Jom Layan Money Games Di Mortgage Calculator

Jom Layan Money Games Mortgage Calculator 

Assalamualaikum, Hi korang! Pagini KakYa nak kongsi dengan korang mengenai money games online. Biasanya kalau ada masa terluang KakYa dan anak anak rajin la jugak duk layan Money Games. Money Games adalah salah satu cara KakYa gunakan untuk pupuk minat anak anak KakYa sukakan Matematik. Kalau bab Matematik ni kan, tiga anak anak KakYa memang minat Matematik. Kalau ajak dioarang layan Money Games kat laman Mortgage Calculator ni memang laju jer diaorang join. Main Money Games ni secara tak langsung dapat mendidik anak anak mengenai wang dan Matematik


Mortgage Calculator Menawarkan Pelbagai Money Games Online Percuma


Zaman sekarang ni nak main game dah tak perlu nak bayar atau download aplikasi game lagi. Korang boleh terus ke laman web Mortgage Calculator dan pilih mana mana game yang korang suka, mainlah sepuasnya tanpa halangan. Yes! Tanpa halangan. Seronok kan?

Korang boleh cuba pelbagai jenis money games online yang ada di laman ini dengan hanya memilih permainan yang korang suka. Banyak  juga pilihan Money Games kat sini antaranya;

Cash Back
Grocery Cashier
Treze Coins
Idle Money Tree
Bitcoin Tap Tap Mine
- Lit Ape NFT Generator 
Stocks
Supermarket Numbers

Bila dah banyak macam mana rambang mata la jugak nak main yang mana satu. Mana satu yang best? Nak tahu mana satu yang best kenalah main dulu. KakYa dah try dua permainan kat sini dan yang paling KakYa suka sekali adalah 
. Ok korang mesti nak tahu apa yang best dan menarik dengan dua game ni. Jom KakYa kongsikan kat korang satu satu.

Idle Money Tree


Bagi KakYa Idle Money Tree cukup best untuk dimainkan seisi keluarga. Ianya dapat menguji tahap kepantasan korang mendapatkan sesuatu. Kalau korang sukakan kepantasan bermain dan ingin menguji sejauh mana kepantasan korang, apakata korang cuba main game online Idle Money Tree. Nanti korang boleh la compare markah yang korang dapat dengan ahli keluarga yang lain. Kita lawan mana paling pantas. 

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Cara Nak Main Game Idle Money Tree


Ok korang dah tahu KakYa suka main Idle Money Tree ni kan? Jadi korang mesti tertanya tanya camne cara nak main game Idle Money Tree ni. Ha ah cara nak main game ni takde la susah mana, senang jer sebenarnya. Korang boleh ikut step by step yang KakYa kongsikan kat bawah;

Step 1: Korang hanya perlu klik pada uncang duit yang bertebaran pada pokok sebanyak yang mungkin. Mula mula sikit jer lama lama makin banyak duit yang keluar, apa yang korang perlu buat,cepat-cepat klik duit yang berterbangan tersebut dapatkan point.

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Step 2: Klik dengan pantas dan berulang kali bagi membolehkan korang aktifkan bonus pengganda yang akan menggandakan pendapatan korang.  Korang kena laju-laju klik pada uncang duit paling besar kalau uncang yang besar tu bertebaran bagi mendapatkan jumlah tambahan pendapatan yang besar. 

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Step 3: Bila point terkumpul korang dah banyak dan cukup untuk korang tingkatkan cahaya matahari, air, baja, buah-buahan dan penyelidikan genetik bagi meningkatkan lagi pendapatan korang. Lagi pantas korang klik lagi banyak korang dapat. Jadi kena klik laju laju okey. 

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Step 4: Korang boleh pilih butang beli 1x untuk bertukar antara membeli satu peningkatan pada satu masa, 10, 100 atau memaksimumkan setiap pembelian dengan pendapatan terkumpul korang. 

Step 5: Jika korang masih mempunyai wang semasa tidak menggunakan papan kekunci, tetapi pada kadar yang lebih rendah dan jika korang berhenti mengklik untuk seketika ia menetapkan semula pengganda bonus korang.

Kalau korang rasa korang jenis yang pantas tuntas korang kena cuba main permainan Idle Money Tree. Boleh la korang uji kepantasan korang nanti. KakYa dah main permainan ni, korang bila lagi. 

Grocery Cashier

Selain Idle Money Tree, KakYa dan anak anak turut cuba main game Grocery Cashier. Grocery Cashier adalah permainan di mana kanak-kanak yang lebih muda boleh berlatih tambah dan tolak bersama-sama membiasakan diri dalam kewangan dengan mengendalikan daftar tunai maya.

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Cara Nak Main Game Grocery Cashier


Bagaimana cara nak main game Grocery Cashier? Senang jer nak main game ni, korang ikut jer step by step yang KakYa tulis kat bawah;

Step 1: Dalam game ini setiap pelanggan mewakili tahap permainan yang lain. Apabila korang bermain lebih lama, bilangan item yang dibeli akan meningkat manakala had masa untuk setiap pelanggan semakin berkurangan.

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Step 2: Korang perlu masukkan amaun setiap item yang dibeli oleh pelanggan kemudian ketik pada butang tambah.

Step 3: Cara untuk memasukkan pembayaran, korang perlu klik atau tekan butang juruwang tanpa menggunakan papan kekunci. 

Step 4: Apabila korang memasukkan jumlah, korang tidak perlu memasukkan apa-apa selepas perpuluhan jika harga produk adalah angka dolar keseluruhan dan korang tidak perlu memasukkan sen untuk produk yang berharga dalam dolar dan sen.

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Step 5: Selepas korang masukkan jumlah semua item yang dibeli pelanggan, korang perlu klik pada butang jumlah. Nanti akan tertera pada mesin juruwang berapa jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan.

Step 6: Jika pelanggan membayar melalui sijil hadiah, korang perlu masukkan jumlah sijil hadiah dan tanda tolak. Korang tidak perlu membuat perubahan untuk pelanggan yang membayar dengan sijil hadiah. Hanya perlu masukkan amaun, tanda negatif, dan kemudian klik butang SELESAI di sebelah kanan.

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Step 7: Jika pelanggan membayar dengan wang, korang perlu masukkan jumlah yang mereka bayar dan kemudian klik pada butang bayar.  Kemudian klik pada bil dan syiling yang dikaitkan dengan jumlah yang terhutang dan kemudian klik butang selesai apabila korang selesai.

Mortgage Calculator, money games, money games online percuma,  Grocery Cashier game, Idle Money Tree game, main game hilang stress,

Bagi KakYa permainan ni sangat bagus untuk menguji tahap pengetahuan korang mengenai tambah dan juga tolak. Boleh ajak anak anak main sekali untuk uji tahap kecerdasan mereka dalam Matematik. 

Main Game Hilang Stress Dan Bosan


Main game boleh hilang stress dan bosan. Ya ke? Ya, sesekali layan game boleh hilangkan stress dam kebosanan. Tak perlu pilih game yang membebankan kepala cukup sekadar memilih game yang santai santai jer. 

Saranan KakYa, kalau korang tengah stress dan bosan try main money game santai kat laman Mortgage Calculator. Tak perlu nak download app, tak perlu register, paling best sekali takde iklan yang mengganggu sepanjang kita bermain dan yang  KakYa suka ianya percuma tak perlu keluar duit untuk satu satu permainan. Jadi kita boleh main hari hari tanpa sekatan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan