Uji Kelajuan Blog Akif Imtiyaz Guna GTmetrix

Uji Kelajuan Blog Akif Imtiyaz Guna GTmetrix


Assalamualaikum, Hi korang! Bertemu lagi kita pada harini. KakYa doakan korang dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Ok pagini nak citer mengenai kelajuan blog. Kalau orang, kita akan tanya laju laju tu nak pegi mana? Kalau blog pulak laju laju nak buat apa? 


Ok blog kita ni kalau laju, pembaca yang singgah akan singgah lagi di masa akan datang. Kalau blog kita ni time loading dia tersekat di skala tiga memang orang pangkah la tak nak singgah. Sebab tu kita kena tahu tahap kelajuan blog kita kat mana dan kalau kelajuan blog kita berada pada tahap yang membimbangkan eloklah kita buat sesuatu sebelum pembaca blog kita beralih arah. Jom kita try GTmetrix untuk tengok kelajuan blog kita ni kat tahap mana. 


Apa Itu GTmetrix



GTmetrix adalah satu alat untuk menguji kelajuan laman web dan juga blog. Ianya akan membantu korang untuk mengetahui lebih detail mengenai tahap kelajuan blog korang berdasarkan beberapa metrik. Adakah blog korang berada pada tahap yang terbaik, baik atau membimbangkan jom sama sama kita cuba GTmetrix. 


Ukur Kelajuan Blog Dengan GTmetrix



Bagaimana cara untuk mengukur kelajuan blog menggunakan GTmetrix. Cara nak ukur kelajuan blog menggunaakan GTmetrix ni senang jer sebanarnya, korang perlu;

- Klik pada laman GTmetrix .
- Pada ruangan URL to Analyze, masukkan url blog korang.
- Klik pada test your site.
- Semak pada bahagian Gred GTmetrix untuk melihat skor keseluruhan blog korang.
- Pilih Performance, Structure dan juga Waterfall untuk mengetahui lebih detail mengenai metrik blog korang.


Result Blog AkifImtiyazDotCom Menggunakan GTmetrix



KakYa dah cuba gunakan GTmetrix untuk blog KakYa baru baru ni untuk tahu tahap kelajuan blog KakYa dan result baru baru ni KakYa dapat skor B. Makanya daripada skor yang KakYa dapat, KakYa cuba betulkan apa yang telah dicadangkan oleh GTmetrix  dan hasilnya ...

Pagespeed insights, page speed test, google page speed, gtmetrix, cara ukur kelajuan blog, uji kelajuan blog, ukur kelajuan blog guna gtmetrix,
Yang ni KakYa check menggunakan lokasi Hong Kong, China. Ada kawan blogger yang cakap kalau guna lokasi Hong Kong, China ianya lebih tepat sebab terdekat dengan kita untuk plan percuma. Tapi kalau korang pilih plan berbayar korang boleh terus guna Malaysia lagilah tepat result yang korang dapat.



Pagespeed insights, page speed test, google page speed, gtmetrix, cara ukur kelajuan blog, uji kelajuan blog, ukur kelajuan blog guna gtmetrix,
Untuk yang kedua ni KakYa check guna lokasi Vancouver, Kanada. Ni lokasi yang tertera pada GTmetrix masa mula mula nak check kelajuan blog. Ramai guna yang ni sebab dah sedia ada kat situ. 

Oklah buat masa sekarang, inilah result yang KakYa dapat untuk blog KakYa. Daripada B ke A. Alhamdulillah untuk keadaan sekarang ni. Esok lusa tak tahu lagilah lagumana keadaannya. Nanti kita check lagi. 

Korang kalau nak check kelajuan blog korang, bolehlah try guna GTmetrix ni. Mudah dan senang jer nak guna. Tak perlu bayar free jer melainkan korang rasa nak langgan plan diaorang bolehlah bayar. Tapi KakYa guna yamg free jer. 


Kelebihan Menggunakan GTmetrix



Apa kelebihan bila menggunakan GTmetrix? Antara kelebihan apabila menggunakan GTmetrix adalah, ia memaparkan skor blog korang bersama dengan analisis yang betul. 

Jika skor blog korang perlahan, GTmetrix akan memaparkan bahagian atau tapak yang mana perlu diperbaiki. GTmetrix akan memberi cadangan apa yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kelajuan blog korang. 

Ini sahaja perkongsian mengenai GTmetrix yang dapat KakYa kongsikan untuk korang. Semoga perkongsian KakYa ini memberi manfaat buat semua yang membaca. Terima kasih .. Jumpa lagi di entri akan datang. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Dah ok sangat dah ni... Template sesuai dengan content blog... So, dah cantik dah.. tak perlu tukar template... Betulkan kat gsc je pula kalau ada error
    .

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.