Cara Buat Duit Dengan Intellifluence

Cara Buat Duit Dengan Intellifluence


Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar hari ini. Semoga korang semua sihat walafiat dan dalam lindungan Allah SWT walau di mana korang berada. Alhamdulillah KakYa sihat seperti biasa dan masih lagi di beri peluang dan juga ruang oleh Allah SWT untuk terus menulis. InsyaAllah. Harini KakYa nak kongsi berkenaan cara buat duit dengan menulis blog melalui platform Intellifluence. Mesti korang tak sabar nak tahu macam mana dengan menulis, kita boleh buat duit. 

Intellifluence reviews, what is intellifluence,apa itu Intellifluence, Intellifluence legit,.jana pendapatan Intellifluence,buat duit dengan menulis


Menulis Di AkifImtiyazDotCom Bermula Pada Tahun 2013



KakYa mula menulis blog sekitar 2013 menggunakan platform blogspot. Seingat KakYa kalau tak silap, KakYa buka blog ni pada 3 September 2013. Masa tu menulis sekadar suka suka sebab nak bercerita tentang anak anak KakYa. Macam online diary cerita tentang anak anak camtu la lebih kurang. KakYa mula dengan domain sendiri - www.akifimtiyaz.com pada bulan May 2015. Kalau ikut pada kiraan, usia blog Akif Imtiyaz sekarang ni 9 tahun 3 bulan. 

Sebelum zaman KakYa belum kawin dulu dah ada blog juga tapi blog tu dah berkubur seiring masa berlalu. Jadinya untuk mula kembali KakYa buat satu blog baru dengan nama anak bongsu KakYa, Akif Imtiyaz dan blog ini masih kekal hingga ke hari ini. Alhamdulillah. 


Apa Itu Intellifluence



Ok KakYa nak tanya kat korang. Korang pernah dengar mengenai Intellifluence. Apa itu Intellifluence? Intellifluence adalah sebuah platform pempengaruh atau influencer yang mempunyai blog atau media sosial untuk menjana pendapatan tambahan. Bagaimana caranya?  Intellifluence mengumpul semua influencer dari seluruh dunia untuk sama sama bekerjasama dengan pihak mereka dalam proses mempromosikan produk pelanggan mereka dengan cara menulis artikel di blog atau memuat naik bahan promosi ke akaun media sosial influencer terpilih. 


Pilihan Kolaborasi Bersama Intellifluence Cash Atau Produk Atau Kedua Dua Sekali



Melalui Intellifluence terdapat dua pilihan kolaborasi iaitu melalui cash atau produk atau korang boleh pilih kedua dua sekali. Untuk KakYa, KakYa pilih kedua dua sekali dan setakat ni KakYa belum dapat untuk produk. Cuma untuk cash sahaja yang KakYa dapat. Jadi KakYa takde pengalaman nak citer mengenai kolaborasi untuk produk. 


Rangkaian Media Sosial Yang Disokong Oleh Intellifluence



Sepertimana yang KakYa citer kat atas, pihak Intellifluence menyokong pelbagai rangkaian sosial untuk sama sama bekerjasama bersama mereka. Antara rangkaian sosial tersebut adalah;

- Facebook
- Twitter 
- Instagram 
- Pinterest 
- Youtube 
- LinkedIn 
- Tiktok 
- Reddit 

Manakala untuk ulasan pasaran atau lebih meluas, Intellifluence membuka peluang kepada:

- Blog 
- iOS dan Google Play 
- Podcast 
- SoundCloud


Jana Pendapatan Dengan Menulis Melalui Platform Intellifluence



Ok KakYa mula mula join Intellifluence pada tahun 2021. Job pertama yang KakYa dapat ialah share link Intellifluence. KakYa dapat job ni pada bulan 6 tahun 2021. Untuk satu link dapat la usd0.25 . Hehehe ok la tu dapat la jugak dari takde langsung. Bolehlah .... 

Pastu dapat lagi satu job lain iaitu Review Intellifluence influencer app di Google Play dengan bayaran usd5.00 . Yang ni pon KakYa dapat pada tahun 2021. Kat sini kita perlu tulis review kita mengenai app Intellifluence. Mudah je kerjanya, tulis jer kat situ dah dapat usd5.00 .


Intellifluence reviews, what is intellifluence,apa itu Intellifluence, Intellifluence legit,.jana pendapatan Intellifluence,buat duit dengan menulis
Job review App Intellifluence
di Google Play. Siapa nak bagi tulis pendek camni dah dapat usd5. Bukan RM5 tau tapi usd5. Pandai pandailah korang kira duit Malaysia dapat berapa ikut pertukaran semasa. 

Lepas buat dua job ni tahun 2021, mood ke laut dalam masa tu jadi takde masa nak jenguk Intellifluence. Hinggalah pada bulan 8 tahun 2022 baru baru ni baru KakYa aktif semula bersama Intellifluence. Nak dekat setahun jugak KakYa tak aktif menggunakan platform Intellifluence. 

Bila dah mood rajin mula kembali. Terus baiki profil apa yang patut dan akhirnya berkat rajin dan sabar dapat satu job menulis dengan nilai bayaran usd100.00 ... Alhamdulillah syukur Ya Allah. Lepas satu, satu lagi job dan lagi dan lagi. Hingga sekarang ni KakYa dah dapat 7 job menulis dengan bayaran setiap satu bernilai usd100.00 daripada Intellifluence.  

