Bila Ada Yang Suka Profile Picture Whatsapp Aku

Bila Ada Yang Suka Profile Picture Whatsapp Aku


Assalamuaaikum, Hi korang. Bersiaran awal pagi arini. Semalam mood ke laut dalam tak dapat nak menulis, pagini awal pagi kita start menulis.  Semalam tidur lewat sebab melayan sakit kepala sepanjang hari, ingat bolehlah menulis semalam tapi tak jugak. Pagi tadi walaupun lewat tidur, bangun pagini tetap on time. Alhamdulillah. Jadi kita bukak blog awal pagi. Terus terajin nak menulis. Tapi idea tak datang nak tulis apa. Tup tup teringat kisah malam tadi. Ok ini kisah KakYa. Nak jugak buat citer. 



Dia Suka Profile Picture Whatsapp KakYa


Semalam duk borak borak dengan seorang sahabat ni, tetiba dia sentuh mengenai profile picture Whatsapp KakYa. Dia minta tepek profile picture tu masa kami tengah duk berchit chat semalam. Bercakap mengenai profile picture Whatsapp, sebenarnya ramai jugak yang tanya KakYa. Ramai yang cakap ayat tu best dan penuh makna. 

Tapi kan kalini lain sikit tau, sahabat KakYa ni dia minta izin nak guna untuk profile picture Whatsapp dia. Alahai, terkejut kita sebab profile picture kita tu biasa biasa jer dengan warna oren terang menyala tu. Mahu tak terkejut bila orang cakap nak guna untuk profile picture dia. Tapi KakYa ok jer takde masalah pon. Orang suka kita benarkan. 



Profile Picture Whatsapp Paling Lama KakYa Guna Setakat Ni


KakYa pon dah lupa bila start guna profile picture yang ni. Rasanya ni profile picture Whatsapp yang paling lama KakYa guna setakat menggunakan aplikasi Whatapp. Bertahun tahun dah guna tak tukar tukar lagi hingga sekarang. Setia la katakan. KakYa suka betul dengan ayat yang tertera kat profile picture Whatsapp ni. Sangat sangat suka dan cukup bermakna buat KakYa. 



Ya Rabb, Heal My Heart. Make Me Strong, For Strength Is The Only Choice I have. Ya Rabb, Fill My Heart With Your Love, For I’m Relying Totally Upon Your Mercy


KakYa cari balik ayat ni, terjumpa post KakYa kat status facebook tahun 2019. Kalau tengok pada tarikh post, kiranya bulan Disember 2019 KakYa mula guna ayat ni untuk profile picture Whatsapp KakYa. Bertahun la jugak .... 

Ya Rabb, heal my heart. Make me strong, for strength is the only choice I have. Ya Rabb, fill my heart with your love, for I’m relying totally upon Your mercy. 

 لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰه


Masa ni tengah sedih kot boleh muncul ayat ni. Tak ingat dah kita ... Boleh pulak guna warna oren ang ang gitu. Nanti KakYa ingat nak tukar warna lain la pulak. Masih ayat yang sama cuma tukar warna background jer kot ...

Ok la panjang berjela dah ni duk menulis. Stop dulu, nak masak sarapan jap. Korang dah sarapan ke belum. Kalau belum jom kita masak masak sarapan pagi jom. Jumpa lagi di coretan akan datang. Terima kasih sudi singgah blog KakYa..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kita mesti ada ayat2 yg boleh buat kita healing kan kak..Ayat fav sy sepanjang masa "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan kamu dalam keadaan kamu reda dan kamu diredai.".. Bila rasa penat dgn keadaan,, dgn dunia.. ayat ini buat sy rasa apapun yg jadi semuanya sy dapat hadapi.. kerana pada akhirnya kpd Allah kita kembali

    BalasPadam
  2. Wah, patut rasa deep gitu. Rupanya ditulis sepenuh hati. Alangkah indahnya teruskan berkarya begini. Eheheh

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.