Siapa Achraf Hakimi Mouh

Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar semua. Semoga hari ini penuh ceria dan bahagia. Ok lari topik sikit arini dari yang selalu KakYa tulis. Petang ni nak sembang pasal pemain bola. KakYa nak sembang pasal pemain Maghribi, Achraf Hakimi Mouh. Apasal tetiba pasal pemain Maghribi ni? 

Akif Yang Minat Bukan KakYa


Sebenarnya bukan KakYa yang minat pon tapi anak KakYa, Akif ... Dia duk tanya siapa nama pemain Maghribi yang cium mak dia aritu masa Maghribi menang lawan Portugal 10 Disember 2022. Dia cakap la pemain tu dia  ingat nama dia Hakimi jer dan dalam mana mana perlawanan kan Umi kan kalau menang, Hakimi ni akan cari mak dia dan cium mak dia dulu. Bagus dia ni kan Umi. Patut la dia menang sebab dia sayang mak dia. Oooo gitu la KakYa dengar Akif cakap. 

Achraf Hakimi, Kylian Mbappe, Lionel Messi Dan Neymar Satu Team Paris Saint Germain


Kalau Umi nak tahu, Hakimi ni gang ngan Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar di PSG  
Paris Saint Germain. Oh gitu pulak. Umi tatau la dik pemain tu main mana pemain ni main mana, huhuhuhu. Dak Akif ni dia kenal Mbappe, Messi dan Neymar tu sebab dia salah sorang penyokong PSG tapi gang pada Mbappe tu dia lupa nama apo. Tu yang minta KakYa duk cari sapalah gang Mbappe yang dia nak tahu tu. Ohh hai hai hai kata minat PSG siap beli jersey bagai, camno boleh tatau nama pemain plok. Bukan tatau Umi, tapi lupa nama dia. Jadi Umi dia ni alang alang dah google aritu, makanya rajin pulak la buat entri. 

Achraf Hakimi Orang Mana


Masa Akif cakap Hakimi .. KakYa pon pelik, takkan la Hakimi namanya dik oii. Tu yang dia suruh cari sangat tu sebab KakYa duk cakap kat dia. Takkan la nama dia Hakimi dik. Mai dari mana dia tu dik, Perak ke? Kedah ke? atau datang dari Teganu dik? Nampak tak kat situ KakYa duk letak kalau Hakimi tu confemmm Malaysia la ...  hahaha. Macam la negara lain takde nama Hakimi. 

Achraf Hakimi Mouh, pemain Morocco Achraf Hakimi, biodata Achraf Hakimi, Achraf Hakimi Paris Saint Germain, Achraf Hakimi, Kylian Mbappe, Lionel Messi
Achraf Hakimi jersi no 2 meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan Maghribi selepas menang ke atas Sepanyol


Siapa Pemilik Nama Achraf Hakimi Mouh 


Achraf Hakimi Mouh ialah pemain bola sepak profesional yang bermain untuk kelab Ligue 1 Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Maghribi. Beliau bermain sebagai bek kanan. Dikenali dengan kepantasan, larian dan kebolehan menjaringkan gol, dia dianggap sebagai salah seorang bek kanan terbaik dalam bola sepak dunia. Achraf Hakimi adalah pemain muslim berasal dari Maghribi yang pernah menjadi pelari tercepat di Liga Jerman.

Biodata Achraf Hakimi Mouh 


Nama: Achraf Hakimi Mouh
Tarikh Lahir: 4 November 1998 
Umur: 24 Tahun
Tempat Lahir: Madrid, Spain
Warganegara: Maghribi, Sepanyol
Tinggi: 1,81 m
Berat: 73 Kg
Posisi: Bek
Nombor Jersey: 2
Pasukan Terkini: Paris Saint Germain
Pasangan: Hiba Abouk
Bapa: Hassan Hakimi
Ibu: Saida Mouh 
Adik beradik: Nabil Hakimi, Ouidad Hakimi 

Perjalanan Kerjaya Achraf Hakimi 


Achraf Hakimi memulakan kerjayanya dari akademi Real Madrid dan Real Madrid Castilla. Pada 2015-2016, beliau mempertahankan kelab Real Madrid B-18 dan B-19. Achraf Hakimi membuat penampilan sulung senior pada musim 2017-2018 dengan menjadi pemain pelapis di Real Madrid.