Intellifluence reviews, what is intellifluence,apa itu Intellifluence, Intellifluence legit,.jana pendapatan Intellifluence,buat duit dengan menulis
Total untuk 7 job yang berjaya di selesaikan. Dah berjaya masuk ke Paypal untuk 5 job dengan jumlah usd506.00 .. Tinggal lagi usd200.00 yang belum masuk Paypal sebab job baru settle baru baru ni. 


Cara Untuk Daftar Intellifluence



Korang berminat untuk join Intellifluence? Ok kalau korang berminat untuk join Intellifluence, korang perlu daftar dulu kat sini. Cara nak daftar senang jer sebab takde syarat yang menyusahkan untuk korang. Korang daftar jer, isi semua detail, masukkan platform media sosial korang dan bila dah settle semua, korang dah boleh pilih job yang ditawarkan samaada sesuai atau tidak dengan korang. Mudah jer sebenarnya. 

Untuk daftar masuk kali pertama korang pergi ke website Intellifluence atau terus jer klik kat sini Intellifluence . Download app dan isi detail korang. Jangan lupa lengkapkan semua info yang diperlukan agar korang boleh dapat job yang sesuai dengan korang. 


Bagaimana Cara Untuk Dapat Job Melalui Intellifluence



Dah siap daftar Intellifluence, mesti korang tertanya tanya bagaimana cara untuk dapatkan job melalui platform ini. Ok cara nak dapat job melalui Intellifluence ni senang jer sebenarnya. 

Korang perlu login ke akaun Intellifluence korang pastu pergi ke menu Marketplace. Kat situ nanti akan ada beberapa pilihan kerja yang korang boleh pilih kerja yang bersesuaian dengan info yang korang tulis semasa daftar akaun. 

Kalau korang berminat dengan job yang ditawarkan, korang klik jer pada butang Apply to Campaign. Dekat sini korang kena rajin menaip sikitlah. Taip mesej kenapa korang berminat nak review produk tersebut. Mesej korang tu nanti taip dalam Bahasa Inggeris. Dah settle taip mesej klik butang Apply. Tunggu jer la pasni. Kalau korang layak untuk job tersebut, korang akan dapat satu email untuk korang mulakan review korang. 

Intellifluence reviews, what is intellifluence,apa itu Intellifluence, Intellifluence legit,.jana pendapatan Intellifluence,buat duit dengan menulis
Yeay berjaya mencapai Profile Srenght 100%


Buat masa sekarang ni KakYa dah berjaya mencapai Profile Strenght 100% dan berjaya kumpul 6 badges Intellifluence iaitu
Intellifluence Trusted Blogger, Intellifluence 
Trusted Influencer Twitter, Intellifluence 
Trusted Influencer Facebook, Influencer Intellifluence, Medium Audience Intellifluence dan juga High Closer Intellifluence. Banyak lagi badges yang perlu KakYa kejar untuk jadi yang terbaik. Hehehe kita slow slow kayuh. InsyaAllah satu hari nanti KakYa dapat kumpul mana yang KakYa mampu. Korang doakan KakYa okey!

Intellifluence reviews, what is intellifluence,apa itu Intellifluence, Intellifluence legit,.jana pendapatan Intellifluence,buat duit dengan menulis
6 badges Intellifluence iaitu
Intellifluence Trusted Blogger, Intellifluence
Trusted Influencer Twitter, Intellifluence
Trusted Influencer Facebook, Influencer Intellifluence, Medium Audience Intellifluence dan juga High Closer Intellifluence


Cara Pembayaran Yang Di Gunakan Oleh Intellifluence


Oleh kerana Intellifluence ni melibatkan bukan sahaja negara kita Malaysia tapi global, makanya cara pembayaran untuk setiap kerja yang  berjaya disiapkan adalah melalui akaun Paypal dan jumlah minimum yang perlu ada dalam akaun Intellifluence untuk cash out adalah sebanyak usd25.00 . Cukup usd25.00 korang dah boleh cash out masuk ke akaun Paypal.

Intellifluence reviews, what is intellifluence,apa itu Intellifluence, Intellifluence legit,.jana pendapatan Intellifluence,buat duit dengan menulis
5 job yang telah di bayar oleh Intellifluence berjumlah usd506.00

Intellifluence reviews, what is intellifluence,apa itu Intellifluence, Intellifluence legit,.jana pendapatan Intellifluence,buat duit dengan menulis
Alhamdulillah berjaya transfer semua duit job dari  Intellifluence ke Maybank 


Yes! Intellifluence akan bayar korang menggunakan akaun Paypal dan bayaran adalah dalam nilai usd. Jadi sebelum korang daftar melalui Intellifluence, pastikan korang mempunyai akaun Paypal untuk pembayaran di kemudian hari. 

Nak buat akaun Paypal senang jer tak kena bayar pon. Korang boleh google cara buat akaun Paypal kat internet sebab KakYa takde buat entri untuk create akaun Paypal

Ok ini sahaja untuk kalini. Semoga perkongsian KakYa berkenaan cara buat duit dengan menulis melalui platform Intellifluence ini, sedikit sebanyak memberi manfaat buat korang semua. Terima kasih sudi baca coretan KakYa. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah...ada usaha insyaallah berjaya

    BalasPadam
  2. Seronok buat job di Intellifluence ni. Bayaran pun tinggai jugak.

    BalasPadam
  3. wah alhamdulillah banyak tu kakya. \0/

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.