Jom Semak Tempat Mengundi Anda Dimana

Assalamualaikum, Hi korang. Sepertimana yang kita sedia maklum, Pilihanraya Umum ke 15 akan diadakan pada 19 November 2022 dan rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada tarikh tersebut. Tarikh mengundi dah tahu, tempat mengundi dah tahu ke belum? Adakah masih kat tempat yang sama seperti tahun sebelum ini atau tempat mengundi korang telah berubah. Nak tahu Tempat Mengundi korang kat mana? Mudah jer, jom kita semak sama sama. 

Cara Semak Tempat Mengundi


Berikut KakYa kongsikan kat korang cara untuk korang buat semakan tempat mengundi korang. Jom semak;

1) Klik link ini : https://mysprsemak.spr.gov.my/
2) Pilih Semakan Daftar Pemilih
3) Masukkan nombor Kad Pengenalan 
dan Captcha yang diberikan
 

MySPR Semak. Semakan daftar pemilih, cara semak tempat mengundi, daftar mengundi online, cara tukar tempat mengundi, pilihanraya 2022,lokasi mengundi

 
4) Korang akan tahu kat mana tempat mengundi korang. 

MySPR Semak. Semakan daftar pemilih, cara semak tempat mengundi, daftar mengundi online, cara tukar tempat mengundi, pilihanraya 2022,lokasi mengundi
Nanti dah ikut semua step akan keluar maklumat peribadi korang dan juga maklumat pengundian. Untuk Pilihanraya ke 15, tempat mengundi KakYa masih lagi kat tempat yang sama seperti sebelum ni. Takde perubahan. 

MySPR Semak. Semakan daftar pemilih, cara semak tempat mengundi, daftar mengundi online, cara tukar tempat mengundi, pilihanraya 2022,lokasi mengundi



Selamat Mengundi Buat Semua Pengundi Berdaftar


Kita sebagai rakyat Malaysia diberikan hak untuk memilih. Demi kesejahteraan negara, ayuh semua kita mengundi. Satu undi satu suara. Undi korang penentu masa depan negara. Undi dengan bijak! Selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia 18 tahun ke atas. 

Bagi yang berada di luar, jom sama sama kita balik kampung. Sama sama buang undi pada 19 November 2022. Pastikan kita semua dapat menjalankan tanggungjawap kita sebagai rakyat Malaysia. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan bersama. 

Catat Ulasan

0 Ulasan