Biarpun pemain divisyen dua, Hakimi masih berpeluang tampil 17 kali bersama El Real dengan menjaringkan 2 gol. Malangnya, prestasi baiknya sebagai pelapis tidak menjamin dia dimasukkan ke dalam skuad utama oleh Real Madrid.

Achraf Hakimi kemudiannya dipinjamkan ke Borussia Dortmund pada awal musim 2018-2019 dengan kontrak pinjaman selama dua tahun. Pemain berdarah Sepanyol itu menjaringkan gol pertamanya di Dortmund semasa kelabnya menang 7-0 ke atas FC Nurnberg pada 27 September 2018. 

Pemain Terpantas Bundesliga


Achraf Hakimi telah mencipta rekod sebagai salah seorang pemain terpantas dalam Bundesliga semasa perlawanan menentang Union Berlin. Dia mencatatkan kelajuan 36.48 km/j (22.67 mph). Angka ini mengatasi rekod lama Bundesliga sebelum ini yang turut dicatatnya ketika menentang RB Leipzig dengan kelajuan 36.2 km/jam. (22.5 mph).

Selepas kontrak pinjamannya bersama Dortmund tamat, Achraf Hakimi telah menyertai kelab Serie A, Inter Milan. Inter Milan  menandatangani kontrak 5 tahun dengan bayaran 40 juta Euro. Bagaimanapun, penampilannya bersama Inter Milan tidak bertahan lama. Malah, dia hanya bermain selama satu musim sebelum akhirnya dipindahkan ke Paris Saint Germain dengan yuran sekitar 60 juta Euro pada 6 Julai 2021

Achraf Hakimi Pemain Kaya Pengalaman Dalam Liga Berprestij Eropah Di Usia 22 Tahun


Pada usia baru 22 tahun, Achraf Hakimi merupakan pemain yang sangat kaya dengan pengalaman dalam pelbagai liga berprestij di Eropah. Selain mempunyai pengalaman kelab yang menyerlah pada usia muda, Achraf Hakimi juga telah memenangi beberapa gelaran. Pemain muda itu pernah mengecapi kejuaraan Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab, Piala Super Sepanyol (Real Madrid), Scudetto (Inter Milan) dan Piala Super Jerman (Dortmund). Maka, tidak hairanlah Achraf Hakimi diramalkan bakal menjadi bintang bola sepak yang berpotensi untuk negara dan kelabnya pada masa hadapan.

Teruja Dengan Achraf Hakimi Mouh 


Wah KakYa pon teruja dah ni dengan pemain Maghribi yang satu ni. Bila duk mencari duk baca sedikit sebanyak tentang beliau, ada la sikit rasa teruja kat situ. Muda muda lagi dah banyak mengecapi kejuaraan. Semoga terus maju jaya untuk Achraf Hakimi Mouh bersama Maghribi dan Paris Saint Germain. Ok Portugal dah balik awal apakata Akif sokong Maghribi pulak pasni. Maghribi mencatat sejarah sebagai negara Afrika dan Arab pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia apabila meneruskan kejutan di Qatar dengan kemenangan sensasi 1-0 ke atas Portugal. Kemenangan ini membolehkan Maghribi bertemu dengan Perancis yang menewaskan England 2-1 di peringkat empat terbaik Piala Dunia

Untuk anak Umi, nah Umi siap tulis serba sikit untuk Akif berdasarkan sumber yang Umi jumpa kat google. Sebenarnya kalau bab bola sepak ni Umi tak reti sangat dik. Tapi sebab adik ngan Abang Iman memang fanatik bola jadi Umi slow slow ikut. Ok ni jer la Umi mampu tulis serba sikit. Tq Mr Google yang banyak membantu. 

Catat Ulasan

0 Ulasan