Usd10 Google Adsense Dalam Masa 13 Hari

Usd10 Google Adsense Dalam Masa 13 Hari 


Assalamualaikum, Hi korang. Pagini KakYa nak citer sikit mengenai Adsense kat blog KakYa. Lama jugak tak bercerita mengenai Adsense kat blog ni. Arini kita citer la sikit kisah Adsense kita ni. Syukur alhamduliah,  13.11.2022 hari ke 13 untuk bulan 11 KakYa dapat kumpul usd10 dari Adsense. Hahaha orang lain dah lama dapat usd100 sebulan kita masih lagi bertatih. Dapat usd10 dalam masa 13 hari pon KakYa dah happy dah. 

rezeki blog, google adsense, dapat usd1 sehari dari adsense, adsense blog akif imtiyaz meningkat, cara naikkan earning adsense, tq google adsense

Kalau ikut yang lepas lepas nak dapat usd10 ni kan, berjanggut jugak la KakYa duk menunggu. Sebulan pon kadang kadang tak dapat lagi usd10. Al maklum ler kalau dah sehari usd0.02, usd0.05, usd0.09, usd0.27, usd0.32 jer duk pusing tang tu pegi mari memang lama la masa menunggu nak dapat usd10. Tapi kalini cepat la jugak 13 hari dah dapat usd10. Rasa nak senyum tengok earning makin naik..

Adsense Naik Melebihi Usd1


Pagini nak cerita kat korang, sejak dua tiga hari ni  Adsense blog KakYa menunjukkan peningkatan lebih dari hari biasa. Kalau biasa sen sen cam gitu jer, tapi dua tiga hari ni Adsense dah naik menjadi usd1 ke atas. KakYa perasan tiga hari lepas earnings sekitar usd1.96. Fuyoo banyak ni kalau dah masuk angka usd1 ke atas.

Kalau dah mencecah ke angka usd2 memang agak banyak la bagi KakYa. Dua hari lepas KakYa check Adsense naik lagi ke usd2.47 . Muka happy semacam la sebab dapat usd2.47 . Sapa nak bagi kat kita kan. Ingat ingat last dapat banyak camni masa 2021 kalau tak silap. 

Alhamdulillah naik lagi. Jumlah yang agak banyak untuk blog KakYa yang sendu mendu ni. Semalam KakYa check lagi dan earning Adsense masih lagi melebihi usd1 iaitu usd2.25 dan pagini rasa nak check lagi. Alhamdulillah pagi pagi dah dapat usd0.33 . Syukur alhamdulillah rezeki dari blog KakYa. 

Last Payment Adsense Blog Akif Imtiyaz 


KakYa ada check akaun Adsense, last payment yang KakYa dapat dari pihak Adsense adalah pada 21 Feb 2022 dengan jumlah usd106.68 . Inilah last payment Google Adsense KakYa untuk tahun 2022.  

Kiranya tahun 2022 ni baru sekali dapat cashout. Huhuhu. Orang lain dapat cashout sebulan sekali tapi kita nak dapat usd100 tiga bulan sekali pon tak lepas. Memang sungguh susah nak naikkan earning Adsense ni kan. 

Macam macam cara la jugak KakYa cuba termasuk bayar orang untuk baiki kedudukan iklan adsense pastu tukar template bagai, naik la jugak earning sekejap pastu dah turun balik tatau kenapa. Last last KakYa pon dah naik malas nak baiki sana sini, terus lupa. 

Bagi KakYa kalau ada adalah. Takde pon takpe. Tup tup dua tiga hari ni ada peningkatan yang ketara. Bagi korang mungkin tak banyak la kot sekadar usd1, usd2 tapi bagi KakYa dah banyak dah tu untuk satu hari. 

Dah Lama Ke Dapat Adsense


Mungkin ada dikalangan korang duk tertanya tanya, dah lama ke dapat Adsense? Kalau nak ikutkan blog KakYa dah lama lulus Adsense dari tahun 2015 kalau tak silap KakYa. 

Tapi sekejap jer ada iklan kat blog sebab AdSense banned blog KakYa kerana INVALID CLICK. KakYa pon tak pasti la masa tu camne boleh terklik iklan yang ada kat blog tu ha tetiba jer dapat email invalid click. 

Merajuk Dengan Adsense


Lepas kena gitu KakYa dah tak ambil cakna dah Adsense ni. Merajuk la tu kekonon. Dari tahun 2015 hinggalah masuk tahun 2020 memang tak teringat langsung dah kat Adsense. 

Pastu masa bulan May 2020 KakYa ingat ingat lupa dah, masa tu bulan puasa tak silap KakYa. Hati ni terdetik nak submit email kat Adsense Team tanya berkenaan Adsense KakYa. Entah apabenda mimpi ntah tetiba rasa nak bertanya status Adsense.

11 May 2020 Dapat Balik Akaun Adsense


Banyak kali la KakYa duk tanya itu ini dan bagi macam macam jawapan yang munasabah untuk diaorang. Pendek kata hari hari jugak la KakYa duk tanya team diaorang, tup tup 11 May 2020 iklan AdSense dah approved kat blog KakYa.

Diaorang serabut kot banyak sangat KakYa tanya itu ini, jadi diaorang approved la kot. Hahaha ... Terkejut gak la masa tu pagi hari buka blog tengok ada iklan duk menari nari kat blog. Happy giler. Mahu tak happy lama kot, dari 2015 Adsense menghilang. 2020 muncul kembali hingga ke harini. 

Terima Kasih Adsense Ceriakan Hari Indah Blog Akif Imtiyaz


Alhamdulillah lepas dah dapat semula akaun Adsense KakYa, dah takde masalah dah sejak tarikh tu hingga ke harini. Masih lagi ada iklan iklan duk menari nari kat blog KakYa ni. Moga akan kekal tanpa masalah ler sampai blog ni hilang dari radar. Thank you Adsense menceriakan hari ini blog KakYa.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Adsense kita belum sampai lagi USD1 sehari...penat tunggu...masuk sen sen je. Takpa la daripada takde kan.

    BalasPadam
  2. Tahniah kak.. waa.. banyak peningkatan tu.. blog akak bnyak improvement since last time sy tgok blog nie.. keep it up kak!

    BalasPadam
  3. Tahniah KakYa! Saya pun masih di fasa sen sen sehari hahaha

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.