Tips Untuk Membuat Resume Terbaik

Tips Untuk Membuat Resume Terbaik


Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar harini. Semoga korang semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. KakYa alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Harini KakYa nak bercerita mengenai "Resume". Kenapa tetiba pulak nak bercerita bab resume ni? 

Tadi terbaca satu post berkenaan ciri ciri resume yang bagus. Jadi terdetik pulak nak kongsi kat blog. Makanya kita menulis la kat sini. Perkongsian KakYa kali ini KakYa nak kongsikan tips penting yang perlu korang tahu untuk membuat resume terbaik sebelum memohon kerja. Tapi sebelum KakYa kongsi tips untuk membuat resume yang baik, apakata kita selongkar serba sikit dulu apa itu resume.

ciri ciri resume yang bagus, contoh resume terbaik, cara menulis resume yamg power, panduan menulis resume, contoh resume terbaik, cara menulis resume


Apa Itu Resume


Sesetengah daripada kita masih lagi tidak tahu apa itu resume. Jadi KakYa terangkan serba sedikit untuk bagi korang faham. 

Resume adalah satu bentuk penulisan formal berupa keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerja dan sebagainya tentang diri seseorang. Kebiasaannya resume disertakan untuk memohon sesuatu pekerjaan. Resume terdiri daripada;

- Satu muka surat sahaja sudah mencukupi.
- Kebiasaannya tiada format khusus.
- Digalakkan untuk meletak gambar.
- Tidak memerlukan cover letter.
- Mengandungi maklumat penting yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja.


Panduan Membuat Resume Terbaik



Ok bagi memastikan resume yang korang buat adalah yang terbaik, korang boleh ikut panduan membuat resume terbaik seperti yang KakYa senaraikan kat bawah:

Gunakan Template Resume


Sekarang ni banyak template resume menarik yang korang boleh download kat internet. Jadi korang boleh pilih template yang simple dan sedap mata memandang. Jangan pilih template yang buat korang sakit mata. 

Gunakan Font Yang Jelas Dan Senang Di Baca


Pastikan korang gunakan jenis font yang orang senang nak baca. Korang boleh gunakan font Arial, Cambria, Calibri, Helvetica, Tahoma atau San Serif. Jangan pandai pandai nak gunakan font yang pelik pelik. Nanti pening orang nak baca tulisan korang. Silap haribulan resume korang masuk tong sampah sebab orang sakit mata tengok font pelik yamg korang guna. Jadi hati hati dengan font yang dipilih. 

Maklumat Diri 


Pastikan korang masukkan maklumat diri yang berkenaan dan bersesuaian dengan kerja yang korang pohon seperti pengalaman kerja dan kemahiran korang. Jangan letak kemahiran dan pengalaman yang tidak berkaitan dengan kerja yang korang pohon. 

Semakan Ejaan 


Pastikan korang semak ejaan dan typo bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan maklumat yang korang berikan adalah tepat dan betul.


Ciri Ciri Resume Yang Baik 



Ok sekarang ni korang dah tahu bagaimana cara untuk membuat resume terbaik. Jadi dah senang untuk korang buat resume lepas ni. KakYa nak kongsi juga dekat korang ciri ciri atau kriteria resume yang baik. Korang kena tahu jugak apa kriteria resume yang baik untuk korang siapkan satu resume yang bagus.

Satu resume yang bagus, baik serta berkualiti dapat memberikan korang peluang yang besar untuk mendapatkan pekerjaan yang korang pohon. Sebab tu korang perlu menyediakan resume terbaik untuk membolehkan korang mendapat peluang pekerjaan yang ditawarkan. 

Antara kriteria resume yang baik adalah;

- Satu muka surat sahaja 
- Menggunakan gambar profesional dengan latar belakang putih atau biru sahaja.
- Menggunakan font yang sesuai.
- Menggunakan saiz font yang sesuai iaitu 10 atau 12.
- Pastikan maklumat diisi dengan tepat dan betul.
- Pastikan maklumat yang diberikan berkaitan dengan kerja yang dipohon.
- Untuk tahap pendidikan dan pengalaman kerja jangan lupa pastikan yang terkini diletakkan pada bahagian atas. 


Download Template Resume Dari Microsoft Office


KakYa nak kongsikan kat sini contoh template resume yang korang boleh download melalui pautan yang KakYa kongsikan ini. Berikut adalah  template contoh resume yang korang boleh download dari Microsoft Office. Semoga contoh template dan perkongsian ini dapat membantu korang dalam menghasilkan resume terbaik. InsyaAllah. 


Catat Ulasan

0 Ulasan