Happy 19th Anniversary Encik Suami
Assalamualaikum, Hi apa khabar semua sahabat pembaca blog KakYa. Syukur alhamdulillah pada hari ini KakYa masih di beri kesempatan untuk erus menulis. 4 Disember 2022 semalam genap 19 tahun usia perkahwinan KakYa dan encik suami. Sepatutnya entri ni KakYa tulis semalam, tapi semalam KakYa tak berapa sihat sangat. Sempat siapkan satu entri jer semalam. Jadinya arini baru sempat menulis entri anniversary KakYa dan encik suami.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 19
Terima Kasih Allah
Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam meniti hari hari indah sepanjang kami bersama saat mula bergelar suami isteri hjngga ke hari ini. Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang mendatang akan dipenuhi dengan kebahagiaan dan limpahan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke SyurgaMU Ya Allah. InsyaAllah. Aamin amain Ya Mujib.
Untuk suami tercinta Suhaimi Abd Aziz, Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 19 sayang. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya saat susah juga saat senang. Sentiasa support setiap langkah yang, selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh, sentiasa ada di sisi saya saat berendam air mata dan selalu bertolak ansur dengan kerenah saya. Terima Kasih Abang! Love U till Jannah. IRRLY ...
Bahagia itu sederhana, tak perlu banyak tapi cukup dengan dua hal iaitu bersyukur dan bersabar. Bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang kita usahakan. InsyaAllah yang baik baik menanti.
Semoga Allah Lindungi Perjalanan Hidup Kita
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi perjalanan hidup kita. Dikurniakan rezeki berkat melimpah ruah seperti air sungai yang mengalir, sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat, sentiasa tabah, kuat dan tenang menghadapi ujian dalam kehidupan. Semoga ikatan perkahwinan kita akan berkekalan hingga ke jannah. Aamin aamin Ya Mujib.
Happy 19th Anniversary MieLya
4/12/2003 - 4/12/2022
⚘MieLya⚘
5 Ulasan
Alhamdulillah. Happy anniversary Kak Ya dan suami. Semoga kekal bahagia sampai ke syurga
BalasPadamTahniah
BalasPadamEppi annibersari
Semoga kekal bahagia selamanya
Happy Anniversary Kakya & suami. Alhamdulillah moga terus bahagia bersama 💐
BalasPadamMashaAllah dah 19 tahun ya. Happy anniversary Kakya. Semoga hubungan dibina sntiasa diberkati Allah.
BalasPadamHappy anniversary!
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.