Terjebak Shopee Sebelas Sebelas Sebab Anak

Terjebak Shopee 11.11 Sebab Anak


Assalamualiakum, Hi korang. 11.11 dah berlalu pergi, korang terjebak ke tu .. KakYa dari awal sedaya upaya memang tak nak terjebak. Memang tak rasa nak membeli. Lagipon takde benda penting yang KakYa nak beli. Makanya elak jer la jenguk Shopee. App Shopee pon KakYa dah uninstall lama dah. Malas nak membeli. 

Duk ulang ulang tanak terjebak tanak terjebak tetiba kul 4.29 petang, Iman anak kedua KakYa mesej kat WhatsApp tanya KakYa ada Shopee tak? Pastu dia hantar link Shopee kat Umi dia ni cakap nak ni mi,  10 ringgit jer arini jer muroh. Ni haaaa dia minta beli selipar ni ....

Terjebak shopee 11.11, shopee 11.11, shopping di shopee, free shipping shopee, beli selipar kat shopee, jom shopping kat shopee, shopee malaysia

Anak Nak Selipar Sempena Shopee 11.11 


Alahai anak, Umi baru tanak terjebak tetiba plak dia mesej nak beli barang untuk dia pulak. Dia minta belikan dua. Satu untuk dia satu lagi kawan dia pesan jugak. Alahai, mak kau dah la malas nak install App Shopee tu sebab jap lagi hang memanjang la tepon Umi yang tak berapa nak hidup ni. Tapi dah anak beria nak beli. Umi pon turutkan jer la. Dia duk mintak nak satu nak satu. 

Duit Tak Cukup Kat Maybank2u 


Masa dia hantar link tu KakYa klik harga dia RM10.81 - RM11.65 . Ok la murah la kot daripada RM23 dapat harga RM10.81 - RM11.65 . Harga yang KakYa dapat RM11.65 sepasang pastu ada shop vouchers RM1 . Ok la jimat lagi RM1 . Pastu masa klik kat free shipping tak dapat dapat. Tekan tu tak dapat tekan ni tak dapat takpe la takde la kot. Terus jer tangan ni nak klik Place Order tapi teringat pulak kat Maybank2u takde duit dah rasanya. Ada berapa ringgit jer kat dalam tu. Alahai terus tak jadi nak Place order. Tinggalkan kat situ jer dulu. Nanti malam malam sikit ingatnya nak buat payment.


Terjebak shopee 11.11, shopee 11.11, shopping di shopee, free shipping shopee, beli selipar kat shopee, jom shopping kat shopee, shopee malaysia
Ni harga mula mula KakYa patut bayar .. Tapi tak sempat nak bayar teringat M2u duit tak cukup hahaha. Ada hikmah gak duit tak cukup masa ni. Rupanya nak dapat lagi murah dari harga ni. 

Dapat Harga Lagi Murah


Pastu dah duit tak cukup tunggu encik suami send duit kat akaun dulu. Time ni lambat pulak dia nak transfer. Menunggu dan tak teringat hingga la semalam baru la teringat balik nak bayar selipar Iman kat Shopee. Duit dah transfer apalagi, semalam KakYa klik untuk buat bayaran tapi harga dah bertukar. Lagi murah jadinya.

KakYa dapat beli sepasang dengan harga RM9.90 . Apalagi senyum lebar la seorang KakYa. Dari harga RM11.65 sepasang KakYa dapat RM9.90 untuk sepasang. Jimat banyak la korang. Beli dua dapat lagi voucher kedai RM1 pastu dapat FREE SHIPPING (tulis jer free shipping tapi bukan free shipping sebenarnya tapi pengurangan kos pos dari RM4.90 ke RM1.90) Ok la dapat jugak pengurangan dari tak dapat langsung. Makanya untuk dua pasang selipar ni KakYa hanya bayar RM20.70 termasuk kos pos. Kalau ikutkan dengan harga mula mula tu RM27.20 jimat banyak la jugak dalam RM6.50 . Yehaaa mujur tak bayar petang tu kalau tak RUGI RUGI RUGI .. 

Terjebak shopee 11.11, shopee 11.11, shopping di shopee, free shipping shopee, beli selipar kat shopee, jom shopping kat shopee, shopee malaysia

Beli Dua Pasang Selipar Sempena Shopee 11.11 


Belikan untuk dia satu dan kawan dia satu. Ntah apa dia berkenan sangat ngan selipar tu Umi pon tatau. Pelik benor la taste bebudak zaman sekarang ya. Umi cakap beli warna hitam la, dia cakap nak hijau apple. Hadoi anak! Takde ke warna lain, hijau apple yang ko nak. Umi dia ni cakap la ambik hitam la hijau apple tu kan mudah kotor. Nak yang tu jugak cumil katanya. Ikut jer la mana dia berkenan. Makanya selamat dah membeli belah tak di rancang sempena 11.11 . Harap Iman puas hati la nanti dengan selipar yang dia nak ni. Moga dua pasang selipar ni nanti sampai dengan selamat. InsyaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan