Tips Surirumah Simpan Wang

Tips Surirumah Simpan Wang


Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar petang ini? Alhamdulillah KakYa masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik hari ini. Harap korang macam KakYa juga sihat sihat selalu. Petang ni KakYa nak kongsi berkenaan Tips Surirumah Menyimpan Wang. Oleh kerana KakYa ni bergelar surirumah, makanya KakYa nak kongsikan kat sini tips menyimpan wang dari insan bergelar surirumah. Nak tips ke tak ni? Kalau nak korang kena baca sampai habis. 


Bermula Dengan Wang Kertas RM1


KakYa kongsi ni sekadar perkongsian untuk pembaca blog KakYa sebab apa tau, kalau nak bercakap atau bagi tips lebih lebih berkenaan simpanan ni memang KakYa tak berapa reti sangat. Jadi KakYa kongsi setakat yang KakYa pernah buat dan menjadi untuk KakYa. 



KakYa dah pernah start simpan wang kertas RM1 bermula 2018. Memang tak pernah miss simpan RM1. Nampak jer wang kertas RM1 KaKYa mesti simpan. Tapi lama lama duk tengok RM1 jer hati terdetik nak try simpan wang kertas RM5. 

Januari 2022 Mula Menyimpan Wang Kertas RM5


Ok jadinya bermula bulan Januari awal tahun 2022  KakYa mula istiqamah menyimpan wang kertas RM5. Oleh kerana KakYa ni jenis tak berdisiplin nak simpan RM100 sebulan jadi cara simpan wang kertas RM5 ni memang menjadi untuk KakYa. 

Nampak jer wang kertas RM5 hati berbunga bunga cam bunga sakura yang tengah duk mengembang tu haaa. Nampak jer terus masuk tabung. Kalau korang nak menyimpan wang kertas RM5 ni hati kena kental tau, kalau tak kental tak menjadi. Untuk diri KakYa, KakYa tak suka berbelanja guna debit card cam orang lain. Memang cukup tak suka. KakYa suka cash. Jadi setiap kali membeli barang dan kalau ada balance wang kertas RM5 KakYa akan simpan.



Kekadang pernah jugak pegi selongkar dengan izin wallet encik suami kot kot ada wang kertas RM5. Hahaha gitu kekdahnya. Tapi takde la selalu sebab wang dia bagi untuk perbelanjaan kita dah ada sesiap untuk kita. Yang tu la kita belanja secara berhemah dan menyimpan untuk diri sendiri. Bahagian simpanan yang lain encik suami yang uruskan.

Simpanan Untuk Setahun


KakYa tak ambik duit yang KakYa simpan tu sebuan sekali masuk Tabung Haji ke simpan kat mana mana tau . Memang simpanan ni KakYa akan kira pada hujung tahun seperti tahun tahun sebelum ni. Ada orang dia simpan bulan bulan kan. Tapi KakYa buat tahunan sebab yang bulanan dah diasingkan oleh encik suami.

Makanya dah nak dekat hujung tahun dah sekarang ni. Nanti dah berakhir tahun 2023 KakYa akan kira berapa jumlah simpanan 
KakYa. Untuk simpanan 2022 ni tak tahu lagilah dapat berapa sebab belum kira lagi.

Kalau yang sebelum ni KakYa simpan wang kertas RM1 pernah dapat RM3000 lepas dah cukup setahun. Al maklumlah kan wang kertas RM1 ni banyak kita dapat. Tapi tak simpan semua. Main agak agak je berapa nak simpan. Cuma bila dah start dengan wang kertas RM5 awal tahun 2022 ni kan, hati rasa sayang dengan RM5, nak membeli dengan wang kertas RM5 pon rasa cam sayang je dan rasa nak menyimpan tu membuak buak jadinya. 

Jom Menyimpan Untuk Masa Depan 


Untuk korang yang baru mula nak menyimpan, korang boleh jer belajar cara menyimpan yang mudah. Korang boleh start dengan RM1 sehari untuk permulaan. InsyaAllah bila dah bermula korang akan istiqamah pasni dalam menyimpan. Tak caya korang cuba dulu dengan RM1 sehari. Jadi apa tunggu lagi, marilah kita sama sama menyimpan wang untuk masa depan yang lebih menyerlah. InsyaAllah .. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Walaupun bukan suri rumah, tapi nak tiru lah. moga-moga dapat melancong lebih kerap

    BalasPadam
  2. terbabas k.ya..syiling jer mampu simpan..haha

    BalasPadam
  3. Sama mcm my husband Kakya...asal jumpa note hijau je masuk tabung. Bagus cara ni. Paling best time kira hasilnya nanti hehe...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.