Facebook Tiba Tiba Bertukar Ke Bahasa Itali

Facebook Tiba Tiba Bertukar Ke Bahasa Itali


Assalamualaikum,  Hi korang. Harini KakYa nak bercerita sikit mengenai masalah yang melanda facebook KakYa petang tadi. Petang tadi tak semena mena KakYa punya facebook telah bertukar dari bahasa Inggeris ke bahasa Itali (mula mula KakYa tatau pon itu Bahasa Itali) lepas google baru KakYa tahu itu bahasa Itali.

Opkos bila jadi camni KakYa terkejut beruk la jugak. Tak pernah lagi setakat guna facebook ni, tetiba pulak bertukar bahasa. Bukan calang  calang bahasa tau korang. Bahasa Itali gitu. Haru betul masa mula mula tu sebab tatau nak klik mana sebab KakYa bukan paham bahasa Itali ni. 

Facebook bertukar bahasa Itali, bahasa Itali, Impostazioni e privacy, google translate bahasa Itali ke english, facebook buat hal, facebook masalah
Memang tak paham langsung la jawapnya apa yang tertulis kat situ. Pening kepala kejap sebab KakYa tak tahu hujung pangkal tetiba jadi cam gini.

Facebook bertukar bahasa Itali, bahasa Itali, Impostazioni e privacy, google translate bahasa Itali ke english, facebook buat hal, facebook masalah
Klik sana klik sini tatau mana nak klik. Tetap jugak keluar bahasa Itali ni. Masa tu tak terfikir lagi nak guna google translate. Konon konon nak tekan tekan kot jadi okey. Hahaha bertabahla seorang KakYa kat situ. 

Facebook bertukar bahasa Itali, bahasa Itali, Impostazioni e privacy, google translate bahasa Itali ke english, facebook buat hal, facebook masalah
Rasa cam nangis tengok. Dah kenapa la bertukar bahasa pulak ni. 

Facebook bertukar bahasa Itali, bahasa Itali, Impostazioni e privacy, google translate bahasa Itali ke english, facebook buat hal, facebook masalah
Dek kerana takut bercampur bimbang orang nak hacks ke apa ke .. Makanya KakYa try la bukak google translate. 

Akhirnya Guna Google Translate 


Dah tak tahu nak buat lagumana bercampur pulak dengan bimbang makanya KakYa guna Google Translate. Mula mula try translate bahasa Brazil dulu tapi bukan bahasa Brazil. Pastu KakYa try bahasa Sepanyol pon bukan jugak. Pastu try bahasa Itali .. Yes betul! Fuh lega sangat. Terus cari satu dua ayat yang nak translate sebab nak cari mana satu ayat Settings and privacy. 


Facebook bertukar bahasa Itali, bahasa Itali, Impostazioni e privacy, google translate bahasa Itali ke english, facebook buat hal, facebook masalah



Facebook bertukar bahasa Itali, bahasa Itali, Impostazioni e privacy, google translate bahasa Itali ke english, facebook buat hal, facebook masalah

Copy satu ayat ... bukan, copy satu ayat lagi ... bukan, tiga pon bukan, last last copy lagi satu.  Akhirnya berjaya. Impostazioni e privacy tu maksud dia Settings and privacy. Fuh lega kejap. Muka ada senyum dah masa ni ... 

Dah tahu mana satu nak klik terus la KakYa pegi klik kat Impostazioni e privacy tu. Klik lagi, akhirnya jumpa language dalam bahasa Itali. Lupa dah apa ntah namanya tadi.  Terus KakYa klik dan tukar ke English. Pastu apalagi KakYa terus jalankan kerja tukar password cecepat. 

Akhirnya Tukar Password Facebook


Lama jugak la ingat ingat KakYa tak tukar password facebook. Tup tup petang semalam disebabkan kejadian ni terus tukar password. Bimbang pulak rasa bila tengok facebook tetiba jer keluar bahasa asing. Cemas gak la tadi. Ingatkan dah kenapa tadi. 

Tapi nasib la boleh tukar balik ke bahasa yang kita nak. Kalau tak mahu nangis bucu katil KakYa mung ni. Bukan apa, sayang facebook tu banyak kenangan gambar anak anak KakYa simpan kat situ bila storage phone penuh. Kalau jadi apa apa kat facebook sayang la semua gambar kat situ. Jadi bila dah tukar password baru rasa ok la selamat la sikit. 

Korang pernah kena ke macam yang KakYa kena ni. Semalam KakYa ada post kat facebook KakYa mengenai kejadian ni dan salah seorang kawan KakYa ada komen yang dia pernah alami benda yang sama lepas download app. Ha aa memang ada KakYa download satu app sebelum tu, tapi KakYa dah buang lepas guna sebab storage penuh. Agaknya sebab tu jugak la kot facebook buat hal petang semalam. Aduhai nasib la tak jadi apa apa kat facebook tu. Moga moga lepas ni tak jadi dah kejadian seperti petang tadi. Sayang kalau facebook tu hilang. Banyak kenangan dalam facebook tu.

Catat Ulasan

0 Ulasan