Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original Bandar Chukai Kemaman

Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original Bandar Chukai Kemaman


Nak cari lauk pauk untuk makan tengahari ke tu? Jom singgah Tokma Ikan Bakar Original, Bandar Chukai, Kemaman Terengganu. Terdapat lebih dari 30 jenis lauk pauk untuk korang pilih mengikut selera korang. Wow! Banyaknya pilihan lauk pauk makan tengahari kat Tokma Ikan Bakar Original. KakYa sendiri teruja bila dengar Restoran Tokma Ikan Bakar Original menyajikan banyak pilihan lauk pauk yang sedap, lazat dan menyelerakan.

tempat makan sedap di kemaman,kedai makan tengahari di kemaman,kedai makan tengahari di chukai kemaman,kedai makan sedap di kemaman,tokma ikan bakar


Ikan Bakar, Sotong Bakar Dan Pari Bakar Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original


Sesekali waktu makan tengahari kalau tukar selera layan ikan bakar, sotong bakar, pari bakar syok juga kan? Kalau korang rasa nak makan ikan bakar ke, sotong bakar ke atau pari bakar waktu makan tengahari dekat Tokma Ikan Bakar semua ada. Tinggal korang pilih jer nak makan yang mana. Pelbagai pilihan ikan segar dan sotong segar disediakan setiap hari untuk pelanggan Tokma Ikan Bakar. 

tempat makan sedap di kemaman,kedai makan tengahari di kemaman,kedai makan tengahari di chukai kemaman,kedai makan sedap di kemaman,tokma ikan bakar

tempat makan sedap di kemaman,kedai makan tengahari di kemaman,kedai makan tengahari di chukai kemaman,kedai makan sedap di kemaman,tokma ikan bakar


Asam Pedas Ada Gulai Kawah Pon Ada Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original


Nak makan asam pedas? Takyah bimbang kat Tokma Ikan Bakar ada menyediakan asam pedas meletop sedap. Jangan tak tahu kat Chukai Kemaman pon ada asam pedas sedap meletop letop tau. Tak payah pergi jauh jauh nak makan asam pedas, singgah jer makan kat Tokma Ikan Bakar Original.

Nak makan gulai kawah panas panas? Dekat Tokma Ikan Bakar Original ada tersedia gulai kawah juga. Nak apa lagi? Ayam kampung goreng! Ya ayam kampung goreng panas panas pon ada korang. Makanan kat sini memang semua sedap, terangkat dan padulah orang kata. Mari pakat try dulu kita tengok lagumana. Sebelum Kakya lupa nak royak satu lagi, korang kena try sambal padu air asam power kat sini. Memang sedap hingga menjilat jari. 

tempat makan sedap di kemaman,kedai makan tengahari di kemaman,kedai makan tengahari di chukai kemaman,kedai makan sedap di kemaman,tokma ikan bakar


Jemput Singgah Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original


Jom ramai ramai bawak family dan jugak kawan kawan singgah makan tengahari di Restoran Tokma Ikan Bakar Original. Restoran beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 7 malam setiap hari kecuali hari Jumaat tutup kedai. 

tempat makan sedap di kemaman,kedai makan tengahari di kemaman,kedai makan tengahari di chukai kemaman,kedai makan sedap di kemaman,tokma ikan bakar

Orang kata kalau sedap kita kena bagitahu orang lain juga bagi orang lain dapat rasa sama. Dek kerana ramai yang makan kat sini cakap sedap dooh lalu maka KakYa pon nak kabo la kokrang biar pakat mari ramai ramai makan tengahari di Restoran Tokma Ikan Bakar Original, Chukai Kemaman. Oh ya sebelum KakYa lupa, bab harga makanan kat sini korang tak perlu bimbang, harga makanan yamg disediakan kat Restoran Tokma Ikan Bakar Original harga marhaen jer bukan harga kayangan okey. 

tempat makan sedap di kemaman,kedai makan tengahari di kemaman,kedai makan tengahari di chukai kemaman,kedai makan sedap di kemaman,tokma ikan bakar

KakYa nak royak la dulu kat korang korang semua, kalau makan rasa dok sedak dok kena ngan tekok dok kena ngan selera korang, jangan wak senyak je kabo la ke tokey kedai sepatoh nanti tokey adjust rasa biar lagi sedak. Ke guane tokey? Dok soh bimbang la tokey baik hati dok maroh orang. Kabo jer untuk penambahbaikan. 

Jadi apa tunggu lagi, jom la cuba makanan  tengahari kat sini. Belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu.  Silap haribulan hari hari nak makan kat sini nanti. 


Sambil Makan Boleh Menang Hadiah Cabutan Bertuah Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original



Restoran Tokma Ikan Bakar Original turut menyediakan hadiah cabutan bertuah setiap bulan untuk pelanggan bertuah. Cara nak menang hadiah cabutan bertuah mudah jer. Korang hanya perlu berbelanja RM10 di Restoran Tokma Ikan Bakar Original dan layak menyertai cabutan bertuah yang diadakan setiap bulan. Jom makan makan dan sertai cabutan bertuah! Mana tahu rezeki korang dapat menang cabutan bertuah. 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut korang boleh terus Whatsapp nombor kat bawah;

Instagram: tokmaikanbakar.my 

TOKMA IKAN BAKAR ORIGINAL,
Taman Chukai Utama,
PT 21083, Tingkat Bawah, Jalan Kedidi Kiri,
Taman Cukai Utama
24000 Kemaman, Terengganu.
(bersebelahan Hannan Medispa dan Subway).

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. bestnya kedai makan tokma ni. tak pasti jauh ke tak dari Pulau Duyung. ade plan nk ke Kuala Terengganu nanti masa cut sekolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kalau dari Pulau Duyong jauh juga Sis. Dalam dua jam perjalanan ke Kemaman. Kedai Tokma Ikan Bakar Original ni kat Bandar Chukai Kemaman. Kalau Sis dari Pulau Duyong KT kena langkah dua daerah dulu iaitu daerah Marang dan juga daerah Dungun baru jumpa daerah Kemaman.

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.