung dan bandar yang menjadi tarikan pelanggan antaranya ayam bakar, kambing bakar, sotong bakar, ikan bakar, ayam percik, telur ikan masak lemak, siput sidut, ikan patin, ikan percik, asam pedas, ayam lemon, ikan kerisi berlada, udang nestum, ayam buttermilk, patin masak tempoyak dan pelbagai lagi menu yang akan buat korang jadi rambang mata. 

tempat makan sedap di kuantan,warung aja kedai makan tengahari,kedai makan tengahari kuantan,lokasi warung aja   kuantan,warung aja kuantan,

Banyak sungguh pilihan yang ada. Kalau KakYa nak sebut satu satu memang tak tersebut kat sini. Korang kena datang sendiri baru tahu. Tengok dan pilih sendiri mana satu yang korang nak cuba.

tempat makan sedap di kuantan,warung aja kedai makan tengahari,kedai makan tengahari kuantan,lokasi warung aja   kuantan,warung aja kuantan,


Pelbagai Jenis Sambal Dan Ulam Ulaman Tersedia Di Warung Aja



Bukan setakat lauk pauk sahaja yang banyak pilihan. Sambal pon banyak pilihan kat Warung Aja. Pelbagai jenis sambal tersedia antaranya sambal belacan, sambal kicap, sambal tempoyak, budu, air asam dan macam macam lagi. Kalau korang penggemar ulam, kat Warung Aja ni terdapat pelbagai pilihan ulam ulaman antaranya petai jeruk, jering jeruk, pucuk gajus, ulam raja, jantung pisang dan pelbagai ulaman yang lain. 

tempat makan sedap di kuantan,warung aja kedai makan tengahari,kedai makan tengahari kuantan,lokasi warung aja   kuantan,warung aja kuantan,



Rambang Mata Pilih Lauk Sebab Banyak Sangat Pilihan 



Biasanya kalau KakYa ke sini memang mudah benar jadi rambang mata nak pilih lauk pauk sebab banyak sangat pilihan lauk pauk yang tersedia dan semua sedap sedap. Katanya sehingga 80 jenis lauk pauk yang ada. Bak kata pemilik Warung Aja, Kak Aja kalau empat kali datang makan kat Warung Aja ni, belum tentu habis rasa semua lauk yang ada. Ha gitu! 

tempat makan sedap di kuantan,warung aja kedai makan tengahari,kedai makan tengahari kuantan,lokasi warung aja   kuantan,warung aja kuantan,


Pelbagai Jenis Minuman Disediakan



Untuk minuman juga tersedia pelbagai jenis minuman antaranya air green tea, air bandung buah, abc, air kelapa muda, tea o ais, sirap, lemon soda, sunquick dan pelbagai lagi ada di sini. Nak minum air buah, pelbagai jenis air buah tersedia. Tinggal pilih jer nak minum apa. Oh ya untuk minuman pula, terdapat sesetengah minuman yang korang hanya bayar sekali dan boleh refill berkali kali. 


Kuih Muih Dan Pencuci Mulut Di Warung Aja Bukit Setongkol Kuantan Pahang



Bukan sahaja makanan tengahari tersedia kat Warung Aja ni korang. Kat sini turut tersedia pelbagai kuih muih dan jug pencuci mulut untuk korang cuba. Ada cek mek molek, tepung pelita, lepat pisang, sagu gula melaka, puteri ayu, bubur pulut hitam dan pelbagai kuih tradisional dan moden tersedia di Warung Aja. 

tempat makan sedap di kuantan,warung aja kedai makan tengahari,kedai makan tengahari kuantan,lokasi warung aja   kuantan,warung aja kuantan,

Kalau korang datang Kuantan samaada datang bercuti atau atas urusan kerja jangan lupa singgah makan tengahari kat Warung Aja Bukit Setongkol Kuantan Pahang. Pasti tidak mengecewakan dengan pelbagai pilihan lauk pauk yang sedap, terbaik dan menyelerakan dengan harga yang berbaloi dan berpatutan


Khidmat Katering Warung Aja Bukit Setongkol Kuantan Pahang



Sebelum KakYa terlupa, selain menyediakan makanan tengahari, Warung Aja juga menyediakan khidmat katering. Jika korang berminat nak mendapatkan khidmat katering untuk majlis korang, sila ke laman Facebook Warung Aja untuk makumat lanjut. 

Boleh juga WhatsApp owner Warung Aja, Kak Aja pada nombor tertera :  http:www.wassap.my/0139676699

Lokasi Warung Aja Bukit Setongkol Kuantan Pahang


Kalau korang nak merasa makanan sedap dan menyelerakan kat Warung Aja, jangan lupa singgah; 

Warung Aja, 
D285, Jalan Bukit Setongkol,
Taman Bukit Setongkol Indah,
25200 Kuantan, Pahang.

Boleh search di maps (Masjid Bukit Setongkol)

Terima kasih sudi baca coretan KakYa untuk kali ini. Semoga entri ini bermanfaat buat semua pembaca blog KakYa. Jumpa lagi di entri akan datang. InsyaAllah dengan izinNYA. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.