Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di Terengganu

Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di Terengganu


Assalamualaikum, Hi korang. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menunaikan tanggungjawap kita sebagai pengundi. Tempat mengundi dah tahu,  korang dah tahu ke siapa calon yang akan bertanding kat tempat korang nanti. Kalau belum, jom KakYa ajar korang cara untuk Semak Calon Pilihan Raya kat tempat korang untuk Pilihan Raya Umum ke 15. Cara nak semak senarai calon ni mudah jer, korang hanya perlu  ikut step kat bawah.

Cara Semak Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 


- Mula mula sekali korang klik link;
https://mysprsemak.spr.gov.my/



- Klik pada Semakan Calon Pilihan Raya
- Klik pada PRU KE - 15
- Masukkan negeri tempat korang mengundi 
Oleh kerana KakYa akan mengundi kat negeri Terengganu makanya KakYa klik pada Terengganu untuk semak senarai calon yang akan bertanding kat negeri kelahiran KakYa ni. 


- Lepas tu klik PARLIMEN. KakYa Parlimen P.034 SETIU jadi KakYa klik kat SETIU. Terus keluar nama dan juga parti calon Pilihan Raya ke 15 sepertimana yang tertera pada KERTAS UNDI 

Nak undi yang mana terserah pada diri masing masing. Nasihat KakYa sebagai pengundi, undilah dengan bijak dan berhemah. 


Senarai Nama Calon Pilihan Raya Ke 15 Terengganu Di P.034 Setiu


Untuk P.034 Setiu antara calon yang akan bertanding pada PRU 15 ialah;

1. Abdul Rahman Bin Mat Yasin dari parti Barisan Nasional (BN)
2. Ustaz Zukirnain Abd Kadir dari Parti Islam Se Malaysia (PAS)
3. Mohamad Bin Ngah dari parti Pakatan Harapan (PH)
4. Wan Adnan dari parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)


Senarai Nama Calon Pilihan Raya Ke 15 Terengganu Di P.033 Besut




Untuk P.033 Besut, antara calon yang akan bertanding pada PRU 15 ialah;

1. Datuk Abe Zul dari Parti Islam Se Malaysia (PAS)
2. DATO' Ir Wan Nazari dari parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
3. Ustaz Aziz dari parti Pakatan Harapan (PH)
4. Datuk Haji Nawi Mohamad dari parti Barisan Nasional (BN)


Senarai Nama Calon Pilihan Raya Ke 15 Terengganu Di P.035 Kuala Nerus




Untuk P.035 Kuala Nerus, antara calon yang akan bertanding pada PRU 15 ialah;

1. Dato' Dr Haji Alias Razak dari Parti Islam Se Malaysia (PAS)
2.Ust Dato'Dr Khairuddin Takiri dari parti Barisan Nasional (BN)
3. Azaha dari parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
4. Dato' Seri Suhaimi Hashim dari parti Pakatan Harapan (PH)

Senarai Nama Calon Pilihan Raya Ke 15 Terengganu Di P.036 Kuala Terengganu





Untuk P.036 Kuala Terengganu, antara calon yang akan bertanding pada PRU 15 ialah;

1. Mohamad Abu Bakar Bin Muda dari parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
2. Dato' Cikgu Zubir dari parti Barisan Nasional (BN)
3. Dato' Raja Bahrin dari parti Pakatan Harapan (PH)
4. Datuk Haji Amzad Hashim dari Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Senarai Nama Calon Pilihan Raya Ke 15 Terengganu Di P.037 Marang




Untuk P.037 Marang, antara calon yang akan bertanding pada PRU 15 ialah;

1. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari Parti Islam Se Malaysia (PAS)
2. Jasmira Othman dari parti Barisan Nasional (BN)
3. Dr Zarawi bin Sulong dari parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
4. Ustaz Azhar dari parti Pakatan Harapan (PH)

Senarai Nama Calon Pilihan Raya Ke 15 Terengganu Di P.038 Hulu Terengganu




Untuk P.038 Hulu Terengganu, antara calon yang akan bertanding pada PRU 15 ialah;

1. Cikgu Rozi dari parti Barisan Nasional (BN)
2. Khadri dari parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
3. Dato Rosol Wahid dari Parti Islam Se Malaysia (PAS)
4. Cikgu Alias Ismail dari parti Pakatan Harapan (PH)

Senarai Nama Calon Pilihan Raya Ke 15 Terengganu Di P.039 Dungun



Untuk P.039 Dungun, antara calon yang akan bertanding pada PRU 15 ialah;

1. Peguam Ghazali dari parti BEBAS (Buku)
2. Noraisah Binti Hasan dari parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
3. Dato' Dr Mohd Johari dari parti Pakatan Harapan (PH)
4. Ustaz Sham dari parti Barisan Nasional (BN)
5. Ustaz Haji Wan Hassan dari Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Senarai Nama Calon Pilihan Raya Ke 15 Terengganu Bagi P.040 Kemaman




Untuk P.040 Kemaman, antara calon yang akan bertanding pada PRU 15 ialah;

1. Rosli dari parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
2. Ustaz Che Alias Hamid dari Parti Islam Se Malaysia (PAS)
3. Dato' Sri Haji Ahmad Bin Said dari parti Barisan Nasional (BN)
4. Hasuni Bin Sudin dari parti Pakatan Harapan (PH)

Senarai di atas adalah nama nama calon dan parti yang diwakili oleh mereka pada Pilihan Raya ke 15 yang akan diadakan pada 19 November 2022.

Ok nama calon dan parti yang akan diwakili dah ada. Jadi korang boleh pilih calon dan parti mana idaman hati korang nanti. Selamat mengundi. Undilah dengan bijak kerana undi anda penentu masa depan negara. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Marilah mari pergi mengundi....tak lama lagi dah.

    BalasPadam
  2. Pilihla calon yang boleh berkhidmat untuk rakyat dan bukan hanya pandai bercakap sahaja

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.