Tarikh Bayaran Gaji 2023 Penjawat Awam
Tadi terbaca satu post berkenaan bayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2023. Alang alang KakYa duk membaca boleh juga buat satu entri untuk blog hari ini. Idea dah ada kita karang dan goreng jer la petang ni.
Tarikh Pembayaran Gaji 2023 Penjawat Awam
Mesti ada yang tertanya tanya bilakah tarikh pembayaran gaji 2023 bagi penjawat awam. Pembayaran gaji penjawat awam biasanya akan di bayar pada akhir bulan. Setiap hujung bulan selain gaji, bonus pastinya perkara yang di tunggu tunggu. Bagi memudahkan penjawat awam atau kakitangan awam di luar sana untuk mengetahui tarikh sebenar pembayaran gaji 2023, KakYa kongsikan jadual pembayaran gaji 2023 penjawat awam sepertimana di bawah.
Jadual Pembayaran Gaji 2023 Penjawat Awam
Berikut dikongsikan jadual dan tarikh tarikh bagi pembayaran gaji 2023 penjawat awam.
Jadual Pembayaran Gaji 2023 Penjawat Awam
Tarikh Bayaran Gaji 2023 Bulan Januari
Pembayaran gaji pada bulan Januari akan dilaksanakan pada hari Selasa 17 Januari 2023. Pembayaran gaji bagi bulan Januari diawalkan kerana sambutan Tahun Baru Cina pada hari Ahad dan Isnin 22 dan 23 Januari 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan Februari Dan Mac 2023
Pembayaran gaji pada bulan Februari dan Mac
akan dilaksanakan pada hari Jumaat 24 Februari 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan Mac 2023
Pembayaran gaji pada bulan Januari akan dilaksanakan pada hari Jumaat 24 Mac 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan April 2023
Pembayaran gaji pada bulan April 2023 akan dilaksanakan pada hari Isnin 17 April 2023. Pembayaran gaji untuk bulan April diawalkan kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu dan Ahad bersamaan 22 dan 23 April 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan Mei 2023
Pembayaran gaji pada bulan Mei 2023 akan dilaksanakan pada hari Khamis 25 Mei 2023. Pembayan gaji untuk bulan Mei di bayar seperti biasa walaupun pada bulan tersebut adanya Pesta Kaamatan yang di sambut pada hari Selasa dan Rabu bersamaan 30 dan 31 Mei 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan Jun 2023
Pembayaran gaji pada bulan Jun 2023 akan dilaksanakan pada hari Jumaat 23 Jun 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan Julai 2023
Pembayaran gaji pada bulan Julai 2023 akan dilaksanakan pada hari Selasa 25 Julai 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan Ogos 2023
Pembayaran gaji pada bulan Ogos 2023 akan dilaksanakan pada hari Jumaat 25 Ogos 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan September 2023
Pembayaran gaji pada bulan September 2023 akan dilaksanakan pada hari Isnin 25 September 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan Oktober 2023
Pembayaran gaji pada bulan Oktober 2023 akan dilaksanakan pada hari Rabu 25 Oktober 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan November 2023
Pembayaran gaji pada bulan November 2023 akan dilaksanakan pada hari Jumaat 24 November 2023.
Tarikh Bayaran Gaji Bulan Disember 2023
Pembayaran gaji pada bulan Disember 2023 akan dilaksanakan pada hari Selasa 19 Disember 2023. Pembayaran gaji bagi bulan Disember diawalkan kerana sambutan Hari Krismas yang jatuh pada hari Isnin 25 Disember 2023.
Inilah tarikh tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam 2023 yang telah ditetapkan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua. Jumpa lagi pada perkongsian akan datang. InsyaAllah.
1 Ulasan
aida lebih suka mcm biasa je.
BalasPadambila awal sgt, pertghan bulan, nak nyampai ke bulan depan, Allahu!
sukar nak bajet :) ha ha
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.