Siapa Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Siapa Perdana Menteri Malaysia Ke 10


Assalamualikum, Hi korang. Alhamdulillah ada masa sikit untuk KakYa menulis harini. Topik harini topik panas yang orang duk tunggu "Siapa Perdana Menteria Malaysia Ke 10" . Berdebar debar la jam 4.30 petang semalam duk tunggu untuk tahu Siapakah PM Malaysia ke 10. Tapi hampa sungguh rasa hati sebab masih tiada pengumuman rasmi berkenaan isu hangat ini. Kita tunggu dan setia menunggu. 

Perdana Menteri Malaysia Ke 10 


Berikutan tiada ahli dewan rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk di lantik sebagai  Perdana Menteri ke 10, maka Yang Dipertuan Agong telah menitahkan ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang semalam di Istana Negara.

22.11.2022 tarikh pada hari semalam, ingatkan lepas menghadap YDP Agong, akan ada pengumuman siapa Perdana Menteri ke 10 Malaysia. Ingatkan terlerai sudah semua teka teki dan kekusutan yang bermain di minda rakyat Malaysia. Namun pada tarikh yang cantik semalam, masih lagi tiada jawapan pasti siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 10. Kita masih lagi menunggu. Orang cakap penantian ni satu penyiksaan tapi nak buat camne nak tak nak kena TUNGGU. 

Senarai Nama Perdana Menteri Malaysia


Perdana Menteri Malaysia Pertama 

- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
- 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970


Perdana Menteri Malaysia Kedua

- Tun Abdul Razak Bin Hussein 
- 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976

Perdana Menteri Malaysia Ketiga

- Tun Hussein Onn
- 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

Perdana Menteri Malaysia Keempat

- Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
- 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003

Perdana Menteri Kelima

- Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi
- 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009

Perdana Menteri Keenam

- Dato' Mohd Najib Bin Abdul Razak
- 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018

Perdana Menteri Ketujuh

- Tun Mahathir Bin Mohamad 
- 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020

Perdana Menteri Kelapan

- Tan Sri Muyiddin Bin Mohd Yasin 
- 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021

Perdana Menteri Kesembilan

- Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob 
- 20 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022

Perdana Menteri Kesepuluh

- ?

Malaysia Memilih! Malaysia Menunggu! .. Masih lagi menunggu sehingga hari ini 23.11.2022, siapakah pemimpin yang bakal di angkat sebagai Perdana Menteri ke 10 Malaysia. Sama sama kita tunggu. Sabar ya saudara saudari sekalian. InsyaAllah akan ada berita gembira untuk kita nanti. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